16.1.11

Kisah Khalifah & Para Sahabat : Kelembutan Hati Umar Al-Khattab (Video).

Perhatian : Kepada sesiapa yang belum membaca Penulisan sebelum ini,dicadangkan untuk membacanya dahulu di sini.

Baru sebentar tadi,saya menonton video Kelembutan Hati Sang Khalifah di Youtube.Amat menarik video ini.

Jadi,mahu saya kongsikannya di sini.

Sinopsis Ringkas Cerita Ini : Siapa yang tidak mengenali Umar bin Al-Khattab RA?

Beliau dikenali kerana ketegasannya.Beliau juga seorang yang berani.Biarpun tegas dalam hubungan sesama manusia,Beliau adalah seorang hamba Allah yang taat dan patuh kepada perintah-Nya.

Video ini mengisahkan sisi lembut Khalifah Umar Al-Khattab.

Ketika Beliau dengan Aslam berjalan-jalan meninjau keadaan rakyatnya,Beliau terdengar suara kanak-kanak menangis.Lantas disiasat kenapakah kanak-kanak itu menangis.

Ibu kanak-kanak itu berkata (tanpa mengetahui yang bertanya itu adalah Umar Al-Khattab sendiri), "Ini semua salah Umar yang membiarkan rakyatnya kebuluran".

Umar berasa sangat risau akan balasan dari Allah.Lantas bla bla bla.Saya malas untuk cerita lagi.Haha.Anda tonton sendirilah video di bawah ini.

Selamat Menonton!







Sudah tonton?

Banyak pengajaran bukan?

Di manakah Pemimpin seperti ini pada zaman ini?

Sama-samalah kita hayati kembali Islam yang sebenar.

Saya tidak mahu menulis panjang,memandangkan Penulisan ini hanya satu Penulisan Ringkas.

Jadi,jika anda mahu maklumat lanjut tentang Saidina Umar Al-Khattab RA,saya mencadangkan beberapa link yang bagus di bawah ini untuk anda baca :

1) Kisah Umar RA Memeluk Islam.

2) Kisah Saidina Umar RA Meronda Di Malam Hari Dan Keberaniannya.

3) The Assassination Of Umar Ibn Al-Khattab (English).

Akhir sekali,saya kongsikan beberapa Quote dari Umar Al-Khattab.Sila betulkan jika ada sebarang kesilapan dalam Quote-Quote ini.

Umar Ibn Al-Khattab RA said: “Islam will be destroyed by the mistakes of scholars, the arguments of the hypocrites who misinterpret the Qur’an to support their views and misleading rulers.”

Umar Ibn Al-Khattab RA said : "I am surprised at three things: 1. [A] man runs from death while death is inevitable. 2. One sees minor faults in others, yet overlooks his own major faults. 3. When there is any defect to one's cattle he tries to cure it, but does not cure his own defects."

Umar Ibn Al-Khattab RA said : ""Don't forget your own self while preaching to others."

Semoga bermanfaat.

Sama-samalah kita ambil pengajaran.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Semoga Allah merahmati usaha pembikin video kartun kisah2 Nabi ini...budak2 pun mesti suka...dan diorg akan lebih paham dgn pendekatan mcm ni..lebih interaktif...

    ReplyDelete
  2. insya-Allah.kongsikanlah dengan orang lain.

    ReplyDelete