15.1.11

Teknoloji : Perkongsian Kartun-Kartun Islamik Dari Youtube.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Baru sebentar tadi,kawan saya LahAzri mengongsikan di Twitternya satu link untuk video Youtube.

Link itu adalah link untuk sebuah filem pendek kartun Islamik.Amat menarik sekali isi dan kandungannya.

Oleh kerana video itu menarik,dan saya turut menjumpai beberapa video kartun Islamik lain lagi di situ,jadi saya ingin berkongsikannya di sini.

Selamat Menonton!

ProductiveMuslim Productivity Tips - Animation



Info tentang Video : Menceritakan tentang hidup seorang Muslim yang produktif dalam seharian.Satu video yang amat bermanfaat!

Anda boleh membaca penulisan ini sebagai bacaan tambahan.

ShowOff - Pray and do good deed only for Allah



Info tentang Video : Video ini agak lawak.Saya sudah pernah mendengar kisah ini sebenarnya.Kisah tentang seorang Pemuda yang sembahyang banyak,mengaji Al-Quran banyak etc etc.Tapi semuanya dilakukan sebab riak.Last-last,masa orang tengah puji dia masa dia tengah sembahyang,dia terkantoi sampuk sekali orang tu cakap.Kesimpulannya untuk kita?Janganlah riak.Ikhlaskan hati.

How to be a productive muslim



Info tentang Video : Ini sama dengan video pertama di atas.Cuma agak detail.

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [17:79]

A Short Islamic Cartoon About Marriage (Homemade MS Paint Animation)



Info tentang Video : Ini cerita tentang menjauhi zina.Kesimpulan dari video ini yang saya dapat (yang sebenarnya kita semua sudah tahu,tetapi kita lupa) adalah sebaik mana pun dua orang lelaki dan perempuan itu,jika mereka bersendirian pasti ada 'Pihak Ketiga' yang bersama mereka.Siapakah 'Pihak Ketiga' itu?Syaitan!

Sudah tonton?

Menarik,bukan?

Banyak lagi video menarik,anda carilah sendiri di Youtube.

Ada banyak pengajaran saya dapat dari Penerbitan video-video seperti ini.

Antaranya,

1) Kalau kita ada bakat,gunakanlah ia untuk menyeru orang ke jalan Allah.

2) Jangan riak.

3) Internet ini seperti pisau,jika kita gunakannya ke arah kebaikan,baiklah ia.Jika kita gunakan untuk kejahatan,celakalah kita.

4) Kan bagus kalau banyak rancangan seperti ini di Televisyen kita?

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada tak kartun macam ini versi Bahasa Melayu?Jika ada,sila kongsikan bersama saya di bawah ini.


4 comments:

  1. kepada semua pembaca
    ada tambahan video di sini

    http://www.youtube.com/watch?v=qILI3ZsJFlU

    tngok la
    bahasa melayu
    nice

    ReplyDelete