12.1.11

Teknoloji : Tutorial Memuat-Turun Perisian (Download Software) Hadis Sahih Bukhari,Muslim,Malik & Daud.

Perhatian : Penulisan ini sepatutnya diterbitkan tiga jam yang lepas,tetapi oleh kerana beberapa masalah teknikal yang melanda komputer saya,ianya lewat diterbitkan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,hari ini banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup saya.Semoga perkara-perkara ini tidak melalaikan saya dari mengingati Allah SWT.

Sama juga dengan anda-anda yang lain yang sedang membaca penulisan ini,semoga rezeki,kenaikan pangkat atau apa sahaja yang dikurniakan kepada anda oleh Allah SWT tidak menjadikan anda seorang hamba yang lupa kepada-Nya.Malah marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur dengan setiap pemberian yang dikurniakan oleh-Nya kepada kita.

Apa-apapun,kembali lagi kita dalam Siri Teknoloji di Pena Maya.

Dalam Siri kali ini,saya ingin berkongsikan anda satu link yang membolehkan anda memuat-turun (download) satu Software yang mengumpulkan koleksi Hadis-Hadis Sahih dalam Bahasa Inggeris.

"Ala,Bahasa Inggeris je ke yang ada?",tanya anda.

"Aah,so far saya jumpa dalam English sahaja,jika anda tahu ada Software sebegini dalam Bahasa Melayu,roger saya di bahagian komen di bawah",terang saya ringkas,melegakan kerunsingan yang membuntukan anda semua.

Apakah Software yang dimaksudkan ini?

Di bawah ini diceritakan secara ringkas sedikit maklumat tentang Perisian Ilmu ini.

Penerangan Tentang Perisian Ilmu Ini :

1) Dihasilkan oleh laman web ImaanStar.Com.

2) ImaanStar.Com ini telah menghasilkan beberapa Perisian Ilmu Islamik lain lagi.Antaranya,Quran Flash dan sebagainya yang anda boleh download secara terus dari laman web mereka.

3) Siapa di belakang ImaanStar.Com ini?Jika tidak silap saya,mereka ini adalah Pelajar-Pelajar yang menganggotai Muslim Students Association University of Southern California.Ini jika tidak silap saya.Tak tahulah betul atau tidak.Jadi,Insya-Allah maklumat yang ada dalam Software ini nanti boleh dipercayai.

4) Tetapi,saya minta kerjasama anda untuk tengok-tengoklah jugak kalau ada sebarang kesilapan.Tapi,insya-Allah semua betul.

"Lu bebel panjang lah brother",sound anda kepada saya.

Okay,tanpa membuang masa lagi,saya tunjukkan cara bagaimana hendak muat-turun Perisian ini.

Langkah Memuat-Turun Perisian Ilmu Ini :

1) First of all,sila pergi ke link ini.

(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

2) Sudah pergi ke link di atas?Klik pada Tulisan Biru 'Download' di bawah gambar di situ (Sila rujuk gambar di atas jika masih tidak mendapat gambarannya).

3) Kemudian,apa yang perlu dilakukan?Anda save file itu ke dalam komputer anda di mana-mana location.

4) Anda akan dapat satu file berformat .exe.Runkan sahaja file itu.Dan follow sahaja instructions di situ.Jika tidak mahu pening kepala,tekan sahaja butang 'next' bagi setiap pertanyaan.

5) Sudah?Senang bukan?Ucapkan Alhamdulillah.Then,enjoice la lepas tu dengan ilmu ini!Apa lagi yang ditunggu?

Di bawah ini merupakan gambar yang menunjukkan bagaimana Software itu berfungsi.

(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

6) Oleh kerana saya tahu,ramai yang membaca blog saya ini sudah berusia lebih kurang sama baya dengan Ibu Bapa saya (hehe),so,jika anda ada masalah hendak download Software ini,jangan malu jangan segan,boleh tanya saya di ruangan komen di bawah ini.Atau jika anda still malu,boleh hubungi saya melalui e-mail saya.Saya akan guide anda 'baik punya' sampai anda berjaya install Software ini.

7) Tetapi,make sure anda betul-betul tidak reti.Jangan buat-buat tidak reti.Okay?

Itu sahaja.Semoga bermanfaat.

Banyak Hadis kita boleh baca melalui Software ini ketika masa lapang.Saya tidak mahu tulis panjang-panjang.Anda download sahaja,kelak pasti anda akan menyedari manfaat-manfaat dari Software ini.Dengan bersaiz 7 Mb sahaja,banyak ilmu yang anda boleh perolehi dan (mungkin) sebarkan kepada orang lain,insya-Allah.

Itu sahaja untuk kali ini.Jika ada kesilapan dalam tutur kata,minta maafkan.Jika ada kesilapan dalam penulisan,harap betulkan.Ambil jernih,buang keruh.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


6 comments:

  1. ok, thanks a lot..
    perisian kutub tis'ah (himpunan 9 kitab2 hadis muktabar) terjemahan indonesia ada dijual.
    sapa yang nak boleh cari..

    ReplyDelete
  2. Saya bagi link download... software ini sudah saya jadikan ianya sebagai portable...

    saya sudah beli yg original perisian kutub tis'ah (himpunan 9 kitab2 hadis muktabar) terjemahan indonesia ini,

    dan saya juga sudah update versi software ini kerana versi yg sebelumnya sudah expired..


    ini linknya Download:

    http://www.mediafire.com/?ddp5i2sv1o1k7mu

    http://www.fileserve.com/file/mCTuAqN

    http://www.megaupload.com/?d=9XP8QY35

    http://www.multiupload.com/KOS46ERV90

    http://www.filesonic.com/file/933995334/Sunan_Tis'ah_-_Hadist_9_Imam_&_Terjemahan_-_Portable_v1.2.0.0_[Password_is_admin].exe


    Password utk extract : admin
    Double click kt file tu atau guna 7zip utk extract..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum anon.
    Trima kseh bnyk2. Jzkk

    ReplyDelete
  4. anon saya akan cuba download software yang anda sharekan ni sedikit masa lagi.

    dan bila dah download,iA saya akan share dalam artikel akan datang

    thanks again.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Saya ada try buka link2 download perisian kutub tis'ah (himpunan 9 kitab2 hadis muktabar) terjemahan indonesia tu...tapi dah tak boleh buka..
    boleh tak ustaz tolong cuba selesaikan masalah ni, sbb saya yakin di luar sana pun ramai yang berminat dengan perisian ni...
    terima kasih ustaz..

    ReplyDelete
  6. Walaikumsalam Anon.

    yang link kutub tis'ah dalam komen2 kat atas ni,saya tiada software tu...

    maaf.yang kongsikan link2 tu pembaca di blog saya juga..

    tapi tengoklah,kalau saya ada masa nanti,saya tengok2kan kalau ada link yang boleh didownload
    okay?

    maaf tau.
    assalamualaikum.

    p/s :saya bukan ustaz.hamba Allah biasa sama macam anda.

    dan oh ya

    kalau nak tanye saudara hamba ilahi kat atas tu (komen pertama) boleh jugak..

    http://www.blogger.com/profile/10648011043464870879

    dia cakap dia ada .

    ReplyDelete