1.1.11

Doaku.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah
Ya Tuhanku
ampunkanlah dosaku
ampunkanlah dosaku
ampunkanlah dosaku
terlalu banyak dosaku kepada-Mu
ampunkanlah dosaku
terlalu banyak dosa-dosaku kepada-Mu

Ya Allah
ampunkanlah dosaku hamba-Mu yang lemah ini
aku tersangat lemah dan terlalu banyak dosa
sehinggakan sewaktu hendak meminta ampun kepada-Mu pun
aku tidak khusyuk
padahal
aku sedang meminta ampun
tetapi itupun tidak dapat aku mintakan dengan ikhlas

Ya Allah
terlalu banyak dosa-dosa yang ku lakukan
terlalu banyak maksiat-maksiat yang telah ku lakukan
hanya Engkau sahaja yang tahu
betapa banyaknya maksiat-maksiat ini semuanya
dan hanya kepada Engkaulah aku mohon keampunan

Ya Allah
betapa manusia lain yang memandangku
semuanya menyangka aku ini bersih
tetapi
tiada siapa tahu
tidak seorang pun tahu
melainkan Engkau
betapa teruknya aku

Ya Allah
ampunkanlah dosa-dosaku
kerana terlalu mengejar dunia
aku sering terlupa menjalankan tanggungjawabku kepada-Mu
kerana terlalu memikirkan masalah-masalah dunia
yang kadangkalanya begitu kecil
aku gagal memikirkan tentang kekuasaan-Mu
tentang pemberian-Mu

ampunkanlah juga dosaku
yang jarang menadah tangan kepada-Mu
yang kadangkala hanya pandai berkata-kata
tetapi
hakikatnya diriku amat lemah Ya Allah

ampunkanlah dosa-dosaku yang jarang bersyukur ini Ya Allah
ampunkanlah

sudah lebih dua dekad hidupku berlalu
terlalu cepat waktu ini berlalu
puratanya hidup manusia itu katakan 70 tahun
tinggal hanya lagi 5 dekad sahaja untukku berubah
dan kembali kepada-Mu

itu kalau ada umur yang panjang dikurniakan-Mu
jika pendek?

Astaghfirullahalazim
Ya Allah
ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah Ya Tuhanku
aku terlalu lemah Ya Allah
aku bimbang Ya Allah

bantulah aku
dan Ibu-Bapaku
dan semua keluargaku
dan rakan-rakanku
dan semua umat Islam
kami memerlukan bantuan-Mu Ya Allah

tunjukkanlah kami jalan
berikanlah kami kekuatan
tabahkanlah hati kami semuanya

Amin Ya-Allah
perkenankanlah doaku ini
Amin
Amin
Ya Rabbalalamin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ini sekadar satu penulisan untuk dijadikan pengajaran.Cara berdoa yang sebetulnya adalah dengan menadah tangan memohon kepada Allah yang Maha Esa.Jika benar kita mahu memohon keampunan daripada Allah SWT,kembalilah kepada-Nya.Islam itu tidak cukup sekadar kita tahu.Ianya mesti diamalkan.Ingat,hidup ini sementara.Akhirat itulah yang abadi.Tetapi,kata-kata ini tidak dapat menyedarkan jika hati kita sudah gelap.Mohonlah kepada Allah agar diberi petunjuk dan Hidayah-Nya kepada kita semua.Amin.


4 comments:

  1. 'Truly man was created very impatient, fretful when evil touches him, and niggardly when good reaches him' al-maarij 19-21.
    Be large at heart and succeed. Be small at heart and fail. Insya-allah, Barakahhufiq.

    ReplyDelete