9.1.11

External/Internal - Orang Zaman Sekarang Lebih Mementingkan Luaran Daripada Dalaman,Ibarat Semuanya Sempurna Belakalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak menulis secara formal di sini.Sibuk,mungkin?

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). [35:5]

Kita manusia,sering mengatakan kita sibuk.Terlalu sibuknya kita sehinggakan hendak bersolat pun tidak khusyuk.Malah sampai satu tahap sibuknya kita sampai ada yang meninggalkan solat.Kita takut jika kita bersolat,kerja-kerja kita tidak dapat disiapkan.

Malanglah kita jika kita berkelakuan sedemikian.Sedarlah kita,rezeki ini semuanya datang daripada Allah SWT.Tetapi,bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha.

Anda fikir-fikirkanlah.

Apa-apapun,saya baru sahaja membaca satu Diskusi Ilmu yang bertajuk 'Hukum wanita bekerja : Wanita dilarang bekerja melainkan ...'.

Bacalah penulisan di atas.Klik sahaja pada tajuknya.

Mesti ada yang bertanya,"Eh,kata dah padam Facebook,macam mana boleh baca link atas ni?"

Saya dengan tenang lantas menerangkan kepada mereka,"Itu Public Page.Semua orang boleh baca."

Apa-apapun,tujuan saya menulis kali ini sebenarnya adalah untuk membincangkan tajuk di atas.

Perasan tak,
Orang zaman sekarang,
Mereka (kita) lebih pentingkan luaran,
Dari dalaman.

Luaran macam mana tu bro?

Begini,
Pada hari ini,
Kita lebih mementingkan bentuk fizikal,
Dari Isinya.

Kita lebih mementingkan usaha untuk mendapatkan badan tough,
Dari berusaha untuk mendapatkan jiwa yang bersih,
Sedangkan,
Badan yang Tough sahaja tidak dapat memberi akhlak yang mulia,
Tidak juga dapat memberikan kemahiran sosial kepada seseorang,
Ops nanti dulu,
Bukan bermaksud kita tidak perlu bersenam,
Bersenam itu perlu,
Sunnah Nabi SAW menyuruh kita melakukan aktiviti lasak,
Seperti Memanah,Berenang dan Menunggang Kuda,
Itu semua dapat menguatkan stamina kita,
Tetapi,
Jika itu yang menjadi matlamat hidup kita (obses),
Kita ada isu besar di sini,
Anda faham apa saya cuba sampaikan?
Jangan loyar buruk okay?

Kemudian lihat pula Bangunan-Bangunan,
Kita lebih mementingkan bentuk seni bina Masjid,
Dari memanfaatkan fungsi Masjid itu yang sebenarnya,
Masjid dibina,
Hanya untuk dipertonton,
Bukan untuk dimuhibahkan,
Jauh sekali mahu dimakmurkan.

Sama juga kesnya dengan Gadis-Gadis,
Lebih mementingkan "apa i nak pakai hari ni,u?"
Adakah ini semua dapat membawa kepada perangai/akhlak yang elok?
Jika ya,mengapa kita lihat hari ini,
Perempuan yang ditakrifkan lawa mengikut persepsi moden,
Tetapi perangai entah hape-hape?

Oh ya,
Sebenarnya hendak membicarakan isu external/internal ini,
Paling baik contoh yang boleh diberi adalah Facebook,
Ala,
Facebook lagi?
Yalah,
Habis tu apa lagi?

Cuba lihat Facebook,
Dalam gambar,
Semua hendak lawa,
Dalam gambar,
Akulah yang paling hensem,
Camwhoring untuk Profile Pic,
Baik Jejaka mahupun Gadis,
Semua mahu nampak Hensem,
Ibarat semuanya sempurnalah,
Saya semasa muda-muda dahulu juga begitu,
Kasihan,

Tetapi sebenarnya,
Bila kita kenal betul-betul mereka (kita) ini,
Yang kononnya nampak perfect dalam gambar-gambar itu,
Yang setiap update status ditulis dengan penuh kejujuran itu,
Kita akan mendapati satu fakta,
Fakta yang berbunyi,
Indah khabar dari rupa,

Ada yang gambar bajet Macho dalam Facebook,
Bila jenguk ke kamar tidurnya,
Astaga,
Kubang lembu hidung tonyok pun bersih lagi,
Ada yang bajet Comel dalam Facebook etc etc,
Tapi bila kenal betul-betul,
Astaga,
Pemalasnya takleh dibuat menantu oi,

Saya mahu kita tanya diri kita,
Adakah 'kesempurnaan' ini yang kita cari?
'Kesempurnaan luaran yang berbau hipokrasi' ini?

Jika ya,
Baguslah,
Good for you.

Saya,
Secara peribadi,
Tidak mahukan dunia yang 'fake' ini,

Jika anda sependapat dengan saya,
Ketahuilah kita,
Bahawa,
Kebahagiaan dan Kesempurnaan itu,
Hanya boleh dapat dicapai,
Jika dalaman (rohani dan jiwa) kita sempurna,

Bagaimana hendak sempurna rohani dan jiwa kita?
Kembalilah kepada Islam,
Anda pasti tahu jawapannya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekadar penulisan pendapat peribadi.Jika salah,sila betulkan.


2 comments:

  1. kesempurnaan luaran yang berbau hipokrasi.. kebanyakan manusia sekarang macam tu. kalo ad kesempurnaan pon pasti ad jugak kelemahannya. apa apa pun stuju dengan saudara. sempurna rohani dan jiwa, ISLAM la jawapannya..

    ReplyDelete
  2. tambah sikit

    bila jiwa dan rohani baik, secara automatik,pemikiran, perbuatan dan sikap akan jadi lebih baik .

    insya-Allah.

    ReplyDelete