2.1.11

Adakah Benar Islam Itu Agama Yang Menggalakkan Keganasan?Jika Anda Tidak Tahu Apakah Sebenarnya Itu Islam,Tolong,Jangan Cakap Tentang Perkara Yang Anda Tidak Tahu.Kajilah Apa Itu Islam Yang Sebenar Dari Ilmuwan-Ilmuwan Islam Dan Al-Quran Sebelum Melemparkan Sebarang Tuduhan Palsu Berlandaskan Emosi Semata-Mata.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"Hye bang,rajin update.Tak bosan ke duduk depan komputer?",tanya anda.

"Hye dik,kalau ikutkan memang taknak update.Memang la bosan duduk depan komputer.Tapi,ini je benda yang paling bagus boleh buat pada masa ini.So,tulis la.Adik pulak?Apa benda yang adik dah buat?Duduk tengok orang je ke dari tadi atau tak buat apa-apa?",jawab saya.

Saya baru sahaja membaca beberapa berita di Akhbar Internet Antarabangsa.

Secara peribadinya,saya sedih dengan kejahilan masyarakat dunia sekarang.Samada yang Islam atau yang bukan Islam (termasuklah diri saya yang agak jahil).

Kenapa?

Begini.

Kenapa setiap kali ada berita tentang keganasan yang dilaporkan,dan apabila ada "the so-called Muslim" yang terlibat dalam peristiwa itu,satu dunia terus melemparkan gelaran "Pengganas" kepada "Islam"?

Haters will always hate.There will always be ignorant people, expressing their opinions.

Memang tidak dinafikan,memang ada orang yang mengaku dirinya "Islam" itu jahat.

Lihat sahaja di Malaysia,berapa ramai orang yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam,tetapi dalam masa yang sama merekalah punca utama berlakunya salah faham orang bukan Islam terhadap Islam.

Begitu juga halnya dalam agama/kaum lain.

Tidak semestinya jika seorang manusia bertindak bodoh dalam sesuatu perkara,semua orang yang sama agama/kaum dengannya juga bodoh.

Jika kita berfikiran sedemikian,kita adalah sebodoh-bodoh manusia yang suka membuat Justifikasi sendiri yang dalam kata lainnya kita panggil,Racist,Fascist or whatever it is.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [49:13]

Orang bijak pandai berkata,"Jika tidak tahu tentang sesuatu perkara,jangan pandai-pandai buat kesimpulan".

Islam bukan agama yang menggalakkan keganasan,sebaliknya Islam agama yang menyeru kepada kedamaian.

Saya yakin,90% daripada orang yang memberi komen-komen negatif di bahagian ulasan Berita-Berita ini,semuanya memberi komen secara emosi tanpa mengetahui apakah sebenarnya Islam itu.

Itulah sebabnya kenapa saya cakap,Internet ini penuh dengan orang yang jahil yang bodoh sombong.

Kepada kita semua,janganlah jadi seperti mereka.

Carilah ilmu.

Tetapi kadangkala,saya tidak salahkan orang yang bukan Islam.Kenapa?

Sebab mereka memang orang yang tidak mengetahui.Kadangkala bagaimana hendak bersangka baik dengan Islam,jika orang yang mengaku diri mereka 'Islam' sendiri perangai entah-hape-hape.

Apa saya cuba sampaikan melalui penulisan ini?

Kepada Orang Bukan Islam Yang Selalu Curiga Dengan Islam

Ketahuilah anda.Islam bukan agama keganasan.Islam adalah cara hidup menyeru kepada kedamaian hidup di dunia ini.Tetapi,tidak dinafikan,memang bersepah-sepah orang yang mengaku mereka 'Islam' itu berperangai buruk.Itu saya pun tahu.Itu normal.Manusia bukan semuanya baik.Tetapi apabila anda mengatakan Islam itu agama keganasan,saya tidak setuju.Kenapa?Sebab anda tidak tahu apa yang anda sedang katakan itu.

Jadi,solusi untuk anda golongan pertama ini,saya cadangkan kepada anda,SILA BACA AL-QURAN,atau tanya kepada Ilmuwan-Ilmuwan Islam yang berkaliber (bukan yang tiada kelayakan),tentang apakah itu Islam yang sebenar.Jangan hanya menjustifikasikan Islam mengikut pandangan anda sendiri.Selepas anda membaca Al-Quran atau bertanya kepada Ilmuwan-Ilmuwan ini,anda akan tahu apakah itu Islam yang sebenar.Jangan terus-menerus berada dalam keadaan yang jahil lagi.Okay?

Sekadar kongsi kata-kata Ilmuwan Islam
- "Islam is not what Muslims do,but what Muslims should do.And to know what they should do,one needs to learn what are in fact the teachings of Islam.Then after knowing that,then you judge Muslims in accordance with what Islam is.Not to judge Islam in accordance with what Muslims do." [Dr Bilal Philips]

Kepada Orang Yang Mengaku Islam Tetapi Anda Sendiri Tidak Tahu Apakah Itu Islam

Seriously,saya cakap kat kamu semua,carilah ilmu.Buka kitab Al-Quran dan kaji Hadis Nabi.

Jangan cakap sesuatu yang anda tidak tahu tentangnya.Jangan berlagak pandai.Jangan berlagak samseng.

Jangan tampal sticker Pertubuhan Islam kat kereta anda,tapi dalam masa sama akhlak anda lebih teruk dari Syaitan.Jangan,okay?

Allah tahu niat kita.Berubahlah.Jangan kita tergolong dalam golongan Munafik yang memburuk-burukkan Islam.Saya sedih dengan keadaan sekarang di mana ramai orang kata Islam itu agama keganasan,sedangkan hakikatnya tidak.

Teringat kata-kata my Russian classmate,"Kenapa orang Islam banyak Pengganas?"

Siapa salah?Anda fikir-fikirkan.

Ini hanya penulisan pendapat peribadi.Jika salah,sila betulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Indeed,it's hard to change the mind of the ignorant.

P/P/S : Read this article too :

- Terrorism in Europe, What if they were Muslim?

- What’s really in the Quran?

- Propaganda Media/Kepentingan Ilmu Dalam Menafsirkan Sesuatu Maklumat.



No comments:

Post a Comment