11.1.11

Adrenalin - Ramai Benar Yang Tersilap Dalam Menafsirkan Perkataan Ini.

Perhatian : Jika belum membaca Penulisan sebelum ini,dicadangkan untuk membacanya di sini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

dari mata kasar
mungkin terlihat riang
tetapi
tiada siapa yang tahu apa sebenarnya di dalam dada
melainkan yang Maha Esa

penulisan
jika dibaca dengan hati kosong
sampai bila-bila
serius kataku
tidak akan membawa kesan

begitu juga dengan kata-kata

hari ini kehitaman
segera diperbaiki hitamnya itu dengan kejernihan
hari esok
tiada siapa tahu
melainkan Dia

tulisan
bukan semuanya untuk difahami jelata
kadangkala hanya bermain kata

hidup juga sama kisahnya
kadangkala terfikir di minda
adakah cemerlang manusia yang bersijil
mungkin ya mungkin tidak
itu semua persepsi
bagaimana persepsi antara kita dengan mereka
tiada siapa tahu

mati
semua orang yang berputus asa mahu mati
tetapi tahukah mereka
atau kita sendiri
mati itu bukan penamat
sebaliknya hanya satu permulaan

jangan hanya pandai meneka berputus asa
carilah ilmu
kita ini mindanya
terhad sahaja

sudahlah
yang penting jangan kerana mereka
tetapi untuk Dia


Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. [35:38]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment