6.1.11

Peperiksaan Di Dunia Atau Dunia Ini Satu Peperiksaan?Mana Yang Lebih Tepat?

Perhatian : Penulisan Monolog.

Esok exam.
Kerja kursus masih banyak belum settle.
Exam belum study lagi.
Kalau sudah study,entah faham entah tidak.
Banyak masalah dirasakan.
Tetapi dalam masalah yang banyak kononnya ini,
Still boleh tulis blog tulis cerita,
Seperti tiada masalah,
Aik brother,
Lu tipu gebang apa ni,
Nak kena bantai ka mulut tu?

Haha.

Hidup,
Bukan semudahnya
Tetapi Allah Maha Adil,
Setiap orang diberi ujian
Yang setimpal dengan diri orang itu,
Ada orang,
Ujiannya nampak ringan,
Tapi bagi diri yang menghadapinya,
Berat.
Lain orang lain cerita,
Tapi ingat,
Setiap kesusahan ada kesenangan,
Tidak percaya,
Rujuk 94:5-6

Bro,
Dalam dunia ni,
Hendak jadi Gangsta Nation,Mat & Minah R
Senang sahaja,
Hendak mencarut,
Senang sahaja,
Ambik dadah?
Lagilah senang,
Hendak tempah jalan ke Neraka,
Semuanya senang.

Tetapi,
Jika kita pilih untuk ke Syurga,
Memang tidak senang,
Untuk menjadi baik,
Memang tidak senang,
Untuk memakai tudung bagi Si Gadis pula,
Memang tidak senang jika dahulunya tidak bertudung,
Semua ini memerlukan Iman dan kesabaran,
Memerlukan kepercayaan terhadap Hari Akhirat,
Bahawa setiap yang dilakukan,
Akan dibalas dengan seadilnya,
Hanya yang beriman sahaja boleh berjaya,
Insya-Allah dengan rahmat Allah.

Itu belum cuba fikir tentang masa depan,
Jika Masa Depan yang dimaksud itu kereta besar-besar,
Senang sahaja untuk memilikinya,
Itu Prinsip Biar Papa Janji Bergaya,
Semua orang boleh,
Tetapi jika Masa Depan yang diingini Halal,
Memang susah,

Tetapi,
Jangan terlalu setkan di minda 'Susah-susah-susah',
Di manakah Imanmu?
Bukankah rezeki itu daripada Allah ianya datang?
So,kita ini berusaha sahajalah.

Tidak perlu merungut panjang.
Rujuklah Quran 34:36.

Okay,
Panjang pulak tulis.
Study belum beb.
Lu nak jadi ape ni botek,
Study la,
Biar fail,
Janji ada usaha,
Jangan fail,
Tapi usaha satu benda pon takde.
Jangan juga lulus Nasib semata,
Okay?

Yang penting apa?
Belajar bersyukur.

Ya Allah,
Berikanlah yang terbaik untuk diri ini,
Semoga diri ini selepas habis belajar,
Mendapat rezeki yang baik,
Supaya dengan rezeki itu,
Dapat menjadi Punca Amalan bagi diri ini,
Dan semoga orang lain juga mendapat kebaikan,
Amin.


3 comments:

  1. 94:5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

    94:6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

    34:36. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".


    Gambar yg bmakna. Beneficial post. Smoga dpermudahkn urusan.

    ReplyDelete