15.1.11

Kadangkala Bila Asyik Hidup Dikelilingi,Kita Lupa Hakikat Yang Kita Akan Bersendirian Kelak (Sedikit Masa Lagi).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

dingin malam ini
berteman angin
timbul kembali
siapa kau?
siapa kau untuk berbicara?

tiada siapa
jawapan bagi persoalan itu

kadangkala
hati
sukar dibaca

setiap orang
mereka ada rahsianya
walau kelihatan putih di wajahnya
siapa tahu bagaimana hatinya

tetapi kita lupa
sekuat mana kita cuba berahsia
semua rahsia itu pasti diangkat tabirnya

sering hati tertanya sendiri
apakah coretan ini membawa hikmah?
dan seringkali terjadi bila memikirkan tentang hikmah kepada orang
diri menjadi lalai

ah
lupakan sahaja
tuluskan sahaja jiwamu

ya
tulus
berbicara mengenai tulus
sukar untuk kita menuluskan hati

kenapa?

sering kali diri ini tumpas
tetapi setiap kali tertumpas
sentiasa ditunjukkan kembali jalan untuk diri ini
syukur
itu satu perkataan

kadangkala
menulis dengan berkata tidak sama
apatah lagi membaca
semuanya berbeza

sekali lagi
kita lupa

When a young man is devout, we do not recognise him by his speech. We recognise him by his actions. [Hasan Al-Basri]

itu bicara dia
benar
ada benarnya di situ

mungkin akibat terlalu banyak bermain kata
dan kata itu juga mudah didapati dewasa ini
baik gelap
mahupun terang
baik kota
mahupun rimba
kita makin terbiasa dengan kata
kata menjadi semakin murah

akibatnya
tiada rasa dirasa di jiwa

sudahlah
jangan terpedaya dengan kata
dunia ini hanya sementara

kadang
orang yang kita sangkakan musuh itulah
yang sebenarnya patut kita jadikan teman sejiwa

ah
apa mereka tahu
abaikan sahaja
bicara orang bongkak
begitulah bunyinya

"Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya." [36:30]

Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan). [36:31]

sekecil zarah
jika direnung
berapa banyak 'kecil' mungkar yang kita sudah ada
bagaimanakah untuk menghapuskan sisa-sisa hitam ini

tiada cara lain sahabat
tiada

hanya satu sahaja cara yang ada
yang kelihatan mudah
tetapi hakikatnya payah
hanya boleh dilakukan
jika adanya
petunjuk dari-Nya

jika tiada hidayah Ilahi
harapan tinggal harapan
tangguhan semakin ditangguh

kembalilah
ucapan yang sering diucap
oleh diri sendiri juga selalunya
tetapi
sering kali setiap hari tersasar

hamba
memang banyak kelemahan
sentiasa perlukan pertolongan daripada-Nya

astaghfirullah
ya Allah
ampunkanlah
terimalah

biar kau menjadi ganjil
jangan engkau dipuja dilambung
jika semua itu hanya palsu
dan sementara

sudahlah
penat bermain kata
bukalah matamu

___

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
[23:1-11]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment