13.1.11

Realiti Semasa : Ke Manakah Hala Tuju Kita Pada Hari Ini?Bagaimanakah Agaknya Akhlak Generasi Masa Hadapan Kita Jika Generasi Muda Pada Masa Kini Pun Sudah Tidak Tergambar Kedahsyatan Akhlak Mereka?Jika Keadaan Semasa Yang Berlaku Ini Berterusan,Tidak Berlebihan Untuk Dikatakan Kita Sedang Menuju Kemusnahan.

Perhatian : Penulisan yang mengisahkan realiti semasa masyarakat kita ini ditulis untuk dibaca oleh golongan yang mampu menafsirkan maklumat secara matang dan jujur.Jika anda rasa anda tidak berapa hendak boleh menafsirkan maklumat secara matang dan jujur,dicadangkan,janganlah anda membaca penulisan ini.Kerana bimbang hati terguris.

A devoted man can revive a whole nation.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"Lelaki liwat 96 remaja ditangkap";
"Penyanyi X Kantoi Tidak Pakai Boxer Ketika Show Di Fun Fair";
"Ibu dibunuh anak lelaki";
"Peniaga amuk membunuh 100 orang awam";
"Nenek Tua dirogol";
"Gambar 'Maksiat' Datuk X dengan Kanak-Kanak".

Biasa dengar tajuk-tajuk Berita di atas?Pernah dengar?Tentu pernah.

Punyalah kita terbiasa mendengar tajuk-tajuk berita seperti ini sehinggakan kalau saya tidak katakan kepada anda bahawa ada beberapa berita di atas yang saya reka sendiri tajuknya,tentu anda masih percaya berlakunya kejadian-kejadian ini.Tentu anda tidak terkejut boleh berlakunya kejadian ini.

Kenapa?

Ini kerana,kejadian-kejadian di atas sudah menjadi norma dalam masyarakat kita hari ini.

Kita seolah-olah sudah boleh menerima dan seakan-akan sudah boleh bertoleransi dengan perkara-perkara tidak bertamadun lagi tidak bermoral ini.

Dahulu,lebih kurang 10 Tahun Lepas,ketika kerosakan masyarakat kita masih belum menjunam seperti hari ini tahap kerosakannya,jika ada kes Sumbang Mahram berlaku,heboh satu negara.Semua orang baik Tok Imam,Ahli Politik,Tukang Masak sehinggakan Para Penganggur memberikan pendapat masing-masing dalam membanteras isu tersebut.

Tetapi,hari ini,jika ada 10 muka surat dalam satu Surat Khabar,dan semuanya melaporkan berita tentang Sumbang Mahram,saya tidak terkejut jika kita semua memberi reaksi 'seperti-tiada-apa-apa-fancy-yang-berlaku-hari-ini-doe'.

Kenapa?

Dahulu,heboh 'diharamkan' konsert sebuah kumpulan muzik tempatan atas alasan yang entah-hape-hape.Tetapi,sekarang?Bersepah-sepah konsert diadakan di seluruh negara.

Hampir setiap bulan ada konsert.Hatta,di pekan-pekan kecil pun turut dianjurkan konsert.Orang kata,manusia ini,jangan terus suap dengan hiburan,sebaliknya bagi ilmu dahulu.Ini kerana bila terus kena suap dengan hiburan,tanpa ada ilmu di kepala,itu yang bantai jadi rosak tu banyak budak-budak remaja kita.Pendidikan Seks tidak ada,then tengok Filem Mat Bohjan yang menayangkan aksi-aksi Ghairah,itu yang bantai pergi ikut tu.

Ada orang kisah dengan situasi ini?Ada orang marah?Ada orang bangkang?Ada,tetapi yang bangkang itu tidak berapa kena gaya bangkangannya.Satu masalah jugak.Bangkang sekadar hendak tunjuk dia betul.Buat perarakan bangkang,tapi begitu sahajalah.Lepas bangkang,apa solusi?Tiada.Bukan bangkang bersungguh.Bangkang sekadar hendak menjatuhkan orang yang menganjurkan.Yang lain buat apa?Buat tidak kisah.Itulah realiti masyarakat kita.

Bukannya bermaksud saya menyokong diadakan konsert.Tidak.Tetapi,kadang-kadang ironi juga bila membandingkan keadaan yang berlaku 10 tahun lepas,dengan keadaan pada hari ini.

Dulu,kita hentam konsert sana sini,sekarang,kita pula Jaguh Hiburan.

Oh ya,tolong please.Ini bukan artikel Politik.Please kay.Itulah orang Malaysia,bila cakap Isu Masyarakat mereka ingat kita sedang berpolitik.

Saya sebenarnya serious loya mendengar orang yang dalam fikirannya asyik fikir Politik.Cerita Isu Masyarakat Rosak,then penamat bicara,dia masukkan Isu Politik.Haih.Come on,bro.

Jangan asyik salahkan kerajaan.Bukan bermakna kerajaan betul segala-galanya.Tetapi,tidak bermakna semua benda kita perlu hentam kerajaan.

Salahkan diri sendiri dulu!

Betul.

Kita jadi sebegini,pada pendapat saya,sebab apa?Sebab kita tinggalkan Islam.Ya,kita.Jangan pandang orang lain terus la.Pandang diri kita dahulu.Dan tanya,"Adakah kita ini benar-benar mengamalkan Islam?Adakah kita faham apakah itu Islam yang sebenar?"

Orang asyik berkata,"Eh mana azab Allah,mana azab Allah?"

Adakah anda tidak sedar,inilah azab Allah turunkan kepada kita (Ini pada pendapat saya,jangan percaya bulat-bulat terus,fikir dahulu saya cakap ini betul atau tidak).

Masyarakat kita telah hilang nilai murni,telah hilang akal dan sebagainya.Masyarakat yang hanya hidup berteraskan material.Yang hanya mementingkan external,dari internal.Yang hatinya telah keras.

Lahir,sekolah,kolej,kerja,kahwin,mati.

Itu sahaja dalam kepala kita,tanpa mempedulikan lagi halal atau haramkah cara kita mencapai matlamat kita itu,bermoralkah atau tidak cara kita itu.Tidak.

Kita tidak mempedulikan semua itu lagi.

See?

Yang media (termasuk blog-blog) pula,melaporkan berita-berita sensasi seperti "Bohsia Jalan Kemuning Jual Badan" bukan niat untuk membantu memperbaiki akhlak masyarakat,tetapi pergi bantai cerita detail apa benda yang diorang buat masa jual badan tu.

Haih,rosak-rosak.

Tak tahulah nak cakap apa.

Kadang-kadang,anak orang yang belum Islam lagi baik dari anak-anak orang yang "Islam Pada Nama".

Kemudian,bila orang salah faham pada Islam,kita mengamuk.Padahal,kita yang mengaku Umat Islam tidak sedar bahawa kitalah yang menjadi contoh dan gambaran tentang apa itu Islam secara umum kepada orang yang belum Islam (Sila ambil perhatian,Islam adalah agama yang suci dan murni.Yang merosakkan imej Islam adalah orang Islam itu sendiri.Harap maklum.Jika tidak percaya,cuba kaji apakah itu Islam yang sebenar).

Dah kalau kita pun rosak,anak-anak kita rosak,macam mana diorang hendak nampak kebaikan Islam?

Kita kena fikir sedalam-dalamnya.Duduk bincangkan perkara ini.Oh ya,mungkin sudah agak terlambat untuk berbincang-bincang cara orang kita.Yalah,orang kita kan suka sangat bincang.Tapi,buatnya tidak.

Takut masa kita sedang 'berbincang-bincang',gedebuk,lima orang bayi luar nikah lagi mati dibuang di dalam sungai.Ini bukan berita tipu,okay.Ini cerita serious.Jangan terlalu ego menerima kenyataan.Dan again diingatkan,ini bukan artikel politik.Please kay?Tolonglah.

Hurm.Mungkin kita tidak perlu bincang,sebaliknya perlu berubah dan bertindak.Kita semua.Bukan sekadar orang yang berwajib.

Anda-anda semua.Baik Peniaga,Penyapu Sampah,Kerani,Pegawai Kerajaan,Pelajar dan sebagainya,marilah kita sama-sama take serious isu ini.

Ini kerana ini masa depan Generasi Anak Muda kita.Bukan Anak Muda yang kita nampak sekarang ini,sebaliknya Anak Muda yang still sekarang ini dalam bentuk sperm.Haha.Okay lawak kotor.Sorry.

Tapi,you get the idea.

Biasanya,orang yang emo-emo marah pasal isu ini,tidak mencadangkan solusi bagi masalah,sebaliknya hanya mengkritik.Jadi,saya di sini tidak mahu menjadi golongan yang hanya tahu mengkritik.So,saya sertakan beberapa solusi yang boleh anda buat untuk membantu selesaikan masalah kerosakan akhlak dalam masyarakat kita pada hari ini.

Mungkin akan ada yang berkata (sure ada punyalah),"Eleh,setakat engkau sorang buat,apa guna".

"Brother,engkau kena ingat,kalau semua orang pikir camtu,memang sampai bila-bila pun tak jadila benda ni.Itu la pasal kau kena start dulu.Bila kau start,then family engkau nampak,then kawan-kawan family engkau nampak dan mereka semua ikut etc etc,insya-Allah lama-lama berhasil".

Mungkin tidak semua ikut.Tetapi,itu sudah tabii dunia.Itu pasal Allah SWT ciptakan Syurga dan Neraka.Adil bukan?Ini supaya orang yang berusaha mengikut perintah-Nya di dunia,mendapat balasan baik,dan sesiapa yang derhaka di dunia walaupun diberi peringatan sudah banyak kali,mendapat balasan azab di Neraka.

Tetapi,biasalah,manusia.Apa mereka tahu?Tidak sama orang celik dengan orang buta.

Okay,panjang bebel.

Ini solusi dan cadangan dari saya untuk masalah ini,

1) Kembalilah kepada Islam.

2) Kembalilah merujuk Al-Quran dan As-Sunnah.

3) Ikhlaskan hati dalam merubah masyarakat.Harapkan redha Ilahi sahaja.Jangan tunggu hendak dapat pangkat Dato',YB etc etc,baru hendak ubah masyarakat.Takleh gitu.Untuk permulaan,tegur anak-anak anda.Marah sikit anak anda tu.Jangan bagi naik lemak sangat.Haha.Percayalah saya cakap.Kalau Ibu Bapa marah anak,dan nasihat dia lepas tu,terangkan kenapa takleh buat,sure diorang akan ikut.Sebab apa?Camne saya tau?Sebab saya juga seorang Anak.Haha.

4) Mungkin anda boleh baca artikel ni,"Parenting V: Why Parents need to Provide Sexual Education to their Kids".

5) Orang yang berilmu,laksanakan tanggungjawab anda dalam menyedarkan masyarakat.Gunakan segala cara yang ada untuk mesej anda sampai kepada masyarakat.Blog,Majalah,Penulisan,Rakan Sekerja di Pejabat,Anak Murid di Sekolah etc etc.Apa sahaja.Gunakan segala opportunity untuk menyeru orang kepada kebaikan.Dan pastikan anda berbincang dengan terbuka,jangan tapis-tapis sangat.Orang sekarang susah nak tangkap kalau kita cakap tapis-tapis.Akibat globalisasi kot.Haha.

6) Selepas kita berusaha ini semua,jika mereka masih tidak mengikut,berdoalah kepada Allah agar membukakan pintu hati mereka.Dan kita sendiri,jangan cakap tak serupa bikin.Kita betulkan diri kita juga.Jangan tegur orang,tapi diri sendiri?Still sampah (ini pesanan untuk diri saya).

7) Ingatlah,mati nanti,semua orang membawa amalan masing-masing.Jika sapa yang banyak amalan baik,beruntunglah mereka.Dan sebaliknya jika banyak amalan buruk,celakalah kita.Berubahlah sementara masih ada kesempatan.Jangan sayang sangat kat dunia.Okay?

Itu sahaja untuk kali ini.Saya minta anda semua yang sering membaca blog saya ini,supaya mula mengamalkan Islam yang sebenar.Ini kerana,tidak guna kita sekadar tahu,tetapi tidak buat.Kan bagus jika kita semua mula berubah,pasti akan ada effect kepada orang sekeliling kita insya-Allah tidak lama lagi.Yang penting ikhlas.Dan berdoalah kepada Allah.

Dan sekali lagi diulang kepada sesiapa yang masih tidak faham :

1) Ini bukan Penulisan Politik.

2) Jangan Loyar Buruk dalam menafsirkan Penulisan ini.

3) Jika salah,sila betulkan.Jika terkasar bahasa,sila maafkan.Tetapi,saya peliklah,bila orang yang tulis Penulisan macam ini,selalu sahaja orang tidak berpuas hati.Tetapi,bila orang tulis blog lawak-lucah-bola-dada-segala,kita tak marah.Enjoice la katakan.Malah,budak Perempuan pon turut join kat blog-blog lucah ni Tuan-Tuan.Aish.Tengok-tengokla sikit anak-anak dara anda semua.Rosak sungguh masyarakat kita.


Stop living a dream,wake up already!

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kadang-kadang,bila kita hidup dalam dunia kita sahaja,kita tidak tahu dunia luar.Jika anda orang yang sebegini,tinjau-tinjaulah ke luar tingkap anda.

P/P/S : Apa guna 'kemajuan' jika akhlak kita semua semakin rosak?Jangan salah tafsir pernyataan ini.Fikir-fikirkanlah.

P/P/P/S : Carilah ilmu,kerana ilmu itu boleh menjadikan kita manusia berguna.Di manakah sumber ilmu sebenar?Islam ada jawapannya.Bukan 'Islam Bulan' mahupun 'Islam Keris',sebaliknya Islam yang sebenar-benarnya.


No comments:

Post a Comment