6.1.11

Jangan Hanya Tahu Berkata-Kata.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

lemah
itulah yang dapat dikatakan
tentang keadaan diri

ketika senang
jarang sekali mengingati

namun
sesaat sengsara
rajin mulut memohon

kawan
hidup bukan sekadar berkata-kata
tidak kawan

jangan terlalu dek memikirkan orang
lupa engkau pada diri
lantas engkau menjadi orang yang kau makikan

sembunyi di sebalik gelap
diselaputi dosa
jangan jadi si munafik

jangan ketika susah baru ingat
berubahlah

hidup ini tidak lama
kan?

so,
jangan jadi pahlawan kekunci semata

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. dan diciptakan manusia itu berkeadaan lemah.
    moga terus saling menasihati..
    jemput ke blog saya.

    ReplyDelete
  2. Apakah hikmahnya tuan hamba letak tumblr di akhir entri? mohon pencerahan pada hamba yang jahil ini. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan.

    adab berblogging,hendak meletakkan sesuatu,mesti meletakkan sumbernya dahulu.

    sama juga dengan letakkan gambar.

    kalau saya letak gambar,dan saya letakkan "Sumber : Tumblr Pena Maya" bersamanya,itu maksudnya,itu gammbar peribadi saya....

    kalau saya letak gambar laen2 pula,insya-Allah kebiasaannya saya akan letakkan ayat "bukan sekadar gambar hiasan","gambar hiasan", dll .tak kisah la ayat tu ayat ape,tapi ayat tu mesti disertai dengan link yang akan membawa anda ke pemilik asal gambar2 itu..

    ini sebab,itu manners,adab berblog.ramai orang zaman sekarang ni,maen sebat je berblog.semua benda dia bantai copy..

    mungkin ada orang tak kisah,tapi ada orang laen,sampai peringkat boleh saman bersaman.sebab kadang2 nak buat satu karya tu bukan senang.

    hehe.sekadar citekan situasi berblog kepda tuan.harta intelek orang cakap.

    okay

    Assalamualaikum.

    p/s : tujuan saya mintak kalau ada orang yang nak link artikel saya dalam blog diorang supaya taruk link Pena Maya,supaya kalau artikel tu salah,orang akan datang komen kat saya balik.dan supaya artikel2 lain kat sini akan dibaca orang pulak lepas tu.bukan setakat nak trafik je.sb kalau diorang tak link,kalau saya tulis maklumat salah,camne saya nak tau saya tulis salah.kan?


    hehe.

    itu sahaja

    ReplyDelete
  4. salam ziarah akhi..

    subhanallah.. ketelusan dpt drasakn pada bicaranya..

    ya, mudah2an kita bknlah hnya mrk yg tahu bkata2, tp sdangkn diri pn msih hncur binasa. kelak yg ruginya kita...

    puisi spt tkena pd diri sndiri. jzkk akh!

    ReplyDelete