21.1.11

Tanya Diri : Bersyukurkah Kita?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sedang kita mengunyah gelojoh,
Masih ada yang kebuluran (Link)

Sedang kita bergelak ketawa,
Masih ada yang menangis (Link)

Sedang kita memilih baju untuk dibeli,
Masih ada yang tidak berbaju (Link)

Sedang kita merungut penat ke sekolah,
Masih ada yang tidak pergi ke sekolah (Link)

Sedang kita marahkan Ibu Bapa kita,
Ada yang menangisi pemergian Ibu Bapa mereka (Link)

Sedang kita merungut Negara kita bosan,
Masih ada yang tidak bernegara (Link)

Sedang kita bergaduh mulut,
Ramai yang mati terkorban seperti katak akibat mulut orang lain (Link)

Sedang kita merungut anak kita nakal,
Ada anak orang lain yang tidak bernasib baik (Link)

Banyak lagi 'Sedang' yang boleh ditulis,
Tetapi untuk apa jika hati kita masih buta?

Sedarlah,
Tanyalah diri kita,

Adakah kita ini,
Dari golongan yang bersyukur?

Janganlah terus buta dengan selesa ini,
Keluarlah dari kelambu suteramu,

Wahai Manusia.



Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment