9.1.11

Hidup Berpura-Pura.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

ku tutupkan mata
agar tidak perlu ia melihat

ku tutupkan telinga
supaya dunia sunyi sebentar

ku tutupkan mulut
namun terbuka juga ia

lari ku lari
mencari-Nya

larian yang lemah
seperti mahu tidak mahu sahaja

tanya pada hati
adakah kau berpura sahaja

jika satu dunia sudah mendengar
tetapi dirimu masih

jangan berbangga
kau masih lagi rugi

selalu dipesan
bersihkan hatimu

tetapi bagaimana
katakan pada diri bahawa sekadar insan lemah

jika saban diasak
siapa tahan

heh
pengalasan sentiasa beralasan

kau mesti lupa
ianya hanya sementara

mungkin ini
satu pemerhatian

mungkin
dan mungkin

siapa tahu
Dia sahaja yang Maha Mengetahui

tabah sahaja
cuba yang terbaik

jika tiada yang termampu
carilah kunci untuk kecemasan itu

yang penting
cubalah yang terbaik

sambil dirimu
tidak pernah berhenti mengharap

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Still,tiada kesempatan.


No comments:

Post a Comment