19.1.11

Santai : Berdikari,Bersabar,Terleka,Persepsi,Berdoa & Mengharap.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dalam penulisan kali ini,ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh.Dan insya-Allah semuanya akan saya tulis seringkas mungkin.

Tetapi,pertama sekali,saya ingin mengajak anda menonton video di bawah ini.


Di dalam video di atas,banyak pengajaran yang kita boleh dapat.

Yang paling besar,adalah,berdikari.

Cuba bandingkan,orang yang meminta sedekah itu,dengan orang yang membawa auto-taxi itu.

Keduanya adalah orang kurang upaya.

Tetapi,apakah beza kedua-duanya?

Usaha dan berdikari.Atau dalam kata lainnya,EQ dan FQ orang yang memandu itu lebih tinggi dari orang yang meminta sedekah itu.

Inilah yang ramai dalam kalangan kita pada hari ini kurang.

Mungkin akibat sudah terbiasa 'disuap' dari kecil,kita terbawa-bawa 'mentaliti disuap' ini sehingga besar.

Tidak perlu saya ceritakan dengan lebih lanjut maksud 'frasa disuap' di atas.Kita yang berada di Malaysia,terutamanya orang Melayu,faham benar apakah yang saya maksudkan.

Selain itu,Pengajaran lain daripada kisah di atas adalah 'Persepsi'.Kita sebagai manusia,jangan suka 'Berpersepsi' atau dalam kata lain 'Bersangka buruk'.

Islam juga melarang kita bersangka buruk.Anda boleh Google sendiri tentang perkara ini untuk maklumat lanjut.

Sebentar tadi,saya pergi ke kampus.Ingin mencari Pensyarah.Jujur cakap,banyak perkara yang masih belum diselesaikan saya untuk semester ini.Agak tertekan juga kadangkalanya.Tetapi,apa hendak dibuat,hidup di dunia tidak pernah indah.Kita cuma perlu kuatkan usaha dan semangat serta berdoa.

Kembali kepada cerita saya tadi.

Saya menaiki bas dari Asrama ke Stesyen Metro terdekat bersama seorang pelajar dari Negara India.

Sempat berbual ringkas dengannya.

S untuk Saya,B untuk Beliau.

S: "Exam?"

B : "No,I'm going to my workplace".

S : "Where do you work?"

B : "Bla bla bla Russian Medicines Company bla bla bla (Oleh kerana slang Beliau yang amat pekat,saya tidak dapat menangkap apakah yang Beliau katakan.Tetapi,oleh kerana saya tidak mahu melukakan hati Beliau,jadi saya stay cool dan buat-buat faham sahajalah.Tapi,yang penting,saya dapat mesej utama Beliau - Medicines Company.Haha).

S : So,you guys,I mean you guys from India,dont get any scholarship or financial help?From your government?

B : Nope.There's no scholarship from India for students that are going to Russia.

S: Oo,so what medium are you using there while working?Russian or English?

B : Russian.

Perbualan disambung lagi,tetapi saya malas hendak tulis.

Banyak pengajaran dan Moral yang saya dapat dari dialog di atas.

Yang paling utama,adalah betapa berbezanya soft skill dan independency antara golongan yang disuap dengan golongan yang berdikari.

Pelajar-pelajar yang disuap (kebanyakannya,bukan semua),lemah soft skill.Kurang berdikari,tidak mampu berfikir secara kritis apabila dilontarkan sesuatu masalah yang luar biasa.

Sementara pelajar yang berdikari,well,anda dapat lihat sendiri contoh yang saya berikan di atas.

Itulah yang kurangnya kita pada hari ini.

Kita kurang sifat berdikari.Hendak tanya soalan dekat depan khalayak pun tidak berani.

Betul,serious cakap.Cuba lihat keadaan sekeliling,dan diri sendiri.

Kalau ikutkan hati,memang boleh saya ulas isu ini dengan lanjut.Tetapi,bimbang apabila terlampau lanjut diulas,ulasan itu bertukar menjadi emosi.

So,saya biarkan anda dengan ulasan yang sedikit sahaja di atas.Bandingkan juga dengan Pelajar kita di Universiti Tempatan.Bandingkan juga antara Pelajar kaum A dengan kaum B dan C.


Ini bukan penulisan perkauman.Tetapi,sekadar penulisan yang menyeru anda untuk berfikir.

Adakah kita ini terlalu lemah?

Persoalan diberi lagi oleh saya.

Jawapannya,tidak.

Tetapi,mungkin akibat terlalu selesa,kita menjadi seakan-akan lemah.

Apakah yang perlu dibuat?

Entah,anda fikirkanlah sendiri.

Hidup jangan semua benda hendak diberi jawapan.Kadangkala,cabaran perlu dilalui seseorang untuk menghasilkan diri yang cemerlang.

Jangan menjadi orang yang asyik bertanya,sebaliknya jadilah orang yang ditanya.

Jangan asyik menjadi orang yang menunggu,sebaliknya jadilah orang yang ditunggu dan mencari.

Anda faham?

Islam tidak pernah mengajar Umatnya menjadi golongan yang berputus asa.

Banyak kisah motivasi sebenarnya dalam Al-Quran.Tetapi,adakah kita tahu?

Tentulah tidak.

Kenapa?

Kerana kita tidak pernah ambil tahu.

Ya,itu dia.Satu lagi ciri-ciri orang yang sentiasa 'selesa' di dalam zon 'suapan'.

Islam juga memberi Solusi kepada Umatnya agar tidak berputus asa.

Apakah ia Solusi itu?

Berdoa.

Ketahuilah kita,doa itu kekuatan dan senjata yang paling hebat bagi seorang Mukmin.Ianya hanya dapat dicapai melalui adanya Iman.

Cuba baca Surah Saad.

Di dalamnya,banyak kisah-kisah Nabi-Nabi terdahulu yang dilanda musibah,dan mereka meminta kepada Allah SWT agar dibantu.

Mereka juga berdoa dengan yakin.

Akhir sekali dari saya,janganlah kita asyik menunggu bantuan orang lain.Bantulah diri kita.Ini kerana orang yang asyik berbalah-balah menyalahkan orang lain tidak akan ke mana-mana.Mereka tetap di tahap itu juga.Sebaliknya jika kita bertindak membantu diri sendiri dan memulakan langkah,insya-Allah kita akan bergerak dengan lebih jauh.

Ini boleh diaplikasikan ke dalam semua keadaan.

Dalam perubahan diri pun sama.Orang yang asyik mengeluh tentang imannya yang lemah tanpa mengambil langkah memperkasakan imannya,tetap tidak akan ke mana-mana.Sehingga pada satu tahap apabila dia tersedar,dia sudah meninggal dunia.

Tidakkah rugi kalau kita berada dalam keadaan sedemikian?

Itu sahaja dari saya untuk kali ini.Sesungguhnya saya menulis ini sebagai peringatan kepada diri sendiri,dan juga supaya menjadi peringatan kepada sesiapa yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.

Ingat,masa tidak menunggu kita.Manusia itu dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta menghargai masa.

(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam". [38:32]

Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang). [38:43]

Semoga bermanfaat.

Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semua orang boleh menjadi Pelajar Cemerlang,tetapi berapa ramai orang yang boleh menjadi orang yang cemerlang?Baik di dunia dan juga di akhirat?

P/P/S : Oh ya,ini bukan bermaksud kita yang senang tidak perlu membantu golongan yang susah.Tapi,golongan yang susah pula,tidak boleh sekadar mengharap bantuan orang lain.Kita tahu ability kita sendiri.Anda fikir-fikirkanlah sendiri.

P/P/P/S : Orang kita kata,"Yalah,kubur nanti duduk sorang-sorang.So,pandai-pandailah jaga diri sendiri".


3 comments:

  1. 'P/P/P/S : Orang kita kata,"Yalah,kubur nanti duduk sorang-sorang.So,pandai-pandailah jaga diri sendiri".'...ini adalah satu ayat yg biasa digunakan orang2 yang tak nak mengaku salah dan melepaskan diri...jadinya apa maknanya saudara seislam untuk saling ingat mengingati??? just my concern...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam.. pengajaran yang sangat2 bagus
    utuk yang celik mata, cukup sihat walafiat
    dan kurang upaya..

    pembawa auto itu lebih mulia
    dari peminta dan pemberi..
    pemberi mulia sifatnya semasa memberi
    tetapi buruk lakunya semasa menyuruh
    si auto itu menukar wang kecil..

    Dalam cerita ini kesungguhan
    yg bisa merubah hidup seseorang
    seperti pembawa auto itu... =)

    ReplyDelete