20.1.11

Ours (Kita Punya).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam,saya ada membaca satu post menarik di Tumblr CahayaHidupku.

Postingnya di dalam Bahasa Inggeris.

Jadi,saya ingin kongsikannya di sini (Posting itu),berserta Terjemahannya sekali (yang ditulis oleh saya untuk memudahkan pemahaman Para Pembaca yang tidak begitu menguasai Bahasa Inggeris).

Posting Asal : Link

"1. Our knowledge is wasted by not acting upon it.

2. Our actions are wasted by committing them without sincerity.

3. Our wealth is wasted for being spent on that which will not bring us any reward,

4. Our hearts are wasted for being empty of the love of Allah Most High, and empty of longing to go to Him, and empty of peace and contentment.

5. Our bodies are wasted for not being used mainly for Ibadah and service of Allah Most High.

6. Our love is wasted for being directed towards something or someone and not towards Allah Most High.

7. Our dhikr (remembrance of Allah Most High) is wasted for our hearts and lives not being effected by it.

8. Our time is wasted for not being used properly - to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for the past deeds.

9. Our intellect is wasted for being used for things that are not beneficial, instead of in contemplation or reflection.

10. Our service is wasted for being at the service of someone who will not bring us close to Allah Most High”

[Quotes From Imam Ibn Qayyim al Jawziyya]

Sumber : Link

Terjemahan Posting Oleh Saya Di Dalam Bahasa Melayu

1. Ilmu kita telah dibazirkan jika tidak diamalkan.

2. Amalan kita telah dibazirkan jika tidak ikhlas dilakukan.

3. Harta-harta kita telah dibazirkan sebegitu sahaja jika tidak diguna dan dimanfaatkan ke arah jalan kebaikan yang boleh membawa keuntungan kepada kita di akhirat (Ganjaran Pahala).

4. Hati kita telah dibazirkan (tidak berguna) jika dibiarkan kosong begitu sahaja tanpa cinta kepada Allah SWT dan kerinduan untuk kembali kepada-Nya,dan kosong dari keamanan,ketenangan serta kesyukuran.

5. Badan kita (serta kesihatan) telah disia-siakan jika tidak digunakan untuk beribadah (terutamanya) dan menjalankan perintah Allah SWT.

6. Cinta kita telah tersia-sia jika ditujukan kepada sesuatu dan seseorang sahaja,dan bukannya kepada Allah SWT yang Maha Esa.

7. Zikir kita telah tersia-sia jika hati dan hidup kita tidak terkesan daripadanya (perbuatan zikir itu).

8. Masa kita telah dibazir dan disia-siakan jika tidak digunakan dengan sebaiknya - untuk menebus kesilapan masa lalu (bertaubat),dengan melakukan perbuatan baik untuk membersihkan kesalahan masa lalu (bertaubat).

9. Ilmu dan akal serta kebijaksanaan kita (yang dikurniakan oleh Allah SWT) telah dibazirkan jika digunakan ke arah perkara yang tidak bermanfaat,berbanding digunakan untuk berfikir dan merenung (kekuasaan dan tanda kebesaran-Nya).

10. Tenaga,khidmat dan upaya kita telah dibazirkan jika kita berkhidmat kepada seseorang yang tidak akan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Dan yang terakhir (ini saya tambah sendiri),

11. Pembacaan anda (dan penulisan saya) ini akan tersia-sia,terbazir begitu sahaja jika anda (dan saya) tidak mengambil sedikit pun pengajaran daripadanya,lantas bertambahlah 'koleksi-ilmu-terbazir' kita.

Sumber Asal Penulisan Dalam Bahasa Inggeris : Link.

Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maafkan saya jika berlaku sebarang kesilapan Tatabahasa di dalam Posting Bahasa Inggeris di atas.Ini kerana itu bukan Penulisan saya,sebaliknya,saya ambil dari Sumber Ini.Harap Maklum.


No comments:

Post a Comment