26.1.11

Esok (Masih Pendek).

Perhatian : Penulisan ini sepatutnya dipublishkan semalam.Tetapi,atas masalah teknikal,dipublish hari ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

to be honest,saya agak tidak rajin untuk menulis hari ini.

ada perkara untuk ditulis,tetapi tiada tenaga.

tetapi,memandangkan hidup ini terlalu singkat,

untuk ditangguhkan kebaikan itu,

saya ingin menulis beberapa perkara.

tapi dalam bentuk santai.atau informal.atau slumber.atau bergaya.

whatever you want it to be.

petang tadi,asrama tiada air.

tiada apa yang hendak dibanggakan dengan situasi ini.

dan bukan juga perlu diceritakan.

tetapi apa yang berlaku di sebaliknya itu yang perlu diceritakan.

kerana ada pengajaran yang boleh dijadikan tauladan.

satu hari tiada air.

ramai dalam kalangan manusia sudah meninggalkan kewajiban.

ini seriously tiada niat menjatuhkan sesiapa.

tetapi just peringatan untuk diri sendiri.

tapi,kalau anda hendak tersalah sangka,hendak buat macam mana.

manusia,sentiasa mereka berburuk sangka dengan kita.

tidak pernah bersangka baik.

diri ini juga begitu.

walaupun tahu,bersangka buruk itu amat ditegah.

balik pada cerita.

so,

terfikir-fikir,

sedangkan ujian 'takde air' yang nampak simple-mimple ini pun,

kita sudah tinggalkan kewajiban,

bagaimana agaknya jika ujian yang besar melanda?

betapa lemahnya iman kita semua,

selalu mendengar,

kisah orang-orang dahulu,

semasa zaman Nabi SAW dan Para Sahabat,

bila diajak berperang menegakkan kebenaran,

orang Munafik itu,

mereka sering beralasan,

pelbagai alasan diberikan,

pernah tertanya,

jika diri ini berada pada zaman itu,

apakah diri ini termasuk dalam golongan yang berperang,

atau termasuk dalam golongan yang beralasan,

Astaghfirullahalazim,

ya Allah,

lemahnya iman kita,

seriously risau,

sama-samalah kita berdoa,

memang benar hadis tentang ghuraba itu,

dan memang benar,

iman itu tidak boleh dizahir dengan kata-kata,

tetapi sebaliknya perbuatan,

islam tidak boleh dizahir dengan menjadi penulis blog terkenal,

sebaliknya islam itu hadir bila adanya iman di dada,

islam itu kerana mencari redha Allah,

bukan publisiti murahan supaya nampak alim (pious),

ini tiada kena mengena dengan sesiapa,

saja ditulis penulisan ini,

orang putih kata,'just saying',

tapi itulah,

nilailah iman kita,

dan perbaikilah,

apa kena mengena ini semua dengan tajuk penulisan?

oh ya,

esok,

hendak pergi campus,

cuba menyelesaikan saki-baki perkara untuk semester ini,

boleh sahaja jika dibiarkan tanpa usaha,

tetapi,

jika dibuat begitu,

ternyata,

kita masih tidak memahami apakah maksud Islam yang sebenar,

ini kerana,

apabila kita benar-benar memahami,

sedarlah kita,

bahawa semua yang dilakukan di dunia fana,

pasti dihisab,

even perkara yang nampak simple,

you know what i mean,

tapi if you tak faham jugak,

pon takpe,

entah,

tidur lah,

sudah lewat,

adios,

doakan yang terbaik untuk saya,

dan anda semua,

dan keluarga kita,

serta saudara-mara,

sebarkanlah kebenaran,

selagi termampu,

nanti ada masa,

ada umur,

kita tulis formal kembali,

insya-Allah,

daaa orang muda kata.


2 comments:

  1. Sabar..sabar..sabar..
    Allah akan menguji hamba2nya dengan ujian yang boleh dihadapinya...

    ReplyDelete