22.1.11

Pelaburan Akhirat - Jangan Ambil Mudah Hidup Dunia Ini (Perihal Munafik).

Perhatian : Penulisan-Cliché.Tetapi,bacalah untuk mendapatkan sedikit ilmu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam Siri Pelaburan Akhirat.

Sering kali kita terdengar orang (mungkin juga diri kita sendiri) berkata,

Takpe,bila lagi nak enjoy.Masa muda-muda ni lah kita hendak enjoy.Buat dosa.Nanti tua barulah cari ilmu.

Atau mereka (mungkin juga diri kita sendiri) berkata,

Takpe kot tengok benda ni,sekali-sekala.No harm whatsoever to our Imaan,insya-Allah.Bukan selalu.Lepas ni jangan buat.

Astaghfirullah,yakin sungguh mengeluarkan kata-kata.

Ada beberapa persoalan di sini.

Adakah kita merasakan kita ini hidup lama?Adakah kita dapat menjamin bahawa kita akan diberi peluang hidup sehingga umur 60 tahun?Jika benar sekalipun ianya berlaku (dengan izin Allah),adakah kita merasakan hati kita akan terbuka untuk bertaubat pada ketika itu?

Iman bukan seperti kicap,sardin dan sebagainya yang boleh dibeli pada bila-bila masa di Supermarket,Hypermarket mahupun Kedai Runcit Hiap Lee (Tribute untuk Hiap Lee Mini Market yang terletak di kampung saya di Malaysia).

Iman juga bukan boleh direstore begitu sahaja dalam masa satu hari.

Apakah maksud ayat ini?

Di dalam satu Hadis yang panjang,Nabi Muhammad SAW menceritakan apakah itu Iman,

Baginda SAW bersabda : (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah,para MalaikatNya, kitab-kitabNya,para RasulNya,hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. [Link]

Dari segi Bahasa,bolehlah dikatakan bahawa Iman itu sinonim dengan perkataan 'Percaya serta Yakin'.

Ya.Percaya serta yakin.

Bukan sekadar percaya sahaja,tanpa yakin.

Ada bezanya di situ.

Jika kita Percaya dan Yakin akan terjadinya Hari Akhirat (sebagai contoh),sudah tentulah kita takut untuk melanggar perintah Allah SWT kerana tahu apakah balasan untuk orang yang derhaka.

Jika diamati ayat di atas tadi,yang mana kita berkata,"Hendak buat dosa hari ini,taubat esok",kelihatannya seperti kita mempermain-mainkan Islam.

Sepertinya kita berkata,"Hari ini zina,esok Taubat".

Tanya diri kita,adakah kita benar-benar bertaubat?Adakah kita benar-benar beriman?Atau sekadar memalsukan iman for the sake of others?

Adakah kita tidak mengetahui,Allah SWT itu Maha Mengetahui segala yang difikirkan kita,samada yang dizahir atau disembunyi,di mulut atau di dada?

Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. [Az-Zumar : 7]

Adakah sama orang yang menyekutukan Allah (Musyrikin) dengan orang yang beriman kepada-Nya (Mukmin)?

Adakah sama orang yang berusaha beribadat kepada Allah SWT dengan orang yang fasik dan derhaka kepada-Nya?

Menyebut tentang memalsukan Iman,teringat saya akan perihal Munafik.

Selalu di hati ini bimbang menjadi orang Munafik,yang menzahirkan Iman,tetapi menyembunyikan keraguan di dalam dada.

Astaghfirullah.Ya Allah,berikanlah petunjuk kepada kami semua.Kekalkanlah kami semua di atas jalan yang lurus.

Tahukah anda apakah balasan untuk orang Munafik di akhirat?Sila tonton video di bawah ini berserta Tafsir yang mengikutinya (untuk kebaikan diri kita juga).



(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
[Saad : 12-16]

Astaghfirullah.

Tidak sama orang beriman dengan orang Munafik.

Betapa rugi jika di dunia ini kelihatannya seperti beriman,tetapi rupa-rupanya kita hanya seorang Hipokrit (Munafik).

Sedarlah kita.

Janganlah mengambil mudah hidup dunia ini.Kerana segala yang kita buat,akan dipersoal di akhirat kelak.

Adalah tidak munasabah jika kita mengambil pemahaman 'Buat Pahala Separuh,Dosa Separuh'.Ini kerana hanya ada dua destinasi di akhirat kelak,Syurga dan Neraka.Tiada pilihan ketiga.

Ambil contoh,kita sembahyang etc etc,tetapi dalam masa sama kita mengumpat.Dalam masa sama kita melihat badan wanita/lelaki bukan mahram di Internet.Dalam masa sama kita melihat aurat bukan mahram.Dalam masa sama kita bla bla bla.

Adakah ini logik (perbuatan kita ini)?

Anda tentu faham apa yang saya cuba sampaikan,insya-Allah.

Saya tahu,mungkin dahulu kita jahil,tetapi carilah ilmu.Setelah mengetahui tentang perkara ini,janganlah kita bertindak mengulangi kesilapan yang sama lagi (berdoalah meminta kekuatan dari Allah SWT dan cuba yang terbaik).

Ingatlah,Allah SWT itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang serta Maha Penerima Taubat.

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab (disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan balasan imannya? Sudah tentu tidak) ! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam neraka?
[Az-Zumar : 17-19]

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. [Az-Zumar : 35]

Bertaubatlah.

Kembalilah kepada Allah SWT.

Tidak guna sekadar mengetahui,tetapi tidak mengamalkan.Ini kerana kita hanya akan membawa diri kita kepada kerugian.

Kembalilah kepada Allah SWT dengan ikhlas.

Semoga Allah SWT menetapkan hati kita dan mempermudahkan segala urusan kita untuk kembali kepada-Nya.

Ketahuilah juga,waktu muda perlu diisi dengan pencarian ilmu,bukan penambahan dosa.

Bertindaklah sekarang.Jangan menunggu lagi.Sekarang sudah bulan Januari.Masa semakin lama semakin pantas gerakannya.Bimbang jika ditunggu-tunggu,takut sudah tiada masa lagi untuk kita (mati).

Janganlah terlalu sayangkan dunia (worldly life).

Sekian dari saya.

Ini merupakan peringatan kepada diri sendiri juga.

Jika salah,sila betulkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Pembacaan saya baru-baru ini menunjukkan ramai orang muda yang mati dalam kemalangan di jalan raya.Interesting,huh?Bukti mati boleh datang bila-bila masa dan dalam apa jua ketika.Can't escape,tapi kita boleh mempersiapkan diri dengan amalan yang baik,insya-Allah.Semoga Allah SWT merahmati usaha kita ini.


4 comments:

  1. Jangan tangguh buat kebaikan
    Takut besok tiada kesempatan

    Jangan berani buat dosa
    Takut besok masuk neraka

    Jangan ambil mudah soal dunia
    Kerana ia penentu masa depan kita

    Masa depan kita di akhirat sana
    Cerahkah masa depan atau gelap gulita?

    ReplyDelete
  2. Syukur... 1 lagi pnulisan yang amat baik yg dpt mnyedarkan para pmbce ttg erti khidupan ini.. syukur...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum semua.MAAF ADA PEMBETULAN.

    ayat al-quran di bawah video di atas sebetulnya surah al-hadid ayat 12-16 ,bukan surah saad 12-16..

    maaf.maaf.astaghfirullahalazim.

    ReplyDelete