4.1.11

Penulisan Bahasa Pasar : Iman Itu Seperti Roller-Coaster Ada Pasang Surutnya,Jadi Sentiasalah Update-kan Iman Kita.

Perhatian : Penulisan ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

Saya baru membaca satu penulisan,di link ini.

"Betullah",fikir saya sendirian.

"Kenapa?Apa yang betul?"tanya anda kepada saya beramai-ramai.

"Tak,begini.Semalam saya keluar.Sebab bosan duduk terperap dalam bilik sahaja.Jadi saya keluar pergi jalan-jalan kat Shopping Complex bersama rakan-rakan.Yalah.Mana lagi nak jalan-jalan kat sini masa musim sejuk.Lagipun saya nak carik barang sikit nak beli.So,sepanjang jalan-jalan tu,banyak gak la TERtengok perkara-perkara yang mungkar.Banyak gak la maksiat mata saya lakukan samada sengaja atau tak sengaja.Yalah,kalau dah sekeliling banyak sangat perempuan yang menayangkan bola-bola dada secara terbuka,saya lelaki normal ini banyak kali gak la tertewas.

Jadi,bila dah banyak sangat tengok benda camni,so,mesti akan ada effect kat hati dengan iman kita.Dalam kes ni iman saya la.So,pagi tadi susah nak bangun subuh.Ni mesti ada kaitan dengan semalam nih.

Betul doe.Kalau tak caye,cuba korang renung kehidupan korang pulak.

Tu sebab saya sebenarnya malas keluar bila kat sini.Sebab bila keluar,mesti tengok benda-benda mungkar ah.Bukan nak poyo ke ape cite ni,tapi supaya jadikan pengajaran.Saya juga manusia.Duduk kat tempat yang macam ni,memang dahsyat wo.

Saya taknak tipu cakap saya tak tengok ke ape kalau ada perempuan lawa-lawa lalu tepi saya.Kalau saya cakap camtu,saya memang tipu anda la.

Tapi,saya tahu perbuatan saya ini salah.Dan saya nak bagitau jugak anda yang tak tau,bahawa perbuatan tengok aurat orang lain salah.So,apa kesimpulan?

Kesimpulan dia,kalau rasa diri tu lemah,elakkanlah diri dari terjebak dengan situasi yang boleh menggugat iman kita.Dan,bagi lelaki/perempuan yang sedang berpasangan dan rasa sudah 'tidak tahan',kahwinlah awal.Jangan risau tentang 'duit etc etc'.Itu semua hanya alasan.Kalau kawen,automatik kita ada rasa tanggungjawab.And,kena ingat,rezeki itu dari Allah.Tapi,kita kena berusaha.

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Quran 24:32]

See,kalau niat ikhlas kawen sebab taknak buat maksiat,insya-Allah Allah akan tolong kita.

Tapi tu la,dalam keadaan masyarakat sekarang ni,yang umur 24 pon masih mak bapak kena suap dan manjakan,susah nak cakap.

Dan akan ada orang yang kerjanya nak menghentam orang sahaja akan cakap kat saya bila baca artikel ni,"kau cakap camni,kau dah kawen ke belum?jangan cakap lebat sahaja".

Saya menjawab,"Saya memang nak kawen,tapi lepas habis belajar.Insya-Allah.Doakan untuk saya."

Ditanya lagi kepada saya,"Kenapa tak kawen sekarang je?Lu cakap pandai kan mat"

Saya menjawab lagi,"Sekarang,dekat sini (tempat saya belajar)?Takde calon.Nak kawen pun ada ciri-ciri tertentu gak kan kita kena fikir?So,saya nak kawen insya-Allah lepas abis belajar.Secepat mungkin.Insya-Allah."

Eh,terlari topik dah.

Berbalik kepada isu menjaga iman tadi,kita kena berusaha untuk elakkan diri dari dosa.

Dan berdoalah kepada Allah.Sebab bila kita buat maksiat-maksiat kecil ni,sikit-sikit lama-lama dia akan effect kat hati kita.

Lama-lama kita tak sedar pon,kita dah tersasar jauh.

Tak gitu?

Okay la.Itu sahaja untuk kali ini.Anda faham-faham sendirilah".

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Secara jujur,saya malas hendak menulis secara formal buat masa ini.

P/P/S : Ini penulisan peribadi,ditujukan kepada diri sendiri.Itu sebab bahasanya tunggang langgang.Dan jika ada salah dalam penulisan ini,sila betulkan.I mean dari segi pemahaman saya ke,atau dari segi saya salah petik ayat Al-Quran ke whatsoever la.Kay?Kerjasama anda,amat dihargai.Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman.



No comments:

Post a Comment