16.1.11

Pelaburan Akhirat - Istiqamahlah Dalam Mengejar Bahagia Abadi Itu.

Perhatian : Ini penulisan peringatan kepada diri sendiri.Tetapi,jika ada yang berminat untuk membacanya,saya minta anda semua,untuk sama-sama menghabiskan bacaan anda sehingga penamat penulisan.Ada sedikit ilmu ingin dikongsikan di sini.Semoga bermanfaat,insya-Allah.Amin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum memulakan penulisan/pembacaan kita semua,mari kita sama-sama mendengar Surah An-Nas di bawah ini.Semoga Allah SWT melindungi kita daripada gangguan syaitan yang direjam yang sentiasa berusaha menyesatkan kita manusia.


Semoga kita semua dikekalkan dengan petunjuk dan Hidayah-Nya.Amin.

Kenapa saya memulakan penulisan kali ini dengan berkongsikan video Surah An-Nas?

Ada sebabnya.

Di dalam Surah ini kita memohon perlindungan Allah daripada bisikan Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.

Benar,iman kita sentiasa ada turun naiknya.

Itulah sebab kenapa kita kena sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT,dan memohon kepada-Nya agar dikekalkan iman kita.

Berapa ramai kita sudah lihat,orang yang dahulunya bersekolah agama,atau mungkin bertudung labuh,tetapi kini,mereka hilang arah.

Itulah sebab kenapa kita tidak boleh bongkak dengan keadaan kita sekarang ini.

Ini kerana apabila kita mula bongkak,sebenarnya secara tidak disedari kita telah tersasar dari landasan.Kita semakin tidak takut kepada Allah SWT.Yalah,bukankah Allah SWT melarang kita dari bersikap takbur,riak,bongkak lagi sombong?

Anda dapat apa yang saya cuba sampaikan kepada anda?Insya-Allah.

Saya sebentar tadi,membaca Al-Quran Surah Al-Saffat.

Pembacaan Surah inilah yang menjadi inspirasi saya untuk menulis pada malam ini.

Saya minta kerjasama anda,bacalah Tafsir yang bakal saya kongsikan di bawah ini.Jangan skip.Kerana terkandung di dalamnya perkara penting untuk kita semua.

Apakah ia perkara penting itu?Khabar gembira daripada Allah SWT kepada orang beriman,dan peringatan amaran kepada orang yang derhaka.Agar kita semua kembali kepada-Nya.

Ketahuilah kita,telah banyak sebenarnya peringatan diberi kepada kita.Tetapi sayang,masih ramai yang ingkar kepada Allah SWT.

Janganlah kita menjadi golongan yang rugi ini.Apa-apapun,ini dia Tafsir Al-Quran Surah Al-Saffat yang saya katakan di atas tadi.Mengisahkan keadaan Penghuni Syurga dan Neraka.

Ambillah pengajaran daripadanya.

Tafsir Surah Al-Saffat Ayat 50-74

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

[50]
(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.

[51]
Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).

[52]
"katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?

[53]
"Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '

[54]
(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"

[55]
Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.

[56]
Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.

[57]
"Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".

[58]
(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -

[59]
"Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"

[60]
Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.

[61]
Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

[62]
Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?

[63]
Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).

[64]
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;

[65]
Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;

[66]
Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.

[67]
Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.

[68]
Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.

[69]
Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;

[70]
Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.

[71]
Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.

[72]
Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.

[73]
Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -

[74]
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
[37:50-74]

Cuba lihat.

Betapa berbezanya keadaan Penghuni Syurga dan Neraka.

Dan cuba perhatikan ayat yang ke 60 dan 61.

Dalam perbualan Penghuni-Penghuni Syurga,mereka berkatakan bahawa ini (Syurga) adalah kemenangan yang amat besar.Untuk memperolehi Syurga ini,hendaklah berusaha bersungguh-sungguh membuat amal di dunia.

Dan bandingkan pula keadaan mereka dengan Penghuni-Penghuni Neraka yang tetaplah mereka di dalam Neraka itu menerima seksaan sehingga bila-bila.

Astaghfirullahalazim.SubhanAllah.

Dari awal-awal lagi Allah SWT telah menceritakan kepada kita bagaimana keadaannya kelak di Akhirat,di dalam Syurga dan juga di dalam Neraka.

Semuanya telah dikhabarkan.Semuanya telah diingatkan.

Tetapi,kita?Masih lagi alpa.Telah berkali mendengar,namun masih alpa.

Saya mahu menarik perhatian kita semua (termasuk saya) dengan ayat yang ke 61 di atas.

Yang berbunyi,"Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)".

Dalam kata lain,kita boleh tafsirkan ayat ini kepada satu perkataan yang lebih ringkas.

Apakah perkataan itu?

Istiqamah.

Ya.Itulah perkataan yang dicari.

Apakah maksud Istiqamah?

Mengikut apa yang saya belajar di sekolah dahulu (sila betulkan jika silap kerana saya ingat-ingat lupa akan ayat yang sebenarnya),Istiqamah itu bermaksud tekun,tekad dan tabah serta berterusan dalam melakukan sesuatu dalam mengharapkan redha Allah SWT.

Dalam kata lain,usaha mencapai Syurga haruslah berterusan.Bukan hanya sehari dua.Setiap hari,usaha yang perlu dilakukan ke arah mendekatkan diri dengan-Nya perlu ditambah dan ditriple-doublekan,bukannya kita semakin selesa dan semakin hari semakin leka.

Tidak dinafikan,manusia itu sifatnya memang pelupa.

Itulah kenapa Allah SWT menurunkan kitab Al-Quran kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril untuk disampaikan kepada kita semua umat manusia.

Bacalah Al-Quran.

Kita perlu ingat,Allah SWT tidak sesuka hati menyeksa kita di Neraka.Allah SWT itu Maha Adil.

Dia telah mengingatkan kita daripada dunia lagi akan seksaan-Nya di akhirat.Dan kita juga kena ketahui,Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Hadis Abu Hurairah RA : Nabi SAW bersabda : Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhluk-Nya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisi-Nya di atas Arasy : Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku. [Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4939]

SubhanAllah,seandainya kita mengetahui perkara ini.

Tabahlah.Jangan mudah berputus asa.

Memang hidup di akhir zaman ini amat mencabar.Ini kerana terlalu banyak kejahilan berlaku dalam masyarakat dunia pada hari ini.

Tetapi,adakah anda mahu mengikut mereka yang jahil?

Jangan.

Allah SWT telah berulang kali menyatakan perkara ini di dalam Al-Quran.Janganlah kita menjadi orang yang rugi.

Istiqamahlah.

Di sini ada beberapa cadangan dari saya untuk anda,untuk diamalkan.Supaya tetap Istiqamah.

1) Saya tahu hidup di zaman ini memang mencabar.Itu sebab kita kena sentiasa berusaha memelihara iman kita.

2) Cadangan pertama dari saya kepada kita semua,adalah supaya kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diperkuat dan dipelihara iman kita.Supaya Allah SWT sentiasa mengurniakan kepada kita kesabaran.Ingatlah,doa itu tanda kita ini beriman atau tidak.Yakinlah apabila berdoa.Sesungguhnya,doa itu mampu menguatkan iman kita.

3) Banyakkanlah amalan sunat.Apakah amalan-amalan sunat yang bagus dilakukan supaya dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT?

4) Membaca Al-Quran!Bacalah Al-Quran berserta Tafsirnya.Supaya kita sentiasa bermuhasabah diri.Cadangan saya,anda bacalah satu muka surat ayat Al-Quran selepas sembahyang dan bacalah Tafsir bagi ayat-ayat itu sekali.Kira setiap kali lepas sembahyang,satu muka surat Ayat Al-Quran dan satu muka surat Tafsir.Nice bukan?

5) Berpuasa sunat.Banyak Hadis-Hadis yang menceritakan tentang kebaikan berpuasa sunat.Anda boleh Google.Puasalah.Bukan susah sangat Puasa.Mungkin pada permulaan agak berat.Mungkin sebagai permulaan anda boleh mula berpuasa seminggu sekali.Mungkin hari Isnin?Atau Khamis?Kemudian,bila dah ready,Puasalah dua kali seminggu.Jika tidak silap saya,Puasa paling baik adalah Puasa mengikut cara Nabi Daud.Ini di bawah ada Hadis yang menyebut tentangnya.

"Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah SAW bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah SWT ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah SWT ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6) Kiranya Puasa Nabi Daud AS ini anda Puasa sehari,berbuka sehari.Kira Puasa selang seharilah.Tetapi,jangan push diri anda.Know your limit.Tapi bukan limitkan diri anda.Anda faham-faham sahajalah diri ini.Tapi yang penting istiqamah.

7) Sembahyang malam,

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [17:79]."

Tentang sembahyang malam,anda boleh baca di sini.

8) Berzikir.Ada Hadis yang berbunyi lebih kurang begini,"Sentiasalah basahi lidahmu dengan zikir mengingati Allah SWT" (Betulkan saya jika silap).

9) Membaca blog/buku/akhbar ilmu agama yang dapat mengingatkan kita kepada Allah dan Hari Akhirat (Perbuatan ini lagi bagus dari anda duduk membazir waktu setiap hari tengok Facebook.Kalau perbuatan tengok Facebook tanpa henti ini berterusan selama lima tahun lagi,agak-agaknyalah,apa akan jadi pada otak dan ilmu kita?Mesti makin kurang,bukan?Yalah.Setiap hari tengok benda sama.Takde pekdah.Haha).

10) Menghadiri majlis ilmu (Anda boleh baca tentang Majlis Ilmu di sini).

Itulah antara beberapa cadangan yang saya dapat beri kepada kita semua (termasuk diri saya).

Selain itu,anda kena ingat,untuk berubah,persekitaran anda juga mestilah berada dalam keadaan baik.Apakah persekitaran yang saya maksudkan ini?

Antaranya,rakan dan orang yang berada di sekeliling kita.

Pilihlah rakan dan teman yang baik.Biarpun mereka tiada ilmu,tetapi carilah rakan yang ada kesedaran.Yang mahu turut sama-sama berubah.Ini semua ada effect nanti pada iman anda.

Percayalah,jika ini semua kita lakukan secara konsisten serta istiqamah dan ikhlas,insya-Allah,kita akan mendapat keuntungan di akhirat kelak.Apa-apapun,semuanya bergantung kepada rahmat dan redha Allah.Dan kita kena ingat,Allah SWT itu Maha Adil,Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Jika kita lakukan ini semua dengan ikhlas,insya-Allah kita akan sentiasa mengingati Allah SWT.Dan Allah SWT akan mempermudahkan jalan kita mencari kebenaran.

Akhir sekali,saya mahu berkongsikan sebuah Hadis dengan anda semua,

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah yang istiqamah, sekalipun sedikit.” [HR Bukhari dan Muslim].

Ambillah masa dalam merubah diri.Jangan terlalu memaksa.Tetapi,bukan bermaksud memanjakan diri.Biar step-by-step,tetapi bukan tiada step diambil langsung.

Anda faham?Jika anda betul-betul hendak berubah,insya-Allah anda akan faham apa saya cakapkan ini.Ini kerana orang yang banyak sangat 'tidak faham' ini biasanya adalah orang yang suka loyar-buruk-hangat-hangat-tahi-ayam sahaja.

Apa-apapun,saya doakan yang terbaik untuk kita semua.Amin.

Itu sahaja daripada saya untuk kali ini.

Semoga bermanfaat.

Jika ada salah silap,sila betulkan.Jika ada terkasar bahasa,harap maafkan.Ambil jernih,buang keruh.Sesungguhnya saya seorang manusia biasa yang sedang berada dalam proses perubahan,sama seperti anda semua juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Salam saudara Umar.

    Memang besar dugaan jika kita hendak menuju ke jalan-Nya. terlalu banyak ranjau duri....

    Betul kata saudara, kena istiqamah walaupun sedikit2 dan perlahan2.

    Yang bab Facebook tu, yang saya setuju ialah bagi yang suka habiskan masa berjam2 mengadap facebook kwn2 dan main game yang disediakan, memang membazirkan masa pada benda2 tidak berfaedah.

    Tapi ada juga facebook yang memaparkan perkara2 baik seperti Islam Terbukti Benar dan I Luv Islam. Yang itu memang bagus kalau dibuka hari2.

    ReplyDelete
  2. @pemerhati

    walaikumsalam
    terima kasih membca
    smoga bermanfaat
    apa-apapun,bab facebook,saya sentuh bab yang tidak berfaedah tu la.hehe.sebab ramai dari orang muda maen fb guna untuk tujuan tidak berfaedah.amat sedikit maen untuk tujuan baik.

    apa-apapun smoga dirahmati Allah.amin.

    ReplyDelete