6.1.11

Kuasa Internet : Jika Seorang Homeless Boleh Kembali Mendapatkan Hidupnya Melalui Internet,Kenapa Tidak Kita Sebarkan Keindahan Islam Melalui Internet?

Perhatian : Oleh kerana penulisan ini menggunakan bahasa yang tidak rasmi,jadi ianya ditulis secara italic/senget/condong.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




Ted Williams dahulunya merupakan seorang Selebriti Radio.Akibat membuat keputusan yang salah di dalam hidupnya (pengambilan dadah & alkohol secara berleluasa),Beliau hilang segala-galanya.


Rumah,kerjaya,keluarga etc etc - Semuanya hilang dalam sekelip mata.


Dia menjadi homeless.


Anda boleh menonton video di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Assalamualaikum.

Tentu ada yang bertanya (ataupun tiada,tetapi itu tidak penting),kenapa saya berminat untuk menceritakan tentang Ted Williams di dalam blog saya?

Adakah untuk mendapatkan trafik masuk ke blog?

Tidak.Saya bukan manusia jenis macam itu.Jika semua orang buat sesuatu benda kerana populariti dan wang sahaja,nescaya hancurlah ketamadunan manusia (but I think we're already on our way to that point).

Adakah suka-suka?

Pun tidak.

Habis,kenapa?Why?Why,Umar?Why?Tell me!

Lantas saya menjawab,"Sebenarnya,banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Ted Williams ini".


Di bawah ini saya terangkan secara ringkas apakah pengajaran dari kisah Ted Williams yang saya dapat,dan apakah yang patut kita sebagai Umat Islam take note.

1) Pengajaran Pertama : Betapa pentingnya pengaruh media pada masa kini.Bayangkan,selepas sehari video ini ditayangkan di internet,Ted telah berjaya mendapat kerja,malah telah mendapat peluang berjumpa kembali dengan Ibunya.

Apa Kita Sebagai Umat Islam Patut Lakukan Dari Pengajaran Ini : Fikir logiklah.Kisah Ted ini sudah cukup untuk menunjukkan kepentingan media.Jadi,apa salahnya kita gunakan kuasa Media dan Internet yang kita ada pada hari ini untuk kepentingan Islam pula.Contohnya,kita tahu Islam sedang diserang dari segala sudut oleh musuh-musuh Islam (dan ignorants yang tidak faham tentang Islam),jadi,kita sebagai orang Islam yang ada ilmu ini,sebarkanlah the beauty of Islam melalui Internet.Tak gitu?Mestilah gitu.Percayalah,nampak kecik usaha kita.Tapi kalau ramai dari kita yang guna Internet,berbuat begini,insya-Allah ada impaknya.Tapi,sila ambil perhatian,sebarkan keindahan Islam yang saya maksudkan ini,adalah Islam yang sebenar-benar,bukan Islam menurut pemahaman anda sendiri.Sebaliknya,Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.Okay?

2) Pengajaran Kedua : Jangan pernah berputus asa,bersyukurlah kepada Tuhan.Kenapa?Apa kena mengena dengan Ted?

Begini,dalam video terbaru tentang Ted (link),Beliau ditemuramah di dalam Berita TV.Rambut Beliau juga sudah dipotong.Dan dalam temuramah itu,Beliau berkata,"Saya sering berdoa dan berkata-kata (bermonolog) dengan Tuhan meminta bantuan kepada-Nya bla bla bla".Beliau juga ada mengatakan ayat ini,"Saya bersyukur kepada Tuhan.God is great according to my opinion etc etc".Beliau juga kerap mengulang ayat ini,"Thanks God".

1st of all,saya doakan Allah mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada Ted.Ini kerana Allah akan mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang mencari kebenaran dengan bersungguh-sungguh.Tetapi,kita hanya mampu berdoa.Kena ingat,Hidayah itu milik Allah.Allah sahaja yang berhak menentukan siapa yang dapat Hidayah-Nya.

Apa Kita Sebagai Umat Islam Patut Lakukan Dari Pengajaran Ini : Bersyukurlah.Dan janganlah mudah berputus asa.Sedangkan Ted yang bukan Islam pun meminta kepada Allah dalam waktu kesusahan dan berterima kasih kepada Allah,kita?

Semoga Ted memeluk Islam.Itu sahaja doa saya. Anda boleh tonton video di link ini untuk menonton video tambahan tentang Ted.

Itu sahaja untuk kali ini.

Jika ada salah silap tentang perkara di atas,sila betulkan.Maklumlah,saya ini bukan lulusan agama.Mungkin ada salah silap berlaku.

Bacaan Cadangan Tambahan Untuk Anda :

Dua Syarat Mendoakan Orang Kafir.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Muet,Congrats.



No comments:

Post a Comment