27.5.10

Kisah Malam Pertama Di Alam Kubur,Audio Talkin Di Dalam Bahasa Melayu & Peringatan Kepada Kita Mengenai Kematian Di Dalam Surah At-Takaathur - Bertaubatlah Sementara Masih Ada Kesempatan.

Assalamualaikum.

Perhatian : Ini merupakan artikel yang panjang.Sila baca/tonton sehingga habis.Ambil masa anda.Kerana ada ilmu berharga boleh dijadikan panduan untuk anda di sini.Insya-Allah.

Saya sebentar tadi baru sahaja menonton satu siri video di Youtube yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Kubur.

Banyak pengajaran dari video ini boleh kita dapati.

Tidak mahu menulis panjang,saya kongsikan video-video ini di bawah ini untuk anda tontonkan.Ada lima siri kesemuanya.

Jika anda tidak dapat membuka video di bawah,sila klik link-link di bawah ini :

Malam Pertama Di Alam Kubur (1)
Malam Pertama Di Alam Kubur (2)
Malam Pertama Di Alam Kubur (3)
Malam Pertama Di Alam Kubur (4)
Malam Pertama Di Alam Kubur (5)

Selamat Menonton.











Hurm.

Seram.

Tetapi,seram sahaja tidak dapat membantu kita kelak.

Kerana hanya tiga perkara itu sahajalah yang dapat membantu kita.

Apakah ia?

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah,ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Ambillah pengajaran.

Sebelum menamatkan artikel,ingin saya kongsikan audio talkin di dalam Bahasa Melayu bersama anda.

Audio ini saya ambil dari laman web blog Harmoni Inn.

(Sila klik pada butang play pada audio di bawah ini sebelum meneruskan pembacaan)


Setiap yang bernyawa pasti merasai mati
Dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di Hari Kiamat
Lalu siapa saja yang dijauhkan dari neraka
Dan dimasukkan dalam syurga
Itulah dia orang yang beruntung

Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu
Wahai hamba Allah
Ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat
Iaitu persaksian tiada Tuhan yang lain kecuali Allah
dan Muhammad SAW Rasul-Nya

Dan bahawasanya mati adalah benar
Alam kubur adalah benar
Kenikmatan dan seksa di dalamnya adalah benar
Pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir adalah benar
Kebangkitan dari-Nya adalah benar
Perhitungan yakni hisab adalah benar
Syafaat Nabi Muhammad SAW adalah benar
Syurga dan Neraka adalah benar
Pertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar

Bahawasanya Allah membangkitkan orang-orang ahli kubur
Sekarang kamu berada di Alam Barzakh
Alam antara dunia dan akhirat
Maka ketika dua Malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu
Janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar
Kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk-makhluk Allah
Ketika mereka berdua bertanya kepadamu
Siapakah Tuhanmu?
Siapakah Nabimu?
Apakah agamamu?
Apa kiblatmu?

Dan apa pula pemimpinmu?
Dan siapakah saudaramu?
Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan
Allah adalah Tuhanku
Muhammad adalah Nabiku
Islam adalah agamaku
Ka'bah adalah kiblatku
Kitab Al-Quran adalah pemimpinku
Dan kaum Muslimin dan Muslimat,mukminin dan mukminat
Adalah saudara-saudaraku
Serta dihidupkan kembali

InsyaAllah
Kamu termasuk orang-orang yang aman selamat
Dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap
Asyhadualla Ilaha Illallah
Wa Asyhaduanna Muhammadarrasulullah

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Allah mengukuhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh
Asyhadualla Ilaha Illallah
Wa Asyhaduanna Muhammadarrasulullah

Di dunia
Dan di akhirat

Wahai jiwa yang tenang
Pulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan gembira dan diredhai
Masuklah dalam jamaah hamba-hambaKu
Dan masuk pula dalam syurgaKu.

Hurm.Beristighfarlah.

Dan sebagai penutup,saya kongsikan tafsir Surah At-Takaathur ini untuk dijadikan renungan untuk kita semua.

[Surah At-Takaathur:Ayat 1-8]

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Sehingga kamu masuk kubur.

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Renungkan.

Tiada guna kita membaca artikel ini jika selepas sahaja dari membaca,kita tetap dengan perilaku sebelumnya.

Ditulis artikel ini sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

26.5.10

This Is What Really Happened In The Middle East.Seriously Guys.Watch This Video.Think About It. (Satu Lagi Artikel Ringkas Mengenai Isu Palestin)

Assalamualaikum.



sengaja ditulis tajuk di dalam Bahasa Inggeris

walaubagaimanapun
tontonlah video di atas

satu video dokumentari
walaupun dokumentari itu terlalu formal bunyinya
untuk menggambarkan realiti yang sebenar

diusahakan oleh beberapa orang sukarelawan (mungkin?)
berasal dari negara Pakcik Sam (andaian penulis)

jadi
apabila disebut sukarelawan
sudah tentu tidak bias liputannya

apa-apapun
sila tonton

sedih kita di sini
tidak dapat menggambarkan apa yang sedih di sana

perit kita di sini
perit lagi di sana

tetapi apakah yang kita buat?
hurm

lebih panjang hurm itu bagi kita yang beragama Islam
yang mengaku (kononnya) bersaudara
tetapi saban hari berhibur sakan

tidak perlu menulis panjang
anda fikirlah
renungkan

dan yang penting
do something about it

wondering what you can do?
ever heard of the phrase "doa senjata mukmin"?

berdoalah
dengan ikhlas

wondering mengapa doa seakan tidak diperkenan?
renunglah ayat di bawah ini

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
[61:10-13]

tanya diri sendiri
adakah kita berbuat semua yang diperintahkan di dalam ayat ini?

hurm
kembalilah ke pangkal jalan

tidak perlu kempen boikot suam panas dua hari
do something permanent
think,think,think

okay,
that's all

cakap banyak pun tiada guna bai

jika selepas habis membaca
kita kembali membeli McDonalds
untuk dimakan sambil menonton filem Avatar
diikuti Piala Dunia 2010

heh
a sarcastic
i am


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

p/s: Anda boleh membaca artikel ini untuk penambahan info.


25.5.10

Video Seorang Lelaki Meninggal Ketika Memberi Syarahan Agama (Sesungguhnya Maut Itu Boleh Datang Bila-Bila Masa,Di Mana Jua.Dan Sesungguhnya Banyak Peringatan Telah Sampai Kepada Kita - Bersediakah Kita?)

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menonton video di bawah ini.Video di mana seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang memberi ceramah/syarahan agama di hadapan orang ramai.

Anda tontonlah.



Hurm,

Terdetik di hati,
Bagaimanakah keadaan kita,

Adakah mati dalam keadaan baik,
Atau mati dalam keadaan tidak baik,

Mati dalam keadaan bersedia,
Atau mati dalam keadaan tidak bersedia,

Mati dalam keadaan beramal,
Atau mati dalam keadaan tidak beramal,

Mati dalam keadaan iman,
Atau mati dalam keadaan kufur,

Mati dalam keadaan bertaubat,
Atau mati dalam keadaan bermaksiat,

Insaflah kita,

Kerana hidup di dunia ini singkat sahaja,
Usah buang masa kita terhadap perkara yang tidak penting,

Kerana masa hidup kita ini terlalu singkat untuk dibazirkan,
Dan tidak pula diketahui sampai bila tempohnya,

Beristighfarlah,
Usah kita bergaduh betul atau tidak video ini,

Jadikanlah ia sebagai pengajaran,
Iaitu mati itu datangnya bila-bila sahaja,

Dan janganlah sekadar insaf dua minit,

Sebaliknya,
Renunglah sesuatu dari video ini,

Dan tanya diri kita,
Apakah kita sudah bersedia?

Surah Al-Fajr:Ayat 1-30

Demi waktu fajar;

Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Dan malam, apabila ia berlalu; -

Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


23.5.10

Mengawal Kemarahan Mengikut Islam,Bagaimanakah Caranya? (Satu Artikel Ringkas Untuk Yang Berfikir)

Assalamualaikum.

Diminta supaya anda membaca artikel sehingga habis untuk memudahkan pemahaman anda.

Sebelum meneruskan pembacaan,dicadangkan adalah lebih elok untuk anda menonton video 10 minit di bawah ini.Ini kerana,penulisan ini akan berdasarkan kandungan video di bawah ini.



Baiklah.

Sebelum itu juga,elok diingatkan,artikel ini ditulis sebagai panduan dan peringatan kepada diri saya juga.

Saya sebelum ini merupakan seorang yang panas baran (dan masih cuba untuk mengatasi masalah ini sehingga hari ini).Silap sedikit sahaja,saya sudah merasa kepanasan di kepala.Apabila kepanasan melanda,lahirlah maki hamun.

Hurm.Saya pasti ramai di antara anda sebegini juga.

Tetapi,janganlah berterusan begini.

Kita mesti berbuat sesuatu mengenainya.Dan dari mencuba pelbagai teknik mengawal kemarahan ciptaan manusia yang tidak pernah terbukti keberjayaan itu,baiklah kita mengamalkan teknik mengawal kemarahan yang diajarkan oleh Maha Pencipta kita,Allah SWT.

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.
[42:36-37]

Okay.

Begini.

Apakah kaitan di antara dua ayat di atas ini?

Sabar.Kita bincang satu persatu (semua yang ditulis ini ada di dalam video di atas).

Sebenarnya,semua perkara yang diberikan kepada kita di atas muka bumi di dalam hidup dunia ini,semuanya hanyalah perkakas (utility) untuk memudahkan kehidupan kita di sini sahaja.

Ianya boleh diibaratkan sebagai pembuka tin yang anda gunakan di rumah.Anda hanya gunakannya untuk membuka tin.Tiada orang normal yang berbangga dengan jenis penutup tin yang dimilikinya.Kerana,ianya hanya pembuka tin.

Sama juga dengan perkakas di dunia.Ianya bersifat sementara sahaja.Jika kita menjadi hamba Allah yang baik di dunia ini,kelak di akhirat,kita akan mendapat balasan yang lebih baik.Dan,most importantly,perkara itu adalah kekal.

Ya.Kekal.Dunia ini sementara sahaja.Jadi,tidak perlulah kita tergila-gilakan sangat dengan dunia ini.

Tetapi,untuk percaya (beriman) akan pernyataan ini bukanlah mudah.Kerana,hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang yakin bahawa dunia ini adalah sementara sahaja.Hanya orang yang benar-benar yakin sahaja percaya bahawa setiap perbuatan di dunia akan dibalas di akhirat kelak.

Itu satu.

Apakah kaitan dengan mengawal kemarahan?

Lihat ayat seterusnya.

Balasan-balasan (yang bakal dimiliki di akhirat kelak) ini adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan keji serta apabila mereka marah,mereka memaafkannya.

Haa.

Itu dia.

Baiklah.

Hendak bertenang ketika sedang marah,itu sudah menjadi satu perkara.Tetapi,hendak memaafkan ketika sedang marah.Tentulah lebih sukar.

Jangan bimbang.

Cuba bacakan ayat ini betul-betul.Renungkan maksudnya.Jika tidak faham penulisan saya,tonton video di atas.

Itulah dia tips mengawal kemarahan mengikut cara Islam,cara yang diajarkan oleh Maha Pencipta,Allah SWT.

Memang sukar mengawal kemarahan.Tetapi,ingatlah.Di dunia ini hidup hanya sementara.Paling lama boleh pergi jauh dalam 80 tahun sahaja.Kemudian,selepas 80 tahun itu kita ada apa lagi?Kita sudah mati selepas itu.Duduk di dalam kubur seorang diri.Menunggu Hari Pembalasan.Tiada teman.

Itu belum bicara tentang balasan dan seksa di dalam kubur lagi.Ngeri bukan?But,well,it's a true story.

Jadi,keadaan kita kelak,bergantung kepada perlakuan kita.Dan semestinya rahmat Allah SWT.

Jadi,jika sedang marah,ingatlah ayat ini.Sabarlah.Berpalinglah dari orang yang menjengkelkan itu.

Dan,ingat.Pasti semasa kita sedang marah,akan datang musuh nombor satu kita untuk menghangatkan lagi kemarahan kita.

Siapa musuh itu?

Syaitan.Ya.Itu dia.Syaitan Yang Direjam.

Beliau bekerja menyesatkan kita 24/7 dengan semangat dan disiplin yang sungguh tinggi dengan harapan supaya kita menyertainya di neraka kelak.Berbanding dengan kita yang mudah lalai.Jadi,berhati-hatilah.

Nak-nak waktu tengah marah,pasti kita lemah mudah dihasut Syaitan yang melaga-lagakan kita.

Cara yang paling mudah adalah beredar dari tempat pergaduhan,beristighfar dan memaafkan.Dan,ingatlah.Kita boleh sahaja jika mahu membalas perbuatan orang itu.Perhatikan ayat di bawah ini.

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.


Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
[42:40-43]

Tetapi,ingatlah.Memaafkan itu lebih baik.Dan balasannya lebih baik.

Cuba lihat.

Adakah anda mahu melepaskan nafsu kemarahan yang bersifat sementara itu dan kemudiannya menyesal akibat kemarahan itu,atau anda mahu memaafkan dan mendapatkan balasan,rahmat dan keredhaan-Nya?

Anda fikirkan.

Banyakkanlah bersabar.

Sebenarnya hidup ini,jika makin banyak kita cuba untuk bersabar,makin banyak perkara-perkara annoying muncul.Itu semua hanyalah dugaan.

Percayalah.

Sama jugalah jika anda (lelaki) ingin memelihara pandangan mata anda daripada melihat aurat wanita,pasti dan-dan sahaja lepas itu muncul pelbagai wanita yang jelita.

Tetapi,ingatlah.Dunia ini sementara.Akhirat itu jugalah yang kekal.

Jadi,kesimpulan bagi artikel ini adalah seperti di bawah,

Cara mengawal kemarahan mengikut Islam adalah bersabar dan memaafkan.Dan percayalah bahawa balasan bagi orang yang memaafkan di akhirat kelak lebih besar dan lebih kekal.Percayalah dengan janji Allah.

Dan renung dua hadis di bawah ini juga,

Nabi SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi SAW bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Anda renung-renungkan.(link)

Satu penulisan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

22.5.10

Okay Guys.Seriously.Stop The Nonsense,Please. (Apakah Definisi Menjadi Umat Islam Bagi Kita Di Malaysia?)

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menonton video di bawah ini.Sebelum meneruskan pembacaan,dicadangkan anda menonton dahulu video ini yang panjangnya hanya sekitar 2 minit.



Di dalam video,dipaparkan seorang saudara kita dari negara Germany yang meminta bantuan dana sebagai peruntukan bagi membolehkan komuniti masyarakat Islam di sana membina masjid.

Sebenarnya,bukan untuk membina masjid.Tetapi,membeli sebuah bangunan untuk dijadikan masjid.

Sebelum itu,bagi memudahkan penulisan dan pembacaan,mari kita gelarkan saudara kita dari Germany itu dengan panggilan Ahmad memandangkan kita tidak tahu nama beliau yang sebenar.

Ahmad memberitahu kepada kita di dalam video itu bahawa

Kami umat Islam di sini perlu membina masjid di sini untuk membolehkan usaha dakwah dilakukan.Adalah menjadi tanggungjawab untuk kami umat Islam di Eropah ini untuk berdakwah kerana jika kami tidak menjalankan dakwah,ianya adalah bahaya untuk kami.

Itu merupakan terjemahan langsung daripada apa yang beliau ucapkan.

Tetapi,saya percaya beliau hendak menyatakan ayat sebegini sebenarnya,

Kami perlu membina masjid ini supaya urusan dakwah boleh dijalankan dengan selesa dan sempurna.Kerana kami di Eropah ini umat Islam adalah minoriti.Jadi,adalah menjadi tanggungjawab kami menyebarkan Islam kepada saudara sebangsa kami yang lain.Kerana,dakwah itu merupakan satu kewajiban.Jika kami tidak lakukannya,siapa lagi hendak lakukannya?

Mungkin disebabkan kesukaran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris menyebabkan ayatnya sukar difahami.

Okay.Lihat.Kita sudah mengarut.

Berbalik kepada topik,apa kaitan antara tajuk artikel ini dengan video di atas?Dan apa juga kaitan antara saudara Ahmad dengan penulisan saya pada malam ini?

Begini.

Cuba lihat.

Sebenarnya,di sebalik berjuta-juta konflik dan isu yang melanda umat Islam pada hari ini,masih wujud golongan yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan agama Allah ini.

Bayangkan,duduk di negara Eropah yang mempunyai banyak dugaan dan fitnah,tetapi dalam keadaan yang mencabar ini,saudara-saudara kita dari Germany masih lagi bersemangat untuk membina masjid.

Bukan empat buah masjid yang mereka mintakan bantuan dari kita untuk membina,tetapi hanya sebuah.

Ya.

Mereka hanya mahukan sebuah masjid untuk digunakan.

Cuba lihat dan bandingkan keadaan di atas dengan kita di Malaysia.

Ya.Kita umat Islam di Malaysia yang boleh dikatakan secara kasarnya sebagai manja-tidak pernah bersyukur-suka membuang masa-dan selalu khayal.

Mari saya ceritakan something.

Saya berasal dari Pahang.

Di kawasan tempat saya itu,ramai penduduk Islam.Tetapi,masjid yang ada tidak banyak.Jadi,penduduk di situ sering menggesa kerajaan tempatan membina masjid untuk digunakan.

Bagus niat itu.

Tetapi,menonton video di atas ini,membuatkan saya terfikir sesuatu.

Apakah definisi menjadi umat Islam kepada kita di Malaysia?

Yalah.Seperti yang dinyatakan oleh saya di atas,masjid di kawasan kami itu sudah ada.Cuma tidak besar.Dan pada hari Jumaat kebiasaannya,tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ada.

Hurm,macam mana ek nak tulis ni?Susah pulak nak buat ayat.

Okay.Begini.

Kita mahukan masjid kononnya supaya sempena hari Jumaat tidak sesak.Tetapi,adakah itu sahaja fungsi masjid?Adakah masjid hanya berfungsi menjelang hari Jumaat?

Apa fungsi kita buat masjid besar-besar jika pada hari kebiasaan,hanya dua saf yang dipenuhkan?

Begitu juga dengan bandar-bandar lain di Malaysia.Masjid dibina punya besar dan lawa,tetapi yang datang hanya sekerat dua kebiasaannya.Kononnya masa hendak bina dahulu,kita protes hendak masjid.Tetapi apabila siap,kita tidak gunakan.

Itulah yang buat saya pelik.Apakah definisi menjadi umat Islam bagi kita di Malaysia?Adakah masjid kita sekadar untuk dipampang keindahan kepada pelancong?

Kemudian berbalik kepada isu penduduk di kampung halaman saya sebentar tadi.

Jika mereka katakan kawasan masjid sedia ada tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ada menjelang Solat Jumaat,bukankah di sekitar kawasan itu ada lebih kurang 4 buah surau yang kebesarannya boleh dikatakan menyamai masjid.

Kenapakah tidak menunaikan solat Jumaat di situ?Bukankah rukun solat Jumaat menyatakan "Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu".

Takkanlah tidak cukup bilangan 40 orang.

(Kedengaran dari belakang suara seseorang memberitahu saya sesuatu)

Apa? 

Oh ya.

Di Malaysia untuk menunaikan solat Jumaat perlu ada **** dahulu.Itu dia.Kerenah birokrasi dan isu setempat yang sering menyukarkan umat Islam di Malaysia.

Hendak saya ingatkan di sini.Islam itu agama yang mudah.Tetapi,kita di Malaysia sering menyusahkan urusan dakwah Islam untuk dijalankan.

Dulu,ada satu isu,hendak berdakwah kena ada **** juga.

Aih?

Sekali lagi membuatkan saya tertanya-tanya,apakah definisi menjadi umat Islam bagi kita di Malaysia?

Sama juga dengan isu kahwin.Hendak kahwin perlu ada majlis beribu-ribu ringgit.Jika tiada,bukanlah perkahwinan.Padahal,matlamat perkahwinan itu salah satunya untuk membanteras maksiat.

Haih.

Cuba lihat video di atas tadi.Punyalah mereka di Eropah bersatu padu hendak menyebarkan dakwah di negara yang majoriti penduduknya bukan Islam.

Tetapi,kita di Malaysia?Apa kita buat?

Sudah ada masjid,tidak datang masjid.Masjid dijadikan perhiasan.Rela kita duduk di tangga masjid berborak dan mengumpat tentang politik dari mengimarahkan masjid.

Hurm.

Mungkin kerana kita terlalu selesa menyebabkan kita menjadi sebegini.

Kemudian,ada satu lagi sindrom kita umat Islam di Malaysia.

Kita hanya suka bergaduh mulut tentang sesuatu hukum dan mencari kesalahan orang lain.Tetapi,jarang cuba mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Sebelum terlupa,di bawah ini ingin saya kongsikan 10 nasihat Hassan Al-Banna kepada kita semua.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Okay.

Bak kata tajuk di atas,stop the nonsense.

Setakat ini sahaja penulisan saya.Harap anda faham apa yang ingin disampaikan.

Ingat,berdakwah itu satu kewajiban,bukannya pilihan.Cukup-cukuplah kita mengelamun dalam alam fantasi kita.Sedarlah semua.

Nikmat keamanan yang kita nikmati sekarang itu kurniaan Allah.Patutnya kita lebih gigih berdakwah dan mengamalkan ajaran Islam dari mereka yang tidak mendapat kemudahan.Tetapi,realitinya terbalik pula.

Anda boleh baca artikel-artikel di bawah ini untuk maklumat lanjut :

Muslims in Texas,The Story Of Cat Steven & The Assassination Of Malcolm X
- Menceritakan kisah hidup Umat Islam di Texas.

Tanggungjawab Kita Sebagai Umat Islam Abad Ke-21 & Adab Berada Di Masjid
- Menceritakan kisah hidup Umat Islam di Moscow.

Kita Selesa Kerana Kita Tidak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku.Bukalah Mata Anda,Bukakan Juga Minda Anda.Hentikan Merungut Perkara Kecil,Berbuatlah Sesuatu.Anda Mampu Melakukannya. (Isu Palestin)
- Menceritakan kisah hidup Umat Islam di Palestin.

Cuba renung kisah-kisah di atas,tidakkah anda (kita) malu dengan cara hidup anda yang mengaku sebagai umat Islam di Malaysia?Hanya mampu "bangkit" sebagai umat Islam selama dua hari apabila muncul sesuatu "isu" yang tidak patutpun diberi perhatian?

Fikir-fikirkan. (link)

Hold to forgiveness; command what is right; But turn away from the ignorant./Jadilah seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang yang jahil [7:199]

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

19.5.10

Realiti Semasa : Kita (Umat Islam Di Malaysia) Sebagai Juara Berhibur Antarabangsa & Cadangan Alternatif Bagi Menyelesaikan Masalah Yang Agak Kronik Ini (Satu Penulisan Berdasarkan Fakta Dan Pemerhatian)

Assalamualaikum.

Mungkin fakta ini (rujuk tajuk di atas) sudah lama diketahui,tetapi dengan penemuan yang terbaru (tidaklah baru sangat),makin bertambah kuatlah fakta ini.

Dan diingatkan juga,mungkin ada pihak yang apabila selesai membaca (ataupun hanya baca tajuk) akan mengeluarkan hujah-hujah untuk menafikan kenyataan.

Dan sekali lagi diingatkan,fakta ini hanya memeranjatkan anda yang mahu berfikir.

Masih tidak faham?Lihat gambar di bawah.Dan klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.



Kita ulas satu persatu gambar bagi memudahkan pemahaman anda.

Kita rujuk dahulu gambar yang pertama,Carta Trafik Bagi Facebook 1.

Di bulatan yang pertama (bertanda huruf 1) di dalam gambar,kita dapat lihat di situ dinyatakan Carta Traffik Alexa bagi Facebook peringkat global adalah di tempat kedua di belakang Google yang berada di tempat pertama.

Ini bermaksud,dalam bahasa pasarnya,Facebooklah laman web yang paling ramai dimasuki orang selepas laman web Google.

Itu logiklah.

Kemudian kita lihat bulatan yang kedua (bertanda huruf 2),dinyatakan bahawa pengunjung yang paling ramai mengunjungi Facebook bukanlah berasal dari negara Amerika Syarikat.Ini kerana,pengunjung dari Amerika Syarikat hanya menduduki tempat kedua dalam menyumbang traffik untuk Facebook.

Pelik bukan?Mengikut logik realitinya,sepatutnya Amerika Syarikatlah yang menjuarai Traffik bagi Facebook.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya,negara apakah yang berada di tempat pertama dalam menyumbang Traffik ke Facebook?

Perancis?Jepun?Korea? atau negara apa?

Jawapannya boleh kita lihat dalam gambar kedua,Carta Traffik Bagi Facebook 2.

OMG!

Negara yang menjuarai carta penyumbang Traffik ke Facebook adalah Indonesia,Malaysia,Filipina dan Singapura.

Mereka bersama-sama berkongsi tempat.

Ho yeah!

Itu mungkin reaksi pertama yang direaksikan jika tiada pemerhatian kritikal lanjutan dilakukan selepas itu.

Jika ada pemerhatian kritikal lanjutan yang dilakukan selepas melihat gambar itu,reaksi yang akan dihasilkan akan berbunyi Astaga.

Okay.

Mari kita buat pemerhatian bersama-sama dari kedua-dua gambar ini.

Adalah lebih menarik jika pemerhatian dibuat dalam bentuk point.Mari baca bersama.

1) Dilihat secara mendalam carta ini,kita dapat lihat satu persamaan antara keempat-empat negara ini.

2) Mereka semuanya adalah negara yang jika dicampurkan semua penduduknya,majoritinya adalah masyarakat Melayu.

3) Okay.Itu masih pandangan secara kasar.

4) Kita dalamkan lagi pemerhatian.Boleh dikatakan majoriti dari masyarakat keempat-empat negara ini,beragama Islam jika dijumlahkan kesemuanya.

5) Dan jika difikirkan lagi,takkanlah penduduk minoriti di keempat-empat negara ini boleh menyumbang traffic sebegitu banyak.Pastilah ianya perlu melibatkan penduduk majoriti keempat-empat negara juga bagi membolehkan mereka bersama-sama 'menjuarai' carta Traffik ke Facebook ini.

6) Yang bermakna,tanpa kiraan matematik khusus,bolehlah dikatakan,lebih 50% manusia yang menyumbang kejuaraan ini terdiri daripada mereka yang beragama Islam. (Ingat,jumlah penduduk Indonesia amat ramai dan Indonesia merupakan negara yang paling ramai bilangan umat Islamnya di seluruh dunia).

7) Dan,kita tahu bahawa internet merupakan sumber hiburan penting dalam dunia moden pada hari ini.

8) Menjuarai traffik Facebook yang ranking Alexanya berada di tempat kedua,samalah dengan menjadi Juara Berhibur peringkat Antarabangsa.

9) Ialah.Siapalah yang hendak pergi bukak Google 24/7.

10) Yang menunjukkan,umat Islam Malaysia (kita fokuskan Malaysia pula) memang suka berhibur.Dan kita memang sedang leka.

Inilah buktinya.Lihatlah dunia.Betapa mudah kita dilekakan.

Kita kena ingat,negara kita kecil berbanding dengan Indonesia.Tapi,kita berkongsi tempat dengan mereka.Bayangkanlah betapa agaknya tinggi traffik masuk ke Facebook dari Malaysia.

Dan negara kita lebih 50% penduduknya adalah umat Islam.

Ini semua hanya membuktikan kebenaran artikel ini sahaja.

Apakah yang patut kita lakukan?

Sebenarnya,fakta ini merunsingkan kerana realitinya,70% dari penggunaan Facebook sehari-harian bukannya untuk kebaikan.

Memanglah ada orang yang menggunakan Facebook sebagai medium dakwah.Tetapi,keadaan itu adalah minoriti dalam minoriti.

Pijak pada realiti.

Kita tahu apa yang kebanyakan dari kita buat di Facebook sehari-hari.

Kita membuang masa dan berhibur kosong.

Hendak bercerita tentang keburukan Facebook,banyak sebenarnya.Anda boleh baca di laman web Ustaz Zaharuddin di link ini.

Sedarlah.

Kita sudah diberitahu hakikat agenda konspirasi dan sebagainya.

Tetapi,fakta ini menunjukkan bahawa ramai lagi di antara kita sebenarnya masih tidak sedar.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”:- (Riwayat Abu Daud )

Fakta ini membuktikan hadis ini.

Astaghfirullahalazim.

Cakap hendak boikot Israel dan sebagainya,tetapi kitalah yang sebenarnya semakin hari semakin dicucuki jarum minda.

Lemah dan pasrah tidak melawan kembali ancaman mereka terhadap minda kita.

Sekadar memetik lagi kata-kata seorang sahabat di blognya,

People tend to think that the end of the world is near, but death is nearer.

Kematian itulah perkara paling dekat dengan kita.

Okay.

Bosan berbicara tentang ini.

You got the point already.

Sebenarnya,ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.Yalah.Memandangkan kita terlalu suka online,ada baik kita bertukar dari online sambil berhibur kepada online sambil menambah ilmu.

Di bawah ini,saya senaraikan beberapa laman web yang boleh anda lawati selain Facebook.

Ummah's Best
Laman web ini merupakan Digg versi Islamik.Seriously banyak artikel yang membuka minda boleh anda baca di sini.

Peace Tv
Laman web ini merupakan saluran TV internet 24 jam yang memaparkan rancangan-rancangan Islamik.Pelajar di luar negara sepatutnya ambil kesempatan dari internet yang laju untuk melayari laman web ini.Yalah.Pelajar luar negara itu harapan bangsa.Tetapi,jika pelajar di luar negara sendiripun suka khayal membuang masa,hurm sahajalah.

Halal Tube
Ini merupakan Youtube versi Islamik.

Dan sebenarnya banyak lagi laman web yang bagus.

Mahu tidak mahu sahaja.

Semoga dengan pendedahan ini membuatkan anda berfikir.Cukup-cukuplah kita berhibur.Cuba fikirkan.Baik internet,televisyen dan radio,semuanya kita gunakan untuk berhibur.Adakah ini tujuan kita diciptakan?

Ingatlah.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Janganlah kita leka lagi.

Saya akhiri penulisan saya dengan satu lawak jenaka sindiran yang diambil dari blog seorang rakan blogger.

Seorang lelaki mahu membeli organ,dan semua otak berbeza harganya,ada yang mahal,ada yang murah dan ada satu yang paling mahal. Lalu ditanya otak siapa dan mengapa mahal sungguh harganya.

Jawapannya : Otak ini otak orang Melayu dan ianya mahal kerana sangat sedikit digunakan.

Jika tidak tersindir juga,maaf.Anda perlu lakukan sesuatu.

Sekian dari saya.

Artikel ini ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Buang yang keruh,ambil yang jernih.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


18.5.10

Mengapa Kita Sukar Berubah?Apakah Puncanya? (Satu Pandangan Peribadi Berdasarkan Pengalaman Peribadi)

Assalamualaikum.

artikel ini saya lebih selesa tulis dalam penulisan santai
yakni tidak formal
tiada perenggan
tiada noktah sepanjang artikel
tiada koma
dan tiada perkara-perkara rasmi itu
jika adapun
mungkin sesekali
bagi menyedapkan bunyi

bukannya apa
ada masa sukar untuk mesej disampaikan
jika ayat yang diguna terlalu rasmi

dan artikel ini juga mungkin ditulis panjang
luangkanlah sedikit masa untuk menghabiskan bacaan anda
selamat membaca!

kita mulakan artikel dengan tafsir surah Al-Fajr
hayati dan fahami maksudnya
kerana sebaik-baik bacaan Al-Quran adalah bacaan yang difahami dan dihayati

Demi waktu fajar;

Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Dan malam, apabila ia berlalu; -

Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" [89:1-30]

berubah?
semua orang mahukannya
percayalah
kita semua mahukan hidup,sifat dan peribadi yang lebih elok
kita semua
deep down inside
mahu menjadi hamba Allah yang terbaik
jika tidak terbaik pun
lebih baik
anda tahu apa yang ingin saya maksudkan

sebenarnya saya tahu fakta ini kerana
ada ramai sahabat-sahabat saya
sering berbual dengan saya
meluahkan perasaan masing-masing
bagaimanakah ingin berubah?
bagaimanakah ingin mengekalkan tekad ke arah jalan yang diredhai?

saya juga sebenarnya sehingga kini
masih membentuk diri
yalah
kita semua umat manusia biasa
tidak maksum
sudah pasti perubahan itu berperingkat-peringkat
bukankah begitu?

tetapi yang penting
ada step
yup
pernah dengar orang putih bicara step by step
itulah yang perlu dilakukan oleh kita jika ingin berubah
tetapi masalahnya
kita semua sering salah faham akan perumpaan ini
kita terlalu manjakan diri
sehinggakan tiada step langsung diambil

ya
itu dia
kita sampai kepada point pertama kita
punca mengapa kita sukar berubah adalah
kerana kita mengambil no step
berbanding memilih step by step



mari saya kongsikan contoh
ada seorang remaja X
dia mahu berubah

seperti biasa
tentulah apabila disebut berubah
perubahan itu dari keadaan buruk kepada baik

berbalik kepada remaja X
hendak dijadikan cerita
dia tidak tahu hendak memulakan perubahan dari mana
cadangnya bermula dengan hentikan merokok

tetapi
baru 4 jam berhenti
dia sudah give up
jadi dia berpendapat
dia ini memang sudah ditakdirkan menjadi teruk
jadi dia pun terus terpadam cita-cita

sebenarnya kita tidak boleh begini rakan-rakan
mungkin anda tidak faham cerita ini
tetapi cuba baca lagi

kita ingin berubah
jangan hanya fokus satu perkara dan putus asa bila tidak berjaya
jika terlalu berat untuk kita meninggalkan rokok itu
kita tukarlah dahulu perkara lain
kita jaga dahulu sembahyang kita
kita kurangkanlah dahulu umpat bicara
kita kurangkan dahulu menonton aurat wanita
dan lain-lain

anda faham apa yang ingin saya sampaikan

maksudnya
jika hendak berubah
proses itu mesti berterusan
jangan terhenti

setiap masa
mesti berlangsungnya satu step ke arah kebaikan
kerana
lama kelamaan
perkara lain yang sukar pada mulanya
kelak akan menjadi senang apabila anda sudah membuang tabiat buruk yang lain

konsepnya senang sahaja
anggap sahaja diri anda adalah satu baldi
dan anda selama hidup ini telah mengisi baldi itu penuh dengan keburukan
tiba-tiba
anda ingin menyumbat baldi itu dengan kebaikan serta-merta
dalam tempoh satu hari
anda rasa-rasa boleh tidak?

mana boleh
baldi itu akan pecah
anda akan tertekan
dan mungkin kecundang kelak
dan akhirnya anda akan berkemungkinan menjadi seperti dahulu

saya pernah mendengar
ada sahabat berkata
tetapi tidak pasti pula
dia dapat ayat ini dari mana
jika anda tahu
kongsikanlah

ayatnya berbunyi seperti di bawah ini

Islam ini agama yang keras.Hendak ambilnya,secara slow-slow.Tetapi,berterusan.Nabi SAW pernah bersabda bahawa adalah mustahil untuk seorang manusia berubah secara mendadak dalam satu hari.Ianya mesti berterusan dan Istiqamah

ya
istiqamah
point kedua kita mengapa kita sukar berubah adalah kerana tidak istiqamah

berbalik kepada cerita baldi di atas
bayangkan
jika sehari demi sehari
kita keluarkan keburukan step-by-step dari diri kita
pastilah
step-by-step juga diri kita semakin senang melakukan kebaikan bukan?
lama kelamaan
baldi itu (diri kita) pasti akan terisi dengan perkara kebaikan

indah bukan?

jika sebelum ini jarang membaca Al-Quran
bacalah
hayati juga tafsirnya
lama-lama
anda pasti tertarik buat perkara baik lain pula
dan tinggal perkara buruk lain pula
bukan?

sebenarnya proses ini seperti satu rantai yang panjang
ianya akan bersambungan

tetapi
ada juga masalah lain
apakah ia?

masalah itu adalah persekitaran
ya itu dia
point kita yang ketiga
rakan-rakan dan persekitaran

anda ini sudah lama misalnya tidak menghisap rokok
tetapi
bila pulang bercuti
jumpa rakan

member hulur rokok bai
takkan lu nak tolak macam tu je
sap kok lu


mungkin itu bicara anda
tetapi
jika anda hendak berubah
eh silap
bukan anda sahaja yang hendak berubah
saya juga

okay okay
mula ayat balik

jika kita ingin berubah
kita mesti berkorban sedikit
bukan sedikit
banyak juga

kita mesti bersedia berkorban meninggalkan keseronokan dunia
jika hendak berhenti merokok misalnya
tinggalkanlah rakan-rakan yang merokok

sebenarnya beginilah
jika ingin dipermudahkan cerita

jika anda rasa orang yang anda berkawan itu teruk,
anda lihat,
pengaruh siapa yang lebih besar,
jika pengaruh buruk beliau mengatasi pengaruh baik anda,
sehinggakan bila berkawan dengannya,
akan membuatkan anda kembali kepada cara lama,
jarakkanlah diri dengan beliau,

tetapi,
jika anda rasa pengaruh anda lebih tinggi dari beliau,
jika anda rasa jika anda masih berkawan dengan dia,
dia akan mengikut anda menjadi baik,
jadi teruskan berkawan dengan dia

betul
ini saya alami sendiri dalam hidup ini sepanjang proses ingin berubah ini
saya sekadar menulis untuk mengingatkan diri juga

kemudian
dalam perubahan
janganlah apabila sudah berjaya meninggalkan perkara buruk
hendak try test buat balik
(ini peringatan untuk diri)
yalah
samalah macam jika anda hisap dadah
sudah keluar pusat serenti
anda hendak try balik

haih bai
lu ni
masa kecik
taknak nyusahkan orang
masa besar
baru nak buat kacau
camne ni
?

jika anda berbuat kembali begitu
ibarat tiada gunalah perubahan anda bukan?

dan
point keempat
begini
sebenarnya
benda dalam dunia ni
kalau kita buat/usaha bagai nak rak sekalipun
jika tidak mendapat keredhaan Allah
jika tidak diizinkan Allah
tidak boleh terjadi juga benda tu

apakah maksud ayat ini?

maksudnya

banyakkanlah doa jika benar kita menginginkan perubahan.
mintalah kepada Allah diteguhkan hati kita.
mintalah kepada Allah seberapa banyak kali.
jangan berputus asa.
ada masa seakan-akan doa kita tidak diperkenan,
tetapi sebenarnya percayalah,itu tandanya Allah sayangkan kita.
Allah mahu melihat kita berdoa kepada-Nya.
ingin melihat kesungguhan kita.

jangan putus asa
Allah itu Maha Pemurah,Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat

tetapi ingat
itu bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha
usaha perlu ada

dan
jika kita buat silap dosa kembali
beristighfarlah

Syaitan akan sentiasa menyesatkan kita
jangan lalai
jangan leka

yang seterusnya
point yang kelima
dan mungkin yang terakhir
kerana saya telah penat menulis
adalah
elakkan membuat dosa kecil
ini kerana

Rasulullah SAW bersabda : "Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

yup
beliau sudah give-up hendak sesatkan kita dalam big thing
so,dia pakat buat kecil-kecilan sahaja
tapi
tengok-tengok
kita pula terpengaruh dengan kecil-kecilan itu
makin semangatlah dia berusaha kembali

nampak?
jika tidak pun
cuba ambil cerita baldi di atas
anda buat makin banyak dosa kecil
makinlah baldi anda penuh
habis tu kalau baldi penuh dengan najis keburukan
celah mana hendak sumbat kebaikan lagi?

faham
apa-apapun sebenarnya
kembalilah kepada Allah
jagalah solat kita
kerana apabila kita menjaga solat kita dengan baik
nescaya
senang kita berubah

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [29:45]

itu sahaja dari saya
saya ucapkan selamat berjaya
dan sama-samalah kita berdoa supaya

Allah mengurniakan hidayah dan petunjuk-Nya kepada kita
Allah mengampunkan dosa kita
Allah memberikan keredhaan-Nya kepada kita
dan Allah mematikan kita kelak dalam keadaan beriman

amin
sekian dari saya
semoga mendapat manfaat

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


16.5.10

Dua Tahun Tiga Puluh Hari Pena Maya (Merungkai Sejarah Dan Sedikit Pandangan Terhadap Dunia Blog Tempatan/Tanggungjawab Berdakwah) - Artikel Mesti Baca

Assalamualaikum.

Kisah Hidup Seorang Blogger Taksub (Artikel Serius,Tiada Lawak Bodoh Boleh Diexpect,Tetapi Boleh Anda Baca Jika Mahukan Pengajaran)

Mari saya ceritakan something.

Dua tahun lepas,sekitar April 2008,saya telah menetapkan satu akaun Google yang saya kemudiannya gunakan untuk membuka sebuah blog yang kini dikenali sebagai Pena Maya.

Sebelum wujudnya Pena Maya,saya telah mempunyai beberapa buah blog.Tetapi,blog sampah.

Ya.Secara jujur saya gelarkan blog-blog yang pernah saya miliki dahulu sebagai blog sampah.Bercerita tentang diri sendiri memakan apa dan membeli apa.Siapa mahu peduli.

Mungkin ada yang peduli.Tetapi,seiring dengan usia yang meningkat,saya merasakan tidak perlu lagi semua itu.It's a fake world for the fake people.

Cerita belum lagi bermula.Jangan salah faham.

Sekitar Mac 2008,negara kita mengadakan Pilihan-Raya Umum.Seperti mana yang kita tahu,keputusannya menyaksikan kemenangan tipis bagi parti X.

Saya yang berusia tidak sampai 18 tahun ketika itu,telah membuka satu blog di URL ini juga,http://baikiminda.blogspot.com.

Tetapi,dengan nama berlainan.Nama berlainan itu adalah "Gerakan Besar Misi Melayu" atau "Misi Gerakan Besar Melayu".Saya tidak ingat.Tetapi,empat perkataan itu tetap ada.

Melihat kepada nama blog saya ini dahulunya,tentu anda terus dapat meneka parti apakah yang menjadi pilihan saya ketika itu.Bukan?

Dan tentu anda berkata di dalam hati,"Ah,lame (Bahasa Inggeris) gile budak ni.

Tapi,well,budak hingusan yang mentah.Biasalah.

Tertanya-tanya apakah yang saya tulis ketika itu?

Saya menulis tentang kelemahan orang Melayu.Bukan dari segi politik.Tetapi dari segi pemikiran.

Seperti biasa,ramai yang kondem saya punya penulisan ketika itu.Dikatakan saya ketika itu taksub dengan semangat Melayu dan sebagainya.

Tetapi,tidak mengapa.Memang saya mengaku.Tulisan saya ketika itu agak kasar dan beremosi.Juga memang patut dikondem kerana melebih-lebihkan sesuatu yang remeh daripada sesuatu yang sepatutnya.You know what I mean.

Jun 2008,saya melanjutkan pelajaran ke Russia setelah menghabiskan setahun pengajian persediaan bahasa Russia di Malaysia.

Setibanya di Moscow,darah anak muda,biasalah.Masih lagi menulis tentang Melayu.Mengkritik pemikiran Melayu.

Tetapi,dalam masa yang sama,perangai saya sendiri 2x5.Bukan hendak membuka pekung di dada.Tetapi,hurm.Tidak mengapa.Slow-slow.Anda akan tahu jawapannya kelak di pengakhiran artikel.

Bulan berganti bulan,hari berganti hari,sehinggalah bulan Jun 2009 (atau Mei,saya tidak pasti) menghadirkan diri.

Saya ketika itu menulis bagai nak rak,tetapi menyedari suatu hakikat.Tidak ramai orang yang berjaya saya sedarkan melalui penulisan saya.

Saya ketika itu merasakan satu perasaan yang pelik.Amat pelik.

Hati kosong,jiwa kosong.Tetapi,yang saya tahu,memang dunia/cara hidup yang saya hidupi ketika itu tidak betul.Seolah-olah kehilangan sesuatu.

Lalu,saya berkeputusan,menutup blog Pena Maya.I mean,the old Pena Maya.

Mula-mulanya,hendak memadamkannya sahaja.Tetapi kemudian,hanya diprivatekan.

Tiga bulan juga saya tutup blog ini dan tidak menulis.Di dalam hati,saya bermonolog, "Aku mesti kaji apa yang tidak betul dengan diri,sistem,dan masyarakat aku".

Tetapi,tidak saya luahkan kepada sesiapa perasaan ini.Kerana jika diluahkan,sepertinya susah hendak dibicarakan.

Musim panas 2009,saya pulang ke Malaysia.Di Malaysia,Alhamdulillah,hati saya telah terbuka untuk membuat beberapa perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dengan kemahuan sendiri.


Banyak kali juga saya pergi ke masjid,bersembahyang jemaah.Beberapa buku (ilmu agama) juga sempat saya beli,dan saya baca sepanjang musim panas itu.

Bukan hendak riak.Tetapi,supaya anda faham apa yang bakal diceritakan lagi ini.

Tetapi,saya masih dengan perangai lama saya.You know what I mean.

Bukannya saya yang dahulu tidak bersembahyang,tetapi,sembahyang yang dilakukan itu kosong.Tidak berjaya mengubah diri saya ke arah kebaikan.

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [29:45]

Nampak?Sepatutnya sembahyang itu dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.Tetapi,itulah.Apabila direnung kembali.Saya dapat lihat salah satu sebab mengapa saya tidak 'betul' pada masa itu.

Balik sahaja ke Moscow (tamat cuti musim panas),dipendekkan cerita,saya entah bagaimana semakin suka membaca ilmu-ilmu agama.

Tetapi,sekadar baca.Tidak diserap ke dalam jiwa.Tidak diaplikasi.Hanya ilmu di atas kertas.Tidak diasimilasikan ke dalam kehidupan.

Kemudian,dipendekkan cerita lagi,saya menonton siri The Arrival.

Saya terkedu menonton siri itu.Banyak pembongkaran yang telah didedahkan di dalam video itu.

Tetapi,still hati saya tidak berapa nak berisi.

Sehinggalah,satu ketika,saya mula membaca Al-Quran dan tafsirnya.Dan saya cuba mengamalkan agama sebaik mungkin.

Saya menjaga solat saya,bacaan di dalam solat saya cuba fahami.Saya cuba sebaik mungkin.Saya banyakkan berdoa.Dari situ,hati saya sudah dapat saya rasakan semakin berisi.Semakin tenang.


Dan dari situ jugalah,saya mula menulis di Pena Maya tentang unsur-unsur keagamaan.

Oh,lupa pula.Saya tidak beritahu anda.September 2009,saya buka kembali blog ini.Penulisan yang lama saya telah padamkan semua sekali.Dan penulisan saya selepas dibuka kembali blog ini lebih berunsurkan Islam.

Sengaja dikekalkan alamat URL yang lama.Apa orang kata,sentimental value.

Tetapi,saya masih tidak nampak suatu hakikat lagi.Apakah hakikat itu?

Mari saya sambung cerita dahulu.

Kita sambung kembali cerita saya tadi.Saya pun menulislah tentang keagamaan.Kali ini,saya niatkan penulisan saya kerana Allah,untuk berkongsi ilmu dan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri.

Semakin lama menulis,semakin banyak ilmu dicari,semakin saya nampak hakikat itu.

Tahukah anda hakikat itu?

Ini,saya ceritakan tentang hakikat itu di dalam bahasa pasar.

Hanya dengan kembali kepada Islamlah kita dapat berubah.Hanya dengan kembali kepada Islam sahaja jugalah kita dapat menjadi manusia terbaik.Dan hanya dengan memahami asas Islam itulah kita mampu membendung perangai-perangai yang tidak baik kita yang lain.

Tentu anda tertanya-tanya,apakah asas Islam itu?

Asas Islam itu (ini merupakan ayat saya,jika silap sila betulkan) kita boleh jumpa di dalam Al-Quran dan Hadis.

Tetapi,kita selama ini tidak tahu kerana kita tidak tahu dan tidak pernah/tidak mahu ambil tahu.


Masih tidak faham?

Cuba lihat kisah hidup saya di atas ini sebagai seorang blogger.

Dahulu,saya menulis tentang mengubah pemikiran Melayu.Tulis bagai nak rak.Tetapi,adakah saya berubah?Adakah saya menjaga sembahyang?Adakah saya menjaga penglihatan saya?Adakah penulisan saya itu mampu membuatkan saya menuturkan kata-kata yang baik?Dan sebagainya.Anda tahu apa yang hendak saya sampaikan.

Tidak bukan?

Saya masih lagi mencarut,saya masih lagi memaki,saya masih lagi tidak menjaga sembahyang,saya masih lagi menonton rancangan-rancangan yang wanita-wanita di dalam rancangan itu mendedahkan aurat mereka dengan selamba,saya masih lagi membuang masa dan lain-lain.

Nampak?

Kemudian,saya menonton rancangan The Arrival pula.

Masih lagi,saya tidak berubah.Masih lagi,saya membeli McDonalds.Masih lagi saya memiliki koleksi Mp3 sebanyak 40GB dan mendengarnya setiap hari seolah-olah Muzik itulah tujuan hidup saya.Adakah ini cara hidup yang betul?

Nampak?

Saya hanya berubah,apabila saya membaca Al-Quran dan mengkaji (membaca hadis).Saya hanya berubah apabila saya faham kenapa saya diciptakan oleh Allah SWT.Saya hanya berubah apabila saya tahu kenapa dan mengapa.Dalam kata lain,saya hanya berubah apabila saya ada ilmu.Ilmu tentang Islam.

Ya.Islam.Cara hidup yang diperintahkan Allah,Tuhan sekalian alam kepada manusia.

Hanya selepas kembali kepada jalan Islam,saya telah membuang sedikit demi sedikit perangai buruk saya.

Antara perkara besar yang telah berjaya saya buang dari diri adalah,saya telah memadamkan 40GB file Mp3 saya.

Saya ini peminat muzik bukan muzik yang cikai-cikai/slow-slow itu.Saya ini,hurm.Tidak perlu diceritakan.Cerita lama.Tetapi,apa yang ingin saya tunjukkan adalah perubahan yang dialami saya.

Cuba lihat.Hanya dengan kembali kepada Islam saya berjaya membuang ketagihan saya kepada muzik.

Kerana apa?Kerana saya faham.Yalah.Jika 20 jam waktu saya dihabiskan untuk muzik,saya ini hidup menyembah muzik atau Allah?

Itulah yang saya ingin sampaikan melalui artikel ini.

Hanya dengan kembali kepada ajaran Islam,hati kita boleh tenang.Kerana Islam ini,cara hidup ini,bukan direka oleh manusia.Sebaliknya,cara hidup Islam diturunkan oleh Allah melalui Rasulullah SAW.

Allah itu Maha Pencipta sekalian alam.Pencipta kita.Tentulah Dia tahu baik buruk untuk kita.Kita akan bermasalah apabila kita meninggalkan ajaran dan perintah-Nya.

Selain itu,saya meninggalkan dunia perblogan politik,kerana saya merasakan "Apalah orang-orang tua ni.Dah tua pun nak taksub lagi dengan pemimpin/parti tak habis-habis."

Kini,Pena Maya sudah Dua Tahun Tiga Puluh Hari.Saya harapkan dan berdoa semoga Allah kekalkan saya di atas jalan yang lurus dan benar ini.Dan semoga semangat saya untuk berblog terus tinggi.

Dan kepada rakan-rakan yang mahu berubah,tidak kira anda mahu berhenti rokok atau apa,inilah cara yang terbaik untuk anda berhenti berbuat dosa.

Hanya dengan anda kembali kepada Allah sahaja,anda boleh berhenti melakukan tabiat buruk itu.

Jika tidak,jangan harap kita boleh kekal lama dengan perubahan itu.Kerana nafsu dan Syaitan akan kembali menguasai diri selepas semangat kita pudar.

Jika kita ada iman,Insya-Allah,kita akan berjaya dalam perubahan.

Anda faham bukan?

Kini,berakhir fasa pertama artikel ini.

Fasa kedua bertajuk seperti di bawah.


Sedikit Pandangan Terhadap Dunia Blog Tempatan/Tanggungjawab Berdakwah

Saya sebagai seorang remaja,yang diberitahu bahawa golongan remajalah yang sepatutnya membantu pembinaan umat Islam,amat kecewa dengan golongan remaja (termasuklah diri saya) sekarang ini.

Kami ini :-

Terlalu banyak berhibur.
Tiada ilmu.
Yang kami tahu hanya hiburan.
Pendirian tidak tetap.

Dan sebagainya.Bosan pula menulis banyak sangat.

Kemudian,cuba anda buka ada satu komuniti blogger berbahasa Melayu.

Adeh.

Cuba lihat remaja-remaja kita.

Yang perempuannya,tidak ubah seperti gadis-gadis di Myspace.You know what I mean.

Gadis Myspace adalah gadis yang menangkap gambar dengan posisi sengetkan kepala,muncungkan mulut,bedak tebal-tebal,buat muka secomel habis walaupun tak comel,dan kenyit mata.Kemudian,gambar ini dicrop dan diletak di gambar utama profile mereka.

Cuba lihat dan fikir.

Mereka memakai tudung.Tetapi,apa guna memakai tudung jika tiada perasaan malu?Baju ketat?

Cuba fikirkan.Pijak pada realiti.Jangan tipu diri sendiri.

Adakah ini akhlak Islamiah?

Hurm.

Dan lelaki pula,seperti biasalah,miang dan gatal.Berborak-borak kosong.Hurm.Bosan sudah menulis topik ini.

Tetapi,itulah.

Kita sebagai umat Islam yang ditindas dan selalu disalah-ertikan ini,sebenarnya harus mencari ilmu dan memperbetulkan salah-faham ini.

Ini merupakan tanggungjawab kita.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103:1-3]

Kita yang sedar patut menulis blog sambil berdakwah.Hentikan bergurau senda tidak habis-habis.

Tahukah anda kenapa?

1) Sememangnya tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

2) Bahan bacaan bermutu di dalam bahasa Melayu terlalu sedikit menyentuh tentang Islam.Jika adapun,cuma menyentuh perkara-perkara asas.Tiada penulisan serius.Ajaran sesat pula semakin berkembang.

Jadi,ini semua merupakan tanggungjawab kita.

Penat sudah saya menulis.

Saya rasa anda faham apa yang hendak disampaikan melalui artikel ini.

Maaf jika tersalah bahasa.Artikel ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.Supaya diri tidak kembali kepada jalan yang lama.

Ingatlah.Allah,Maha Penciptalah yang menguasai Hari Pembalasan.Tiada siapa yang dapat menolong kita di akhirat kelak jika di dunia ini kita mengabaikan perintah-Nya.

Dan hanya kita yang mampu mengubah diri kita.Katakan ya jika mahu berubah.Katakan tidak jika mahu terus selesa dengan kelalaian.

Jangan buang masa lagi.Kerana bertangguh melakukan kebaikan,hanya membawa kita kembali ke arah kesesatan.

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

15.5.10

Jika Ingin,Cabutkan Akarnya.

Assalamualaikum

mengeluh panjang
dengan keluhan yang sama
yang tidak pernah habis
dari hari ke hari
cuma bezanya
makin hari makin kecil keluhan

tapi bersyukur
kerana masih diadakan rasa untuk mengeluh
terkeluh atau mengeluh
tidak mengapa
janji ada keluh itu

keluh bukan apa
hati sudah terbuka
minda sudah disedia
doa sudah dipohon
tetapi apabila tiba masanya
tumpas lagi

ergh
sampai bila
mungkin itu yang ingin diperkatakan
walaupun sebenarnya mungkin lebih panjang

dahulu ketika pandangan tiada
ketika buta mata
dari dalam atau luar
tidak terlahir keluh
malah tidak terasa apa-apa perkara kerunsingan

ialah
sudah ditutupi perisai
apabila dikata warta itu pembohongan
tidak percaya
diendah
malah dikeji pula

kini apabila sudah disinari
apabila bibir memuji
terasa dada ibarat ditikam
bahu ibarat diletakkan gunung
dada ibarat dihempap
belakang ibarat ditikam-tikam

mahukannya
tetapi sukar

setiap hari satu persatu doa dipohon
tetapi masih juga

benarlah
sememangnya ini waktu penuh kecaman
waktu di mana lurah menjadi tontonan
waktu di mana baik tidak semestinya baik
bukannya tidak baik
tetapi
tewas kerana pujukan rayu makhluk direjam itu

terlalu sukar meninggalkan binatang buas itu

hurm
nampaknya terpaksa ditajamkan senjata
untuk mematikannya
mulai saat ini
lebih tajamlah diasah

semoga berjaya
wahai si yakin
kerana ini untuk kita

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
[7:200-201]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

13.5.10

Perkongsian Link-Link Muat Turun Mp3 Syarahan Agama/Doa (Bahasa Melayu) Dan Selawat

Assalamualaikum.

Zaman teknologi hanya bermanfaat jika digunakan peralatan dan perkakasannya ke arah kebaikan.Jika diguna berpaksi nafsu semata,tiada nilainya.

Mp3 contohnya,jika hanya diguna untuk mendengar lagu sahaja,tidak membawa kita ke mana juga bukan?

Saya sebentar tadi membuka blog Fazakkeer.Di sana ada banyak link muat turun Mp3 syarahan agama/doa.

Jadi,saya ingin berkongsi link-link yang membolehkan anda muat turun Mp3 syarahan agama/doa di dalam bahasa Melayu itu di sini juga.

Downloadlah.Dari kita membuang masa begitu sahaja,ada baiknya kita mendengar syarahan-syarahan ini.

Bagi ibu yang sedang melipat baju,pemandu yang sedang memandu,pelajar yang sedang menunggu bas,daripada kita mendengar lagu/radio sahaja,ada baiknya kita mendengar syarahan agama ini sebagai santapan jiwa.

Semoga usaha mencari keredhaan-Nya ini diberkati.Dan yang paling penting semasa mendengar ceramah agama ini,niatkanlah kerana Allah SWT.

(Sila klik pada tajuk ceramah/doa yang berwarna merah untuk memuat-turun Mp3)

Tuan Ibrahim Tuan Man

Antara Ahli Syurga & Neraka
Antara Ujian & Bala
Azab Neraka
Dajjal
Ikhlas Dalam Amalan
Mendidik Anak Yang Soleh
Kelahiran & Kematian

Ustaz Azhar Idrus

12 Ribu Dosa
Dua Kali Bodoh
28 Nabi
Adab Sembelih
Air Zam Zam
Alam Barzakh
Amanah yang Semakin Hilang
Anak Derhaka
Angin Merah
Awek Takraw
Bab Jenazah
Bahaya Fitnah
Bahaya Kemewahan
Baiki Agama
Baju Telanjang
Basuh Hati
Batu Pelesit

Dato Ismail Kamus

Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit
Perjalanan Umur
Asbab Nuzul
Adab vs Ibadat
6 Perkara Antara Doa Dan Zikir
Cari Hidayah
Apa Perlu Tauliah
Bidaah Dalam Solat
Fitnah Kubur
Hukum Berjampi
Kelebihan Ilmu
Kelebihan Umat Nabi Muhammad
Alam Jin 1
Alam Jin 2
Alam Jin 3
Mengenal Jin 1
Mengenal Jin 2
Mengenal Jin 3
Mengenal Jin 4
Mengenal Jin 5

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

(Jangan fikir isu politik apabila saya meletakkan syarahan beliau di sini.Utamakan Islam lebih dari kepentingan politik.Okay?)

Malam Nisfu Sya'ban
Bohong Yang Dibolehkan
Bertauhid Mengenal Allah
Asal Usul Sifat 20
Doa Mengukuhkan Hati Si Mati
Ikat Setia Cara Islam
Islam Daya Penyelesaian
Keadilan Islam
Konsep Barakah Dalam Islam
Kunjungan Munkar Nakir

Dato Haron Din

Talaqqi Al-Fatihah
Talaqqi Selawat Syifa'
Jiwa yang Tenang
Israk Mikraj 1
Israk Mikraj 2
Manusia dan Islam
Cabaran Perjuangan Islam
Cahaya Iman
Cintai Islam
Ikuti Para Ulama'
4 Halangan Daie (side A)
4 Halangan Daie (side B)

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Halal Haram (Aurat)
Halal Haram Pelaburan Saham
Kaedah & Hukum Jual Beli
Pelaburan Internet
Maulid Nabi
Penjelasan FOREX
Rasulullah Pakar Ekonomi

Saya juga ingin mengongsikan dengan anda link-link untuk Mp3 Doa-Doa Harian dan Selawat Nabi di sini.

Doa-Doa Harian

(Anda boleh ajarkan doa ini kepada anak-anak anda.Juga boleh dijadikan panduan untuk golongan yang mahu mengenali Islam.

Apa-apapun,sebenarnya dalam berdoa,pastikan anda faham apa yang anda mintakan itu.

Adalah lebih elok berdoa dalam bahasa yang anda fahami.Jika tidak,anda tidak ubah seperti burung kakak tua yang berkata-kata,tetapi tidak memahami.)

Doa Harian
Doa Masuk Hutan
Doa Sakit Kepala
Doa Bismillah Enam
Doa Istikharah
Doa Jamuan Akhir Tahun
Doa Kejayaan
Doa Pengasih Anak
Doa Peperiksaan
Doa Kem Bestari Solat
Doa Yaasiin
Doa Sempena Mesyuarat
Doa Angin Ahmar
Doa Solat Hajat
Doa Solat Dhuha
Doa Solat Tahajjud
Doa Solat Terawih
Doa Solat Witir
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji

Selawat Nabi

Selawat al-I'tiraf
Selawat Badar
Ya Nabi Salam Alaika 1
Ya Nabi Salam Alaika 2
Ya Rabbil-Bil-Mustafa
Selawat-Badwi
Selawat-Dawam
Selawat-Syifa'
Muhammad Ya Habibi
Selawat-Maulid

Itulah dia semua sekali link-link yang saya ingin kongsikan yang diambil dari laman web ini.

Jika ada kesilapan/link tidak berfungsi,sila maklumkan kepada saya.

Dan jika anda ingin menyalin artikel ini,mohon jasa baik anda sertakan link Pena Maya.

Ini supaya artikel-artikel di sini yang lama tidak membazir begitu sahaja.Boleh dibaca oleh orang lain pula.Bukankah elok begitu?

Sedikit Pandangan Peribadi Penulis

No Offense.

Tetapi,saya secara peribadi kurang gemar mendengar ceramah di dalam Bahasa Melayu kerana kebiasaannya penceramah-penceramah tempatan sering membuat ceramah yang mengutamakan lawak kurang pandai dari pengisiannya.

Saya lebih gemar menonton ceramah di Youtube seperti di saluran Youtube Khalifahklothing.Jangan cakap saya poyo pulak.

Ini kerana pengisian ceramahnya lebih serius dan berkesan.Tetapi,disebabkan keadaan internet di Malaysia yang perlahan,kita jarang dapat menonton ceramah-ceramah yang saya sebutkan ini.

Tetapi,tidak mengapa.Ceramah di dalam Bahasa Melayu pun bermanfaat.Cuma ada sesetengah penceramah yang tidak serius.Itu sahaja.

Yalah.Kalau tidak serius,bimbang tiada ilmu yang melekat selepas habis ceramah (betul bukan?).

Apa-apapun,ini hanyalah pendapat peribadi saya.Apa yang penting adalah kita semua mendapat ilmu yang ingin disampaikan.

Sekian dari saya.

Selamat Mendengar Ceramah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.