3.1.11

Mengumpat,Memaki Hamun,Memfitnah & Mencela Memang Sedap.Tetapi Ketahuilah,Bahawa Perbuatan-Perbuatan Ini Boleh Menjadi Satu Kilang Dosa Ekspress Untuk Kita. (Sempena Tahun Baru 2011 Ini,Marilah Bersama-Sama Menjaga Percakapan Kita).

Perhatian : Penulisan ini ditujukan kepada diri sendiri.Apa?Nak jugak?Okaylah,kepada diri sendiri dan 'anda' yang berkenaan yang mahu mengambil pengajaran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dalam entri kali ini,saya tidak mahu menulis panjang.Sebaliknya,saya mahu berkongsikan beberapa Hadis & Ayat Al-Quran yang menyuruh kita menjaga percakapan kita.

Ketahuilah kita,lidah ini boleh menjadi Kilang Dosa Ekspress yang paling senang untuk kita.

Selamat Membaca!

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al-As r.anhuma, katanya: “ Rasulullah SAW telah bersabda: “ Sesungguhnya antara-sebesar-besar dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibu bapanya sendiri. ” Lantas ada orang bertanya: “ Wahai Rasulullah (SAW), bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibu bapanya sendiri? ” Baginda SAW pun menjawab: “ Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu memaki ibunya. ” [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi]

Rasulullah SAW. bersabda: (artinya) "Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." [HR Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak]

Abu Hurairah (RA) reported words of Prophet (SAW) : ‘Whosoever believes in Allaah and the Last Day, then let him speak good or remain silent.' [Saheeh Al-Bukhaaree]

Abu Moosaa Al-Ash’aree (RA) said : “I said: ‘O Messenger of Allaah Which of the Muslims is best?’ He (SAWS) said : ‘He whose tongue and hand the Muslims are safe from.”' [Al-Bukhaaree and Muslim]

Abu Hurairah (RA) reported that he heard the Prophet (SAW) said : ‘Indeed, the servant will speak a word, while being unaware of (its consequences), and due to it, he will be cast into the Hellfire, farther than the distance between the east and the west.' [Al-Bukhaaree and Muslim]

Sufyaan Ibn ‘Abdillaah (ra) reported that prophet said : ‘O Messenger of Allaah (SAW) , tell me of a matter that I may cling tightly onto.’ He (SAW) said: ‘Say: I believe in Allaah and then remain steadfast (upon that).’ I said: ‘O Messenger of Allaah (SAW) , what is the most serious thing that I should fear for myself?’ So he (SAW) took a hold of his tongue and said: ‘This.” [At-Tirmidhee, Ibn Maajah and others]

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW. bersabda: (artinya) " Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjuluki, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji."

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [16:125]

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. [7:108]

Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang mengatakan tentang perlunya menjaga percakapan ini.

Apa yang penting,bukan setakat tahu,tetapi amalkan.

Tiada guna kita tahu,jika still buat.

Tiada guna kita tahu merokok itu boleh membawa maut,jika still merokok.

Tiada guna kita tahu berzina itu haram,jika still buat.

Tiada guna kita tahu berpasangan sebelum kahwin itu haram,jika still buat.

Tiada guna kita tahu bercakap bermanja-manja antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram itu haram,jika still buat.

Tiada guna kita tahu bahawa di dalam kepala kita ini ada otak,jika kita berkelakuan seperti manusia tiada otak.

Tiada guna kita mengaku Islam,tetapi terang-terang melanggar perintah Allah SWT.

Tiada guna kita mengaku cintakan Syurga,jika still membuat maksiat.

Eh-eh,terlebih sudah.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika ada sebarang kesalahan,sila betulkan.Jika ada terkasar bahasa,sila maafkan.

P/P/S : Ada orang baru e-mailkan saya satu link.Oleh kerana linknya bagus,saya hendak kongsikannya di sini.Kalau anda ada masa terluang,sila ambil masa anda untuk baca link ini sehingga habis.


2 comments:

  1. Setiap kali mengumpat bermakna setiap pahala amalan kita terhakis dan pahala itu diberi kpd org yg kita umpat. Rugi maaaaaa......penat2 beramal solleh senang2 nak bagi kat org lain. Lagi laa org tu musuh kita. sayang wooo pahala tu. Baik kita sedekah alfatihah kat musuh2 kita lagi harmoni. Tak caya cubain aja.

    ReplyDelete