2.1.11

Petikan Tafsir Al-Quran Dari Surah Al-Ahzab (Penulisan Ditujukan Khas Kepada Kaum Wanita Agar Diambil Pengajaran Dan Pedoman).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.” [Abu Daud & Ahmad]

“Seorang yang mahir dalam Al Quran akan berada di kalangan para malaikat, yang mana para malaikat itu merupakan para pencatat yang mulia dan benar, dan seorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya, akan mendapat ganjaran dua kali ganda.” [Bukhari, Muslim]

Alhamdulillah.Sudah lebih setahun saya mula membaca Al-Quran berserta Tafsirnya sekali.Saya memulakan pembacaan saya lebih setahun lalu dengan membaca Tafsir Surah Al-Fatihah dahulu.

Secara beransur-ansur,kini sudah agak banyak juga saya baca.Alhamdulillah.

Memang agak lambat juga pembacaan saya jika dikira.Tetapi,saya memesan kepada diri saya,agar biar lambat,janji saya memahamkan apa yang saya baca itu.

Alhamdulillah.Tujuan saya menulis tentang perkara ini bukan untuk riak kononnya saya membaca Tafsir Al-Quran etc etc,sebaliknya hanya mahu mengatakan kepada anda semua bahawa,jika kita membaca Al-Quran dan berusaha untuk memahami maksud ayat-ayatnya,insya-Allah banyak kebaikan dan ilmu yang akan kita dapat.

Manakan tidak,ayat Al-Quran ini bukankah diturunkan oleh Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam?Jadi,sudah tentu banyak kebaikan di dalamnya.Setiap ayat mengandungi pelbagai kebaikan.

Jadi,kita sebagai Muslim,yang mengaku beriman kepada Allah SWT,Rasul-Nya SAW dan Hari Akhirat,baca dan fahamilah ayat-ayat di dalam Kitab Suci Al-Quran ini.

Banyak yang saya dapat dan baru ketahui sepanjang proses pembacaan Tafsir ini.

SubhanAllah.Terlalu banyak yang saya tidak tahu selama ini.

Saya akui,saya bukannya seorang yang mahir sangat membaca Al-Quran.Pembacaan saya biasa-biasa sahaja.Tidaklah berlagu atau sedap sangat pun.Tetapi,jika hendak tunggu bacaan saya sempurna baru hendak membaca Al-Quran dan memahami ayat-ayatnya,susahlah.

Jadi,sekali lagi saya nasihatkan kepada anda semua saudara-saudaraku Umat Islam semua,baca dan fahamilah Tafsir Al-Quran ini.Ini supaya kita tidak mudah tertipu apabila orang cuba memutar-belitkan fakta tentang Islam kepada kita,sekaligus menguatkan Iman kita.

Menyentuh tentang tajuk Penulisan ini,saya sebentar tadi membaca Surah Al-Ahzab dan tertarik untuk berkongsikan beberapa ayat daripada Tafsirnya di sini.

Ayat-ayat itu menyentuh tentang wanita.

Sila ambil perhatian,saya bukan Lulusan Agama etc etc.Sebaliknya hanya seorang hamba Allah yang cuba memahami ayat-ayat suci Al-Quran.Jika ada kesilapan dalam penulisan ini,sila betulkan.Dan jika anda ada tidak faham tentang Tafsir Al-Quran di bawah,saya nasihatkan anda jangan buat kesimpulan sendiri.Sebaliknya,tanya Ilmuwan-Ilmuwan Islam di sekeliling anda.Mesti banyak,kan?Internet pun ada.

Ini kerana,dalam sesetengah perkara,akal kita ini terbatas kemampuannya untuk berfikir.Jika tidak tahu,tanyalah kepada orang yang berilmu.Okay?Jangan bodoh sombong.

Apa-apapun,selamat membaca.

Petikan Tafsir Al-Quran Surah Al-Ahzab Ayat 28-35

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.

"Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar".

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
[33:28-35]

Anda bacalah.Semua itu penting.

Allah SWT Maha Mengetahui.Dia menciptakan kita.Sudah tentu,Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Lihat sahaja ayat yang saya boldkan di atas.

Ada sebab kenapa wanita tidak boleh bercakap kepada lelaki dalam keadaan comel.Kenapa?Sebab ini boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki.Tidak percaya?Tanya lelaki di sekeliling anda.Tentu mereka mengiyakannya.Ini semua untuk kebaikan wanita juga.

Lihatlah betapa adilnya Islam.

I wonder why the ignorants,they still...Never mind.

Itu sahaja untuk kali ini.

Ambillah pengajaran.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya tulis penulisan dengan kadar yang kerap ini sementara masa saya masih lapang.Ini kerana jika saya sudah busy,saya tidak mampu menulis banyak-banyak.Sementara masa lapanglah,saya boleh menulis dan berkongsi ilmu di sini,bukankah begitu?Okay.Chow.

P/P/S : Saya tidak suka bila ada orang yang mengatakan "Ala,kita bukan Ustaz pon.Rilekslah.Takyah beriya sangat".Sedarlah,Islam itu diturunkan kepada semua umat manusia.Bukannya kepada Ustaz/Ustazah sahaja.


2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian tersebut. insyaallah akan sy amalkn dan beringat.

    ReplyDelete