4.1.11

Kerana Saya Juga Manusia Biasa (Penulisan Ringkas Yang Menceritakan Tentang Kesan Buruk Yang Boleh Berlaku Akibat Membuat Perbuatan Bodoh Di Dalam Internet.Semoga Ambil Pengajaran).

PERHATIAN : Penulisan Bahasa Pasar.

Assalamualaikum.

Ada orang baru masuk blog saya,dari satu laman web yang saya komen,lebih kurang dua tahun lepas (atau lebih).

Komen itu saya buat,sebelum saya menjadi saya yang sekarang.Sebelum saya menulis 'Pena Maya' versi baru. (Untuk pengetahuan,saya still kekalkan URL dan Nama Blog atas dasar sentimental value.Itu pasal kalau anda betul-betul peka,anda boleh jumpa komen-komen saya dari zaman muda-muda dahulu.Maaf atas itu).

Atau dalam kata lain,semasa saya masih Jahil.

Sekarang ini pun still Jahil,tetapi ada perubahan.Alhamdulillah.

Dan artikel yang saya komen itu,adalah artikel di satu laman web hiburan.

Har har har.

Bukan hendak buka pekung di dada.

Tapi,ada beberapa perkara hendak disampaikan di sini.

1) Itu adalah komen daripada saya yang dahulu.Sebelum saya berubah.Jadi,jangan suka buat justifikasi melulu.Saya juga manusia biasa.Bukan Malaikat.Tapi,saya admit saya pernah salah.Dan saya menyesal (bukan merujuk kes komen di atas sahaja,harap maklum).

2) Saya manusia biasa.Saya pernah melakukan kesilapan.Itu pasal saya tidak suka orang stalk pasal saya.Har har har.Dan itu pasal saya tidak menggalakkan budaya stalk-stalk di internet.Kerana ia boleh membuka aib tentang seseorang itu.Saya sendiri suka stalk,tapi saya cuba untuk kurangkan stalk-stalk.Itu pasal saya padam Facebook.Sebab mungkin orang itu tidak mahu saya stalk Beliau.Mungkin Beliau sudah berubah.Ini kerana internet still simpan maklumat kita,although kita sudah cuba padam.

3) Untuk Para Gadis & Jejaka,jangan mudah-mudah membuat perkara bodoh/upload gambar anda bersama 'kekasih'/upload gambar comel-comel melampau anda dan sebagainya.

4) Kenapa?Ini kerana,nanti kalau anda dah kawen,atau anda dah berubah,nanti mesti anda menyesal gila-gila dengan perbuatan anda itu.

5) Tetapi,jangan risau lebih-lebih.Bertaubatlah jika anda pernah melakukan kesilapan.Allah Maha Penerima Taubat.Usah dirisau persepsi orang.Yang penting,Allah tahu anda sudah bertaubat.Tetapi,pastikan anda benar-benar bertaubatlah.Jangan cakap bertaubat,tapi still upload gambar-gambar entah apa-apa.

6) Kepada kita pula,bantulah orang yang ingin berubah.Jangan judge mereka berdasarkan masa silam mereka.Saya juga untuk pengetahuan dahulunya (dan sehingga sekarang pada waktu-waktu tertentu) suka judge orang.Tapi bila dah kena batang hidung sendiri,baru tersedar.

7) Kesimpulan : Jika ada membuat dosa,bertaubatlah.Dan cubalah untuk trace dan padam benda-benda bodoh anda pernah buat di Internet.Jika sudah cuba trace,tapi tidak berjaya padam semua,jangan risau.Berdoalah agar Allah mengampunkan dosa anda dan berubahlah sebetul-betulnya.

Sekian.

Saya malas tulis panjang-panjang kerana anda tahu apa saya cuba sampaikan.Saya tulis sekadar ingin bagitahu bahawa saya juga manusia biasa yang pernah lakukan kesilapan.

Assalamualaikum,Selamat Beramal.


2 comments:

  1. no 2 berlaku pd sy. tp alhamdulillah. rasa lebih lapang sekarang.

    memahami. jazakallah. sy juga manusia biasa..

    ReplyDelete