14.1.11

Apa Guna?

Perhatian : Penulisan peringatan untuk diri sendiri.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa guna kau sembahyang
Jika masih melakukan maksiat?

Apa guna kau menghadiri majlis ilmu
Jika kau masih suka berdendam?

Apa guna kau masuk halaqah,usrah dan yang lain
Tapi still kau tak boleh berbaik sangka?

Apa guna kau baca buku agama
Tapi still kau mengumpat?

Apa guna kita baca Al-Quran
Tetapi tidak mengambil pengajaran satu sen pon daripadanya?

Apa guna kau mengaku kau sudah berubah
Tapi kau tak habis-habis nak kutuk orang?

Apa guna?
Apa gunanya?

Tidakkah kau tahu
Memaafkan itu lebih baik dari berdendam?

Jangan berpura-pura baik
Allah tahu isi hatimu

Dia Maha Mendengar
Kau hanya menipu dirimu

Memang kita ada mulut
Tetapi mulut itu bukan boleh digunakan sesuka hati

Kita ini orang Islam
Tunjukkanlah contoh yang baik

Belajarlah memaafkan
Janganlah hati terlalu hitam sukar memaaf

Adakah kau rasa diri kau terlalu sempurna?
Jangan begitu

Bukan semua orang seperti kau
Orang lain,mereka fikirkan hati lain untuk dijaga

Kau sepatutnya menjadi pendorong orang kepada kebaikan
Bukan pendorong orang kepada kecelakaan maksiat umpatan

Sedarlah
Sedarlah sebelum kita mati

Iman ada turun naik
Jangan jadi Munafik

Jangan berlebih-lebihan dalam bergaduhan
Nanti orang bosan

Jika tiada kena mengena dengan kita
Tinggalkan sahaja mereka

Sebelum kita mencela mencari kelemahan orang
Cermin dahulu diri kita

Adakah kita ini sangat bagus?
Adakah,adakah?

Aduh
Mencabar sungguh hidup dunia

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments: