27.12.10

Tidak Lengkap Iman Kita Tanpa Menyayangi,Menghormati Dan Mengasihi Kedua Ibu Bapa Kita.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya minta anda tonton video di bawah.


Sudah tonton?Baca Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran dan Hadis di bawah pula.

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" [Surah Ibrahim : 41]

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

Rasulullah SAW bersabda : Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [al-Tirmizi]

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

Dari Malik bin Rabi’ah as-Sa’idi r.a.,katanya: “Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: “Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tua setelah keduanya meninggal dunia?” Beliau s.a.w. menjawab: “Ya, masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mengeratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya.“ [Riwayat Abu Dawud]

Ada banyak lagi Ayat Suci Al-Quran dan Hadis Nabi yang menyebut tentang perkara ini,iaitu menjaga hubungan dengan kedua orang tua kita.

Adalah menjadi suatu kemusykilan apabila ramai di antara kita mengaku 'warak' tetapi memutuskan hubungan dengan Ibu Bapa kita.

Berubahlah.

Jika sudah lama tidak pulang ke kampung,pulanglah.

Jika sudah lama tidak menelefon Ibu Bapa,telefonlah.

Jika anda makan Beras Mahal di rumah,belikanlah untuk mereka Beras Mahal juga.

Jika untuk Anak Bini kita belikan Pretty Green,Ben Sherman,Billionaire Boys Club,belikanlah yang sama taraf juga untuk Ibu Bapa kita.

Banyak lagi 'jika' yang boleh dibuat,tetapi hanya anda yang boleh mengubahnya.

Dan ingat,sebenarnya bukan harta kita yang diminta oleh mereka,sebaliknya,mereka hanya mahu kita menjadi anak yang baik.

Susah ka?

Fikir-fikirkanlah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kerana kita juga akan tua (jika panjang umur,insya-Allah)


1 comment:

  1. I used to think this way.
    Thanks 4 this reminders and knowledge.

    ReplyDelete