1.1.11

Pemandangan & Pandangan/Benda Yang Haram Memang Ramai Orang Suka (Penulisan Untuk Difikirkan).

Perhatian : Penulisan Untuk Difikirkan Secara Mendalam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat. [Al-Quran 32:21]

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." [HR Imam Ahmad]

Assalamualaikum.

Pemandangan dan Pandangan

(Klik pada gambar untuk imej lebih besar)

Gambar di atas.

Telah tiga tahun,saya melihat pemandangan yang hampir sama setiap tahun.Tetapi,tiga tahun ini walaupun dengan pemandangan yang sama,saya bersyukur,kerana hampir setiap tahunnya,saya melihatnya dari pandangan yang berbeza.

Alhamdulillah.

Hari ini 1 Januari.

Ramai orang menyambut Tahun Baru dengan Harapan dan Semangat baru.Dan setiap tahun juga kita akan saksikan ramai orang yang tumpas dengan azam baru mereka.

Bagi saya,azam dan semangat ini semua,tidak diperlukan oleh kita.

Kita tidak memerlukannya selagi,kita melihat dunia dengan pandangan dan perspektif yang sama.

Tiga tahun yang lepas,saya,melihat pemandangan salji di luar tingkap saya (rujuk gambar di atas) melalui pandangan yang berbeza.

Saya ketika itu,melihat salji itu sebagai satu perkara yang menggembirakan.Melihat salji itu sebagai alat untuk dibina Orang Salji sahaja.Melihat Salji itu sebagai sesuatu yang boleh diceritakan kepada Orang Kampung ketika pulang ke kampung halaman nanti.Dan bla bla bla.

Apa kesannya pandangan saya itu pada diri sendiri?Tiada.Saya pada tarikh yang sama seperti hari ini,tiga tahun lepas (1 Januari 2009),berazam untuk mengubah diri etc etc.

Adakah azam saya berjaya?

Tidak.

Saya tetap dengan perangai lama saya.

1 Januari 2010.

Seperti baru semalam kita lalui tarikh ini.Bukankah begitu?

Memang begitu.Jika diamati,kadar kelajuan pergerakan masa yang dilalui dan dirasai oleh hampir setiap dari kita ini ada pengajaran sebenarnya yang perlu diambil.

Cuba rujuk Surah Al-Asr.Surah yang selalu dibaca oleh kita,tetapi jarang diambil perhatian.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Bagi orang yang melihat menggunakan mata akal sahaja,mereka akan berkata,"Masa yang pantas dilalui sebenarnya menunjukkan kita menjalani kehidupan dengan gembira!".

Saya,secara peribadi,kurang bersetuju.

Gembira - Apakah definisi gembira bagi kita?

Jika Gembira yang didefinisikan kita itu penuh dengan Maksiat dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT,Maha Pencipta yang telah Menciptakan kita semua,kita patut ucapkan takziah untuk diri sendiri.

Dan memanglah benar,manusia itu sememangnya sentiasa berada dalam kerugian.

Kerana apa?

Kita sendiri sebagai contoh,hanya memikirkan bagaimana cara hendak memuaskan nafsu sendiri sahaja saban hari demi kepentingan dunia.Ada kita fikirkan persiapan untuk hidup akhirat?

Apa kita fikir cukupkah sekadar Solat 5 Waktu kita itu?Adakah berkualiti Solat 5 Waktu kita itu?Adakah kita khusyuk?

Saya pernah dengar,tidak pasti dari mana sumbernya,tetapi ada orang pernah berkata kepada saya,"Solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk itu,sama sahaja dengan kain buruk.Tiada nilainya."

Saya kadangkala rasa sedih bila ramai dalam kalangan masyarakat dan keluarga kita,bila ada orang meninggal,mereka mengucapkan,"Semoga Allah meletakkan Roh-Nya di dalam kalangan orang beriman".

Sedangkan yang baru meninggal itu,kita semua tahu apa yang dilakukan ketika hidupnya.

Bukanlah mengatakan saya tidak menghormati yang baru meninggal itu,tetapi,adakah bila kita mengucapkan ucapan di atas ini,kita memahami apa yang kita ucapkan itu?

Sebenarnya,ucapan kita itu,kurang tepat.Jika budak-budak kecil dengar kita cakap begitu,mesti diorang salah faham dan berfikir,"Eh,Pakcik aku ni teruk-teruk pon bla bla bla,kiranya aku pon nak jadi camtulah.Takyah beriya-riya pun boleh bla bla bla".

Sepatutnya,kita doakan supaya "Allah mengampunkan dosa-dosa Beliau".

Anda faham apa saya cuba sampaikan di sini?

Jika tidak faham,tidak mengapa.Abaikan.Ini hanya pendapat peribadi saya.Jangan jadikan ia isu besar.Jika salah,betulkan.

Berbalik kepada cerita pemandangan di luar tingkap saya di atas.

Tahun ini,Alhamdulillah,saya melihat Tingkap ini dengan pandangan yang berbeza.Sama seperti tahun lepas,1 Januari 2010.

Dan,Alhamdulillah,sejak saya melihat dengan pandangan yang berbeza ini,saya senang untuk berubah ke arah kebaikan.

Walaupun sering tumpas,tetapi saya jauh di sudut hati,sering tahu apa yang saya buat itu salah.Dan seringkali juga saya cuba untuk memperbetulkannya.

Jadi,kesimpulannya,untuk tahun baru ini,nasihat saya kepada anda semua dan diri saya sendiri,yang penting bukannya azam dan 'pemandangan' yang kita lihat itu,tetapi bagaimana dan dari sudut manakah kita melihat.

Lihatlah dengan Mata Hati,bukannya Mata Pancaindera semata.

Anda faham apa saya cuba sampaikan?

Ingatlah,Hati kita ini,Allah SWT yang punya.Allah SWT sahajalah yang boleh memberi Hidayah kepada kita.Jika kita benar-benar ingin berubah,tadahlah tangan kepada-Nya,mohon supaya diberi petunjuk,kekuatan dan jalan untuk kita benar-benar kembali kepada-Nya.

Amin.

Itu cerita Pemandangan dan Pandangan.

Kita pindah kepada cerita kedua kita yang bertajuk,

Benda Yang Haram Memang Ramai Orang Suka.

(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Gambar ini.Apakah di dalamnya?

Di dalamnya menunjukkan Tingkap yang dipecahkan oleh beberapa orang manusia pada awal pagi Tahun Baru 2011.

Punca?Mabuk.

Hendak kata bodoh,tidak boleh.Ini kerana semuanya Pelajar Jurusan Kejuruteraan.

Tetapi,adakah mereka Bijak?

Pada saya,Bijak atau Bodoh seseorang itu bergantung bagaimana kita menafsirkan Kebodohan Dan Kebijakan mereka.

Jika Bijak itu kita tafsirkan melalui Sijil-Sijil Ijazah,Ph.D etc etc,memang ramai orang Bijak di dalam dunia ini.

Tetapi jika Bijak itu kita tafsirkan melalui Peribadi dan Nilai-Murni serta Jati Diri seseorang,memang ramailah orang yang bodoh di dalam dunia ini pada hari ini.


Berbalik kepada Isu Mabuk.

Ya,itulah dia suasana Sambutan Tahun Baru yang berlangsung di Russia kebiasaannya.Saya rasa di Malaysia juga lebih kurang sama juga dengan di sini,mungkin lebih hebat.

Yalah,orang kita kan boleh?Malaysia Boleh!Saya Gay,Saya Okay?Boleh semua.

Secara jujur,saya tidak bangga jika banyak bangunan pencakar langit yang ada di sekeliling kita,jika Pemikiran dan Perangai kebanyakan Remaja kita,sampah.

Tetapi,itu pendapat saya.Yalah,seperti yang saya sebutkan di atas,Definisi Cemerlang dan Sampah bagi setiap orang berbeza.Jika anda tidak setuju dengan pendapat saya,saya respek pendapat anda.

Apa-apapun,kita lihat Sambutan Tahun Baru Orang Russia ini.

Kononnya,mengharapkan perubahan dan kebahagiaan baru.

Tetapi,awal pagi 2011,sedar-sedar bangkit sahaja dari tidur,sudah memecahkan tingkap-tingkap di asrama.

Adakah ini Bijak?

Itu bukan matlamat saya menulis ini.

Sebenarnya,sekadar mahu mengatakan,itulah manusia.Perkara-perkara yang haram itulah yang paling digemarinya.Memang pelik manusia ini.

Seks bebas itu haram dan merbahaya,mereka suka.

Rokok itu haram dan merbahaya,mereka suka.

Dadah itu haram dan merbahaya,mereka suka.

Mengumpat itu haram dan merbahaya,mereka suka.

Porno,Rasuah,Fitnah,Pelacuran,Arak,Zina,Tukar-Tukar Couple etc etc?Semua itu haram dan merbahaya kepada diri mereka.Tetapi?Manusia suka.


Manusia - Mereka katakan mereka bijak.Tetapi,hakikatnya?Kita ini lemah sebenarnya.

Itulah sebab kenapa kita perlukan Allah SWT.Itulah sebab kenapa Allah SWT menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada umat manusia.

Ini kerana,manusia ini perlukan bimbingan.Akal kita lemah.Nampak hebat,tetapi,kita tidak tahu apa yang sebenarnya baik dan buruk untuk kita.Itu sebab kita perlu dibimbing.Allah SWT Maha Mengetahui.

Jika tiada bimbingan,itulah jadinya (Sila rujuk perangai orang Bijak kat atas ni yang pecahkan tingkap).

So,kepada kita semua,fikir-fikirkanlah.

Kita ini lemah,hanya kepada Allah sahajalah kita mohon dan menyembah.Allah SWT Maha Mengetahui apakah yang terbaik untuk kita kerana Dialah yang menciptakan kita.Allah SWT Maha Mengetahui apakah kelemahan kita.

Bak kata Pensyarah saya di dalam Slang Tempatan Russia,"Okay?".

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]

Saya sudah penat menulis.

Itu sahaja untuk kali ini.Harap ambil pengajaran.

Jika salah,sila betulkan.Ambil jernih,buang keruh.Sila tegur saya jika ada kesilapan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Lihatlah dengan Mata Hati.


4 comments:

  1. betul2
    lihatlah dengan mata hati..
    salam ziarah

    ReplyDelete
  2. thanks for the tazkirah. biarpun dah tahu zina tu dosa, minum arak tu dosa, bertukar2 couple etc itu dosa, tapi orang yang beriman amat memerlukan tazkirah kerana ia benar2 bermanfaat sebagaimana yang ditegaskan dalam al-quran.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum i.Samaon Al-Kly.

    hehe.suka hati je saya pendekkan nama orang.
    btw,memang betul,manusia itu memang sifatnya memerlukan peringatan.sentiasa perlu diperingat.

    sebab manusia itu memang selalu lupa.itu sebab kita kena saling mengingati tu sesama manusia.

    insya-Allah.

    assalamualaikum again.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Ibnu Abdul Hamid Al-'Russy'.

    Tak kisah pendekkan nama janji tak menjejas maksudnya yang sedia baik :)

    Semoga 'Pena' anda akan terus berdakwah di alam Maya sehingga hujung nyawa demi Rabbmu! Amin.

    Wassalamualaikum bro.

    ReplyDelete