22.1.11

Realiti Semasa : Porn & Umat Islam (Ketagihan Tersembunyi Yang Membimbangkan)

Perhatian : Penulisan Isu Serius.Hendak dikongsi?Silalah.Amat dialu-alukan.

Perhatian Lagi : Artikel ini banyak menggunakan perkataan yang mungkin dianggap sensitif,vulgar atau lewd oleh sesetengah pihak.But,come on.Pleaselah.Isu serious beb.Apa-apapun,Penulis meminta maaf atas sebarang ketergurisan hati yang mungkin berlaku akibat pembacaan penulisan ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Setiap dari kita,ada rahsia.Mungkin rahsia-rahsia itu berbeza antara satu sama lain.Tetapi,kita semua punya persamaan.Tirai-tirai rahsia kita itu bakal terbongkar juga akhirnya di Hari Pembalasan kelak.

Saya tidak mahu menulis panjang kali ini.

Sekadar mahu menarik perhatian anda berkenaan satu isu yang serius.

Isu yang serius ini bukan sahaja melanda umat dunia (secara umumnya),tetapi juga umat Islam!

Apakah isu serius yang dimaksudkan ini?

Ketagihan Pornografi!

Memalukan untuk dibincangkan (ye ke?),tetapi realitinya,ramai yang telah (dan mungkin sedang) terlibat.

Ironi bukanlah perkataan yang dicari,walaupun ianya boleh digunakan untuk merujuk situasi ini.


Itu keadaan di Negara-Negara Islam (Majoriti Penduduk terdiri daripada Umat Islam).

Malaysia kita yang tercinta yang rakyatnya sopan santun dan berperibadi mulia,bagaimana pula?

Nah.

(Klik gambar untuk besarkan Imej)

Mari saya terangkan gambar di atas secara terperinci (Anda boleh lihat Graf asal tanpa sebarang edit di link ini).

Cuba lihat dekat Graf.

Graf memaparkan perbezaan hasil carian 'Islam' dan 'Porn' untuk rakyat Malaysia sepanjang 2010.

'Porn' berwarna biru,manakala 'Islam' berwarna merah.

Kenapa saya gunakan dua kata kunci ini sahaja?

Sebab saya nak tau berapa ramai orang Malaysia yang majoritinya (sepatutnya) orang Islam berminat dengan dua perkataan ini.

Pada mulanya ingin bersangka baik,dengan menganggarkan sedikit sahaja yang search 'Porn'.

Nampaknya saya salah.Saya terlalu 'naive' (haha,poyo).

Sepanjang 2010,secara keseluruhan,kata carian Islam tidak pernah memotong kata carian Porn.

Lihat bulatan nombor 1 di dalam gambar (ada saya tandakan '1' di tepi bulatan oren).

Paling banyak search perkataan Porn adalah Pahang.NOOOO.Buat malu sungguh.

Dan orang Pahang lagi gemar 'Porn' dari 'Islam'.

Negeri lain pun lebey kurang.Mereka juga lebih gemar 'Porn' dari 'Islam'.

Dan lihat Bulatan nombor 2 (ada saya tanda '2' tepi bulatan).

Boleh disimpulkan orang yang berselera terhadap 'Porn' ini kebanyakannya dari bandar besar.Ada sesuatu kena difikir secara berat di sini.

Mungkin ada yang berkata,eh cuba tengok Batu Pahat,diorang nye minat kat 'Porn' dan 'Islam' sama banyak la (masih lagi berbicara mengenai bulatan '2').

Adakah ini sesuatu yang perlu dibangga? - Tanya saya.

Pada saya,ini hanya menunjukkan betapa kita sudah berjaya melahirkan Generasi Dr. Jekyll and Mr. Hyde (luar nampak baik,tapi dalam kesangapan).

Tengok juga bulatan '3' (ada saya tanda '3' tepi bulatan).

Pengguna yang guna Bahasa Melayulah paling banyak search Porn.

Fikir logik keadaan di Malaysia,siapa lagi yang guna Google versi bahasa Melayu jika tidak orang Melayu?

Bila disebut orang Melayu,majoritinya agama apa?

Jadi,no wonderlah ramai search 'Islam'.Takde apa menarik di situ.

Tapi,yang menariknya,adalah kerana pihak yang guna Google versi Bahasa Melayu inilah yang paling ramai search the 'Porn' keyword.

What a world.

Saya tidak mahu cakap banyak.Anda fikirkanlah sendiri.

Kongsikan penulisan ini dengan semua orang.

Isu Ketagihan Pornografi bukan masalah yang biasa-biasa-aje.Ia masalah serius.Ramai orang terlibat.Mereka memerlukan bantuan (boleh baca di sini Cara Atasi Ketagihan Porn).

Cukup-cukuplah kita menipu diri sendiri.Kepada Ibu Bapa,pantaulah anak-anak anda (dan mungkin juga diri anda sendiri).

Jangan malu,dapatkanlah bantuan (link).


Dan ada satu lagi perkara.

Ini baru 'keyword skema' seperti 'Porn'.Bagaimana dengan 'keyword' yang lain?Astaghfirullah.Bertaubatlah kita.

Ketahuilah,Allah Maha Penerima Taubat.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"
[Az-Zumar : 53-58]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Cadangan Bacaan Tambahan Lain :

- Realiti Semasa : Adakah Benar Mengatasi Ketagihan Pornografi (Kelucahan) Itu Lebih Susah Daripada Mengatasi Ketagihan Dadah/Arak/Rokok? (Ini Bukan Artikel Kelucahan,Tetapi Jangan Baca Jika Tidak Cukup Terbuka)

- Fakta Membimbangkan Tentang Pornografi

P/S : Bukan cuba berlagak hero.

P/P/S : Apa guna berbangga dibina 'Rimba Batu',jika tiada sudah murni di dalam sanubarimu?



2 comments:

  1. google trends itu untuk apa sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. di mana cara mengatasi ketagihan ini, tuan?

    ReplyDelete