30.1.11

25 Januari 2011 (Ramai,Tetapi Umpama Buih).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ada apa dengan 25 Januari 2011?

Banyak.

Tapi yang paling besar,ini.


Mengikut apa yang dibaca,ramai yang menjadi mangsa.

Ramai juga yang meninggal dunia.

Diharapkan Para Pelajar dan Orang Awam serta semua Umat Islam kita di sana (khususnya) dan di seluruh dunia (umumnya) selamat.Amin.

Sebelum ini,Tunisia.

Kemudian,Egypt.

Dengar khabar yang terbaru,Yemen.

Itu mengikut apa yang dibaca di Twitter dari sumber yang boleh dikatakan bertauliah.

Apa kita boleh buat?

Paling kurang berdoa.

Selain itu?

Jangan buat kusut.

Apa maknanya?

Jangan jadikan perkara ini seperti fiesta siber.

Saudara-saudara kita sedang dilanda perkara seperti ini,kita di Twitter dan Facebook (dalam kata lain dunia maya),seperti fiesta pula gayanya.

Dalam kata lain,jangan ambil keuntungan daripada kesedihan yang melanda orang lain.

Bukan sahaja dalam perkara ini,malah perkara-perkara lain juga.

Jika ditenung keadaan yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini,tidak berlebihan dikatakan,'chaos is in the air'.

Baik di Timur,mahupun Barat.Baik di Selatan,mahupun Utara.

Saya tidak merasakan ini suatu perkara kecil.

Saya merasakan ada perkara yang bakal melanda dalam waktu terdekat.

Saya doakan kita semua,umat Islam supaya sentiasa dikekalkan hidayah dan petunjuk Allah SWT.

Saya juga doakan yang terbaik untuk kita semua.

Amin.

Apa-apapun,ini hanya penulisan peribadi saya.

Yang hanya duduk di depan laptop sambil menaip.

Yang menaip dari satu tempat yang jauh dari tempat kejadian.

Yang tidak merasai apa yang sebahagian penduduk dunia ini sedang merasainya.

Jujur cakap,saya agak malu dengan perbuatan ini.Orang lain sedang bermasalah,saya menulis tentang mereka...

Entahlah.Tidak perlu faham apa saya cakapkan ini.

Tetapi,cuba renungkan kehidupan seharian kita.Pada saat ini.Adakah mencerminkan hadirnya keinsafan dalam diri kita?

Kita mengaku kita bersaudara.Tetapi,apa buktinya?

Sedarlah.Iman itu tidak hadir dengan kata-kata.Iman itu hadir dengan mengamalkan Islam itu dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Apa-apapun,ingat.

Iman itu sentiasa akan diuji.

Dalam apa juga keadaan,ingat,dunia ini hanya sementara.Dan kita ini adalah umat akhir zaman.

Solat - Jangan sesekali kita tinggalkan.Kerana solat itu membezakan antara seorang kafir dan Muslim.Perkara pertama akan ditanya dalam kubur?Solat.Fikir-fikirkanlah.

Iman itu - Ada turun naiknya.

Doa - Senjata Mukmin.

Sesama Mukmin Pula? - Kita bersaudara.

Bacaan Al-Quran - Pembimbing ketika hati gusar.

Puasa - Itu Perisai,lambang kekuatan.

Dunia - Sifatnya sementara.

Akhirat - Itulah abadi.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya sertakan video yang saya sudah buat dan upload di akaun Youtube saya lama dahulu,cuma tiada masa untuk kongsikan di sini sahaja.

Selamat Menonton.

Semoga bermanfaat.

Mata Hati,Material & Tiket.



Percaya dan Yakin adalah dua perkara yang berbeza.

Adakah kita benar-benar percaya?Adakah kita yakin?
Jika yakin,apakah yang perlu dilakukan?

Tiada guna setakat mengetahui sesuatu tanpa memahami dan melakukannya.

Ambillah pengajaran.

Semoga usaha kita mencari kebenaran diredhai Allah SWT.Amin.

Itu sahaja untuk kali ini.

Akan menulis lagi dalam waktu terdekat.

Insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tanda & Kebaikan.

P/P/S : Ramai,tetapi umpama buih.


7 comments:

  1. okay update
    saya dah buat research
    jumlah kematian dari peristiwa ini

    lebih dari 105 orang

    tarikh peristiwa?
    bermula dari 25 januari - ongoing.

    dan lain-lain anda boleh baca kat page ini

    http://en.wikipedia.org/wiki/2011_Egyptian_protests

    dan sila follow twitter saya
    http://twitter.com/penamaya
    untuk maklumat lanjut (saya akan update ape2 pasal ini kalau ada masa,retweet etc etc)

    atau baca di suratkhabar saya
    http://paper.li/penamaya

    doakan yang terbaik

    ReplyDelete
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/2010%E2%80%932011_Tunisian_uprising

    ini pasal tunisia
    still ongoing...

    ada sesuatu untuk difikirkan di sini.bagi orang yang beriman.

    ReplyDelete
  3. saya suka entri ni. teruskan berdoa, doa itu senjata orang yang beriman :)

    ReplyDelete
  4. saya pun merasakan sesuatu bakal melanda,,,sesuatu yang lebih hebat dari semua ni....yang pasti dunia dah byk petanda nak kiamat...tinggal peperangan armagedon lg....mudah2an bila tiba masanya,kita semua antara para syahid/syuhada....bukan yg melarikan diri dari medan juang....ameen....

    ReplyDelete
  5. wikileaks
    cablegate
    iraqi war logs
    tunisia
    egypt

    ReplyDelete
  6. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

    ni untuk update tentang rakyat kita di sana....
    airport kena bakar.ada kena rogol.tengok la.. :(

    ReplyDelete