10.1.11

Impian Untuk Menjadi Seorang Penulis Buku/Perkongsian Tafsir Surah Saba'.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sudah lama tidak menulis proper post di sini,atau dalam kata lain,penulisan panjang yang bermanfaat.

Rindu juga untuk menulis.Kerana perasaan semasa menulis itu,best,atau Orang Putih kata "indescribable".Banyak kebaikan saya dapat dari kegiatan penulisan blog ini.

Kerap juga saya terfikir untuk menjadi Penulis Buku selepas habis belajar nanti.

Tetapi,bila difikirkan,banyak perkara kena difikirkan semula jika mahu menulis Buku.Antaranya,

1) Menulis buku bukan sama seperti menulis Blog.Jika menulis Blog,saya boleh just linkkan sumber sesuatu maklumat begitu sahaja.Berbeza dengan buku,penulisan kena detail.So,mungkin mengambil masa yang panjang.Bahasa pun sama gak.Kena bahasa formal.Nak tulis bahasa formal pun ambil masa.Tapi,kalau tulis dalam bahasa santai Melayu abad 21 pun okay gak wat?Tak gitu?

2) Jika diizinkan Allah untuk menulis buku,saya tidak mahu menulis buku "Fantasi-Lulu-Lala-Kisah-Remaja-Dan-Cinta".Saya mahu menulis buku yang serius.Buku yang boleh menaikkan semangat orang jika membacanya,yang boleh memberikan kesedaran,dan yang penting boleh membawa orang kembali kepada jalan Islam.

3) Saya tidak mahu menulis sekadar 'menulis',sebaliknya saya mahu buku yang bakal ditulis itu memberi impak yang besar kepada diri saya juga.Mana boleh orang lain insaf membaca penulisan saya,tetapi saya still di tahap lama.Tidak boleh,tidak boleh (sambil kepala digelengkan).Saya tidak mahu menjadi orang yang hanya pandai berkata-kata,tetapi tidak melaksanakan.Tetapi,bukan bermaksud saya ini sudah sempurna.Huh?Anda faham-faham sendirilah.

4) Hendak menulis buku tentang Islam,saya tidak boleh main petik-petik sahaja Sumber yang tidak sah.Sebaliknya,saya mesti menulis berdasarkan kitab Al-Quran dan As-Sunnah.Jadi,sebelum menulis,saya kena pastikan saya mempunyai ilmu.Saya tidak mahu menulis buku "bahasa kosong" seperti karangan SPM sahaja.Saya mahu menulis buku berdasarkan dalil dan fakta.Jadi,untuk perkara ini menjadi realisasi,memerlukan saya belajar dan menuntut ilmu dahulu.Mungkin menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam?Boleh jadi?Siapa tahu?Doakan sahaja.

5) Yang paling bahaya,perasaan riak.Menulis buku bukan seperti menulis blog.Silap pasang niat,boleh jadi riak.Silap pasang niat,boleh jadi saya tulis buku sebab duit.Tidak seperti menulis blog,menulis buku ini adalah suatu yang berbeza sekali pada pendapat saya dengan menulis blog.

6) Hendak mencari Penerbit yang serius lagi.Saya tidak mahu buku yang saya tulis itu dipandang ringan mesej di dalamnya.Haha.Bajet top je.Bukan bukan.Bukan nak riak ke ape tulis tu,tapi saya nak orang take serious apa saya tulis.

7) Sekali lagi saya ulang,kalau nak tulis buku,niat kena betul.Saya takleh fikir pasal duit semata.

8) Isu yang hendak dicungkil dalam buku juga,merupakan satu perkara kena difikirkan secara serious.Isu itu mestilah satu isu yang penting dalam masyarakat.Bukan isu tidak penting.

9) Dan ini yang terakhir.Besarlah harapan saya supaya Buku yang saya tulis itu nanti,dapat dijual dengan harga murah,tetapi padat kandungannya,taknak cincai-cincai sahaja.Sebab buku mahal,biasanya jarang orang beli.Tapi kalau buku murah pun,orang tidak beli sebab takut kandungan tidak menarik.Jadi,di sini memerlukan modal besar.Jika mahu modal besar,buku murah,penerbitan yang menarik dengan kertas mahal,saya kenalah melabur duit yang besar juga kan?So,kenalah saya cari duit dahulu.Kan?Haha.Ini semua impian saya sahaja.Tetapi,semua benda bermula dengan impian,kan?

Merujuk kepada point-point di atas,dapatlah disimpulkan,belum sampai masa untuk saya menulis buku.

Mungkin,pada satu hari yang indah nanti,andai diizinkan Allah SWT,akan saya berkarya dalam bentuk media cetak pula.

Harapan saya,pada masa itu,saya tidak akan riak dan lupa dirilah.Doakan saya,okay?

Tetapi,saya rasa memang saya akan tulis buku.Sasaran utama saya,menarik golongan pembaca yang sudah tersasar dari jalan Islam.Supaya mereka kembali kepada Islam.Saya tahu ramai di dalam masyarakat kita di luar sana yang ingin kembali,tetapi tidak nampak jalan.

Tengoklah,ada umur yang panjang,insya-Allah,satu hari nanti.Tetapi,tidak boleh berangan panjang.Hidup ini jangan berangan panjang sangat.Kerana berangan panjang boleh membuatkan kita lupa kepada mati.

Oh ya,panjang pula cerita.

Saya ingin berkongsikan Tafsir Surah Saba' di sini.Bukan semua.Sebahagian.Bacalah.Untuk manfaat diri kita juga.

Tafsir Al-Quran Surah Saba' Ayat 34-54

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

[34]
Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".

[35]
Dan mereka berkata lagi: "Kami lebih banyak harta benda dan anak pinak, dan kami pula tidak akan diseksa".

[36]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

[37]
Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.

[38]
Dan orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), mereka itu akan berada di dalam azab seksa.

[39]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

[40]
Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?"

[41]
Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)".

[42]
Maka pada hari ini, masing-masing di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat kepada kawannya, dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya; dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim (yang berlaku syirik) itu: "Rasalah azab neraka yang kamu dahulu mendustakannya".

[43]
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka (sesama sendiri): "Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu"; dan mereka berkata lagi: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka"; dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: "ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata".

[44]
Dan (tidak ada sebarang alasan bagi dakwaan mereka, kerana) Kami tidak pernah memberi kepada mereka Kitab-kitab untuk mereka membaca dan mengkajinya, dan Kami juga tidak pernah mengutus kepada mereka sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pemberi amaran (melarang mereka menerima ajaranmu).

[45]
Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).

[46]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).

[47]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu".

[48]
Katakanlah lagi: "Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar; Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib".

[49]
Katakanlah lagi: "Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat".

[50]
Katakanlah lagi: "Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat".

[51]
Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya, dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab).

[52]
Dan (pada ketika itu) mereka berkata: "Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w)"; (apa jalannya) dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh?

[53]
Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu, dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh? (sudah tentu salah).

[54]
Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.
[34:34-54]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan yang terbaik untuk saya.Supaya sentiasa kekal ikhlas.Amin.


4 comments:

  1. saya teringin nak baca, tapi tak sempat, pagi ni ada exam.
    takpa, kalau sempat saya datang semula.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    You have that potential..when there is a will, there is a way..insyaAllah..semoga impian itu akan terlaksana suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. @hamba ilahi
    take your time.buat yang wajib dulu.insya-Allah kalau free datang la baca.

    @naihusna
    amin.terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Semoga hasrat murni saudara tercapai. Niat kena ikhlas, insyaallah, Allah akan tunaikan.

    ReplyDelete