2.1.11

Allah Tidak Memberati Seseorang Melainkan Apa Yang Terdaya Olehnya (Penulisan Motivasi Wajib Baca).

Perhatian : Penulisan ditujukan kepada 'you-know-who-you-are-and-i-know-you-are-reading-this'.Dan kepada anda-anda yang lain,bacalah Penulisan ini sehingga habis.Banyak pengajaran yang boleh anda dapati di sini.Serious,tak tipu.Okay?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Zaman ini adalah zaman orang-orang untuk mencari keuntungan dunia dengan menjual agama dan kebenaran-kebenaran dianggap penghalang untuk kecintaan dunia." [Al-Iman]

Alangkah benarnya kata-kata berikut.

Sedikit penerangan : Orang yang menjual agama contohnya dia mengaku Islam tetapi peraturan-peraturan dan kebenaran-kebenaran dari Islam ditolak. Menjual agama samalah menggadaikan Iman untuk tujuan maksiat. Contohnya: orang yang bercinta secara haram @ bercouple walaupun mereka orang yang menunaikan solat.
[Sumber : Cebisan Nur Hikmah]

Assalamualaikum.

Tertarik saya untuk berkongsikan Penulisan di atas ini yang dipetik dari link ini,untuk dijadikan pengajaran.

Tujuan saya menulis penulisan kali ini,adalah untuk berkongsikan Tiga Kisah Pengajaran dari Tiga Individu Berbeza.

Kiranya,ini merupakan satu penulisan motivasi untuk kita semua.Sedarlah,dunia ini sememangnya tidak pernah indah.Kerana,ianya bersifat sementara.Ianya adalah satu ujian bagi kita.Dan,akhirat itulah yang abadi.

Tetapi,bukan bermaksud kita perlu mengabaikan dunia.Kita memerlukannya sebagai alat dan perkakas untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat kelak.

Anda faham apa saya cuba sampaikan ini?Jika tidak faham tidak mengapa.Kerana saya pun pening hendak tulis ayat panjang-panjang.Senang cerita anda baca sahajalah kisah-kisah di bawah ini.

Selamat Membaca!

Kisah Darryl Hunt Yang Dipenjara Selama 19 Tahun 6 Bulan Atas Tuduhan Merogol Dan Membunuh Yang Sebenarnya Tidak Dilakukan Beliau Pun.



Siapa Darryl Hunt?

Jika anda merasakan hidup anda paling malang di dunia,sedarlah ada berjuta lagi orang yang lebih malang daripada anda.

Beliau adalah seorang mangsa Sistem Keadilan yang Tidak Adil.

Beliau dipenjarakan selama 19 Tahun 6 Bulan atas tuduhan merogol seorang perempuan walaupun pada hakikatnya Beliau tidak bersalah pun.

Semasa di dalam penjara,banyak yang Beliau pelajari.Dan perkara yang paling berharga untuk Beliau adalah Beliau mengenal Islam.

SubhanAllah.Melalui Islamlah Beliau mendapat kekuatan untuk tidak berputus asa.Melalui Islamlah Beliau yakin bahawa Beliau akan dibebaskan.

Antara Insiden Penting yang diceritakan Beliau di dalam video di atas adalah,"Semasa perbicaraan di Mahkamah dijalankan,9 daripada 10 Juri terdiri daripada 'White People' dan hanya seorang sahaja yang 'Non-White'.

Then,Beliau cakap,'Punyalah mereka hendak membuktikan saya ini bersalah (walaupun sebenarnya saya ini tidak bersalah),sehinggakan sampai satu tahap lepas Ujian DNA yang membuktikan saya tidak bersalah,mereka tetap cakap saya membunuh Perempuan itu.'

Tetapi,Beliau tetap bersabar.

Darryl Hunt punya kisah ini memang layak dijadikan kisah pengajaran dan motivasi untuk kita semua.

Anda boleh baca Teks Interview lengkap di sini.

Kisah Akak Alia Haryanie,Seorang Ibu Tunggal Yang Sakit Tetapi Gagah Mencari Rezeki Untuk Menyara Anak-Anaknya.

Siapa Akak Alia Haryanie?

Saya dapat tahu tentang Beliau melalui Blog Ana Aisyah.Lantas meminta Cik Ana Aisyah ini untuk menceritakan serba sedikit tentang Profil Akak Alia Haryanie.

Di bawah ini merupakan perbualan kami berdua yang berlangsung di Shoutbox di blog saya sebelah ini.

(Saya copy bulat-bulat.Jadi,agak informal bahasanya)

Pena Maya : assalamualaikum.tq melawat blog saya.btw,nape dengan akak yang alia haryanie?dia sakit ape?saya baru bukak blog dia.saya tak faham sangat.

Ana Aisyah : kak alia haryani tu sakit barah tulang n darah..suami dia pulak ceraikan dia lps dia dapat sakit tu...skg dia mnjual kecil-kecilan utk besarkn ank2 dia yg msih kecil..k.alia plak selalu je sakit2 n kerap masuk hosp,perlukan rawatan n kos y tinggi..sian kat akak tu..nkl tlg xmmpu,doa je..

Pena Maya : suami dia ceraikan dia? hurm... mungkin ini ujian untuk dia .. takpe.doa lah untuk dia.insya-Allah ti sy bc lagi,then tulis kat sini pasal dia.thanks btw bagitau.oh btw,tu memang blog dia kan?

Ana Aisyah : yup...citer sal dia ni penah kuar kat akhbar sinar harian..tahun ni punya jugak..yup..itu blog akak tu..dia jual brg2 melalui online gak..

Pena Maya : saya baru tahu ..okay.sama-sama kita cuba yang termampu.

Ini link untuk blog Akak Alia Haryanie.Saya tidak kenal Beliau,tetapi sebagai Umat Islam,sama-samalah kita membantu apa yang termampu.

Di Blog ini Akak Alia Haryanie ada lakukan Perniagaan Online kecil-kecilan dan menceritakan Update kesihatannya.Kita tolong sama-sama,okay?

Orang kata,"Berat mata memandang,Berat lagi bahu memikul".Tak gitu?Mestilah gitu.

Kisah Dr. Mas Afzal (Seorang Pesakit Kanser) Dan Kasih Sayang Ibunya (Kisah Yang Berjaya Membuatkan Saya Rasa Seperti Ingin Menangis)

Okay,first of all,saya bukan poyo-poyo apabila mengatakan saya seperti ingin menangis apabila membaca Kisah ini,tetapi Kisah ini memang banyak Pengajaran.

Siapa Dr. Mas Afzal ini?

Saya tahu tentang Beliau daripada blog A New Feel.

Mari saya ceritakan secara ringkas siapakah Beliau.

Beliau merupakan seorang Doktor Perubatan yang telah meninggal dunia akibat bertarung dengan penyakit kanser.Dalam blognya,Beliau banyak menceritakan betapa ini semua hanyalah ujian yang perlu dilaluinya.

Melalui pembacaan blognya,saya dapat tahu,Beliau ini semasa hidupnya,adalah seorang yang selalu menghadiri Majlis-Majlis Ilmu Islam dan seorang yang agak kuat berdakwah.

Dan,penulisan yang membuatkan saya amat sedih adalah Penulisan terakhir Beliau yang menceritakan tentang kasih sayang Ibunya.Betapa Ibunya mengorbankan waktunya untuk menjaga Dr. Mas Afzal semasa hayatnya.

Anda boleh baca penulisan terakhir yang dimaksudkan saya di sini.

Banyak pengajaran di sini.Betapa ibu bapa kita,amat menyayangi kita.Betapa kita perlu kuat mengharungi ujian Allah SWT.Dan lain-lain lagi.

Anda bacalah penulisan karya Beliau di sini.

Saya tidak tahu,adakah perbuatan saya menulis tentang Beliau ini di Blog saya sopan atau tidak,tetapi saya tulis untuk dijadikan Motivasi kepada orang lain.

Jika ada keluarganya yang membaca Penulisan ini,dan anda tersinggung dengan penulisan saya,anda boleh minta saya tarik balik penulisan saya ini.Insya-Allah saya akan padamnya.Maafkan saya.

Tetapi,ketahuilah,niat saya tulis ini tidak sekali-kali hendak menjatuhkan maruah Allahyarham atau keluarganya.

Kepada Para Pembaca saya,sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar menempatkan Allahyarham di dalam kalangan orang yang beriman.Dan sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Anda boleh baca Penulisan-Penulisan Allahyarham di Blog Beliau.Banyak penulisan yang boleh dijadikan pengajaran.

Semoga Allah merahmati Roh Allahyarham.

Banyak juga link-link Pesakit Kanser yang lain yang boleh anda baca di situ.Saya sebak membaca kisah-kisah mereka.Betapa mereka-mereka ini tabah mengharungi hidup sehingga akhir hayat.

Ya Allah,kasihanilah kami semua.Amin.

Blog Dr. Mas Afzal Masarudin

Apakah persamaan ketiga-tiga mereka ini?

Mengikut apa yang saya baca dan lihat,mereka ini mempunyai persamaan dari satu segi,iaitu keyakinan mereka kepada bantuan Allah SWT yang tinggi.

Mereka yakin ini semua hanyalah satu ujian daripada Allah SWT yang harus ditempuhi.

Teringat saya satu ayat Al-Quran yang berbunyi lebih kurang begini,"Boleh jadi apa kita suka,tidak baik untuk kita.Boleh jadi apa kita tidak suka,baik untuk kita.Allah Maha Mengetahui" (LINK).

Kesimpulannya,janganlah pernah kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Semua ujian yang dihadapi kita ini,adalah untuk menguji iman kita.

Ada juga saya pernah baca (betulkan saya jika saya silap) bahawa,ujian-ujian yang dilalui kita semua ini jika dilalui dengan tabah dan redha serta iman yang tinggi,boleh menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan kita.

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga mendapat manfaat.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [2:286]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Minta mohon jasa baik anda yang mahu berkongsikan Penulisan ini di blog anda untuk menyertakan link Pena Maya.Terima kasih.


7 comments:

  1. salam.kenapa kena letak link kalau nak share?

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.

    1st of all,thanks baca.
    2nd,punya panjang penulisan,itu je yang encik meor nampak.hahaha.

    3rd,tak.bukan saya nak riak ke nak traffik ke nak suruh orang share link saya kalau nak share artikel ni..

    tak ,bukan gitu...
    tapi supaya orang lain bleh datang kat blog saya ni nanti dan baca penulisan2 laen pulak.jadi ilmu2 yang ada sini tak la terbiar sebegitu sahaja.kan?

    dan lagi satu,kalau ada silap ape2 ke kat artikel saya tu,orang tu leh cakap kat saya trus.kalau orang yang share tu tak letak link saya,camne saya nak tau saya ada silap tulis?

    tak gitu?mestilah gitu tak?

    okay
    assalamualaikum meor.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Pada pendapat saya, beruntung mereka yang Allah pilih untuk menghidap penyakit2 tersebut sebab mereka tau yang jangka hayat hidup mereka tak lama..berbanding mereka yang sihat dan tak tau bilakah Allah akan tarik nyawa mereka...samada kita sihat ke sakit ke senang ke susah ke yang penting tanggungjawab sebagai hamba Allah mesti ditunaikan selagi hayat dikandung badan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Setelah 76 hari pemergian Afzal menghadap Ilahi, saya tidak henti-henti merasa bangga betapa penulisannya banyak menyentuh kehidupan orang lain. Terima kasih kerana menganggap apa yang dicoretkan Afzal dalam blognya telah memanafaatkan saudara. Saya dan keluarga sedikitpun tidak ada halangan sekiranya hasil penulisan Afzal ingin digunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Semoga rohnya turut menikmati pahala kegunaan hasil peninggalan ini...mama Afzal.

    ReplyDelete
  5. walaikumsalam mama Afzal
    trima kasih.
    alhamdulillah.
    smoga Allah SWT merahmati roh Afzal.dan juga semoga keluarga mama Afzal sntiasa berada dalam keredhaan-Nya.Amin.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... terima kasih byk2 ya adik umar kerana berkongsi kisah saudara mas afzal. kisahnya mengingatkan saya akan arwah abang saya. mereka adalah pemuda2 yang sangat dikasih Allah.
    Terima kasih yang tak terhingga kepada adik umar juga kerana setiap karya penulisan adik sering menjadi peransang dan motivasi akak.sungguh Allah itu maha hebat, maha mendengar juga maha mengetahui segala sesuatu. di bukakan pintu hati adik juga diberi ilham untuk menulis kerana diluar sana ada yang memerlukan pertolonganNya.
    terus terang, setiap kali akak dilanda kesedihan, kekecewaan, kesakitan, dan kesusahan alhamdulillah bila akak buka blog adik, pasti ada kata2 yang dapat memberi kekuatan pada akak. Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. dihantarnya pertolongan kepada akak melalui adik. Syukur Alhamdulillah. terima kasih. teruskan menulis ya.

    ReplyDelete
  7. walaikumsalam .
    takde ape2 kak.
    segala puji bagi Allah,alhamdulillah.
    saya just guna apa yang saya ada ,apa yang termampu.doakan yang terbaik untuk saya dan kita semua.amin.

    ReplyDelete