10.1.11

Rasulullah SAW Menangis Di Padang Mahsyar (Tidaklah Sama Orang Buta Dengan Orang Yang Celik).

Assalamualaikum.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kita manusia akhir zaman,sering terlupa akan hakikat bahawa dunia ini hanya sementara.Makin hari,makin kuat lupa kita.Hendak kata sudah tua,tidak juga.Tetapi,di manakah silapnya?Hati kita,mungkin itulah punca kelupaan kita pada hari ini.

Saya seperti anda yang lain juga begitu,sering terlupa (atau sengaja melupakan?).Itulah pentingnya untuk kita saling ingat-mengingati di antara satu sama lain setiap hari.

Baru sebentar tadi,saya baru membaca blog Makcik Werdah.

Dahulu,saya memanggil Makcik ini dengan gelaran 'Akak'.Selepas mengetahui yang Makcik Werdah ini sudah lebih kurang sama baya dengan Ibu saya,saya pun memanggilnya dengan gelaran Makcik.

Makcik Werdah ini mempunyai dua blog.Satu namanya Nota Untuk Diri,satu lagi Bangkit Kembali.

Kenapa saya ceritakan ini semua?

Saya ceritakan ini semua kerana di blog-blog Makcik Werdah ini banyak ilmu yang berguna.Itu pasal saya letakkan link blog-blog Beliau di dalam entri ini.Jadi,kepada anda yang rasa-rasa lapang waktu,lawatlah blog Makcik Werdah.Lawat bukan sekadar lawat-up-trafik-salam-ziarah,sebaliknya lawat mencari ilmu.Okay?

Adalah menjadi satu kerugian jika kita tahu menggunakan teknologi,tetapi tidak memanfaatkannya ke arah kebaikan.

Berbalik kepada cerita saya tadi,saya membaca blognya.Dan di situ,ada satu video bertajuk Rasulullah SAW Menangis Di Padang Mahsyar.

Sebuah video yang menarik dan bermanfaat yang dapat dijadikan peringatan dan tauladan,saya berkeputusan untuk meletakkannya di sini.

Selamat Menonton!


Sudah tonton?

Lihatlah betapa kasihnya Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Jika dikenang,terlalu banyak dosa-dosa diri ini.Tetapi,kita tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah SWT.Bertaubatlah,kembalilah kepada-Nya.

Semalam seorang Junior saya ada berkata sesuatu yang menarik di dalam satu perbualan yang panjang bersama saya,"Kita sembahyang bukan kerana nak dapat duit etc etc,kita sembahyang sebagai tanda kita ini bersyukur kepada Allah SWT."

Anda fikir-fikirkanlah.

Saya juga di sini ingin berkongsikan Petikan Tafsir Al-Quran dari Surah Fatir.

Selamat Membaca.

Tafsir Surah Fatir Ayat 16-24

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

[16]
Jika Dia mahu, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu.

[17]
Dan (perlaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.

[18]
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.

[19]
Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang celik.

[20]
Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang,

[21]
Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya.

[22]
Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, (menurut undang-undang peraturanNya), dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya).

[23]
Engkau tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

[24]
Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Ugama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.
[35:16-24]

Renung-renungkan.Jika ada yang tidak faham mengenai Tafsir di atas,tanyalah kepada Ilmuwan-Ilmuwan Islam di sekeliling anda.Tentu ramai,bukan?Jangan malas,okay?

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


8 comments:

  1. ya Allah...sedih...manusia itu berasal dari kata root...NASIYA=lupa....

    jd..kenapa adanya sedara seislam...adalah utk saling memperingati..

    syukron akh umar zakir...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, saudara umar atas perkongsian yang benar-benar membuka mata hati saya ini. Saya akan kongsikan dengan keluarga saya di kampung nanti, insyaallah, doakan perjalanan saya merentasi lautan selamat, ye.

    Maaf kalau saya katakan, hingga menitis air mata saya tika menonton video tersebut. Betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W pada kita, kita sahaja yang masih tidak sedar dan membutakan mata, memekakkan telinga. Semoga yang mengupload dan membuat video ini akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

    Masih berpaling dari baginda sedangkan dialah yang membantu kita 'sana' kelak. Banyak-banyakkanlah mengingati baginda dengan selawat.

    Benar-benar kesal kerana diri masih banyak dosa.

    Ya Allah, tempatkanlah aku dikalangan orang-orang yang beriman dan berikanlah syafaat kepadaku semasa meniti titian siratulmustaqim kelak.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    thanks juga kepada saudara kerana beri komen yang boleh jadikan peringatan untuk saya dan orang lain

    smoga saudara slmt balik kampung dan sentiasa diredhai Allah

    insya-Allah
    amin.

    ReplyDelete
  4. sauadara umar, pohon copy paste dalam blog saya ye.

    untuk perkongsian dan sebar-sebarkan kepada semua terutama sekali kepada keluarga tersayang dan umumnya untuk umat Islam.

    ReplyDelete
  5. gg tahap umar XD esok jom solat isya sesame

    ReplyDelete