12.1.11

Tiga Peringatan Untuk Pagi Ini : Masa,Sekecil-Kecil & Mengumpat.

Perhatian : Penulisan ditujukan kepada diri sendiri dan orang-orang yang ingin mengambil pengajaran daripadanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pagi ini saya pergi ke kampus kerana ada perjumpaan dengan Pensyarah saya sebelum peperiksaan esok.

Oleh kerana perjumpaan itu tamat awal,dan saya sampai ke rumah juga pada waktu yang masih awal,jadi ada beberapa perkara hendak dicatatkan di sini.

Masa

Semua orang pernah mendengar Surah Al-Asr,salah satu Surah yang paling terkenal dari kitab Al-Quran.

Hampir semua orang tahu mengenainya kerana kerap dibacakan Surah ini dan disampaikan kepentingan menghargai masa.

Tetapi,berapa ramai dari kita yang selalu menghargai dan menjaga masa?

Menjaga masa yang dimaksudkan di sini bukan menjaga masa sekadar untuk melakukan persiapan menjelang Peperiksaan di dunia dan sebagainya,sebaliknya menjaga dan menghargai masa sebaik-baiknya dengan melakukan persiapan untuk menghadapi Hari Akhirat,satu hari yang amat pasti akan berlaku.

Tanya diri kita,adakah kita orang yang menghargai masa?Apakah perlakuan seharian kita mencerminkan bahawa kita ini menghargai masa?Adakah kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT?Atau semakin hari kita semakin jauh daripada-Nya?

Sekecil-Kecil

Kita tahu di Hari Akhirat kelak semua perbuatan baik yang besar ataupun kecil akan dihisab.Malah,perkara yang amat kecil juga turut dihisab dan dicatat dalam Buku Amalan kita.

Tetapi,kenapa kita masih melakukan perkara-perkara Mungkar walaupun setelah mengetahui hakikat ini?

Pada saya,ada masalah yang melanda Hati kita.Mohonlah kepada Allah SWT agar diberikan kepada kita Hidayah dan kekuatan untuk beribadah kepada-Nya.

Janganlah kita terus-menerus melakukan perkara yang nampak kecil,tetapi boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita ini.Perkara besar apatah lagi.Jangan dibuat langsung.

Apakah contoh perkara yang kelihatan kecil tetapi boleh mendatangkan mudarat ini?

- Selalu lewat dalam berjanji.
- Membuang sampah merata-rata.
- Pengotor,kerana fizikal yang kotor membawa kepada hati yang kotor.
- Dan lain-lain.

Kita sebagai umat Islam kena sedar bahawa kita ini mestilah menjadi role-model terbaik kepada orang yang masih belum memeluk Islam.Usah bercerita tentang Islam jika rumah/bilik kita seperti tongkang-pecah kekotorannya.

Do you get the idea?

Mengumpat

Yang ini pun sama.

Semua orang tahu bahawa Mengumpat itu dosa besar.Sama seperti memakan daging saudara sendiri.

Ironinya,ramai daripada orang-orang yang tahu ini,suka mengumpat,mencela dan memfitnah.Termasuk saya.

Saya tidak mahu mengulas panjang.

Cukuplah sekadar mahu anda ajukan Soalan ini kepada diri sendiri,

"Adakah kau mahu menjadi orang yang rugi?Yang sekadar mengetahui,tetapi tidak melaksanakan?Adakah kau ingin menjadi Munafik yang Hipokrit lagi Talam Dua Muka?Di depan berlakon baik,di belakang mencela-hina?

Bersabarlah,jika terasa ingin mengumpat,beristighfarlah.Renunglah kesilapan diri sendiri sebelum mengumpat tentang orang lain.

Sekian untuk kali ini.

Jika ada salah silap,sila betulkan dan minta maafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Allah Maha Melihat.


No comments:

Post a Comment