13.2.11

365 (Apakah Kita Masih Punya Masa?)


UPDATE BARU : Aiseh man,domain itu telah disuspended kerana katanya ada violation of terms by user (saya la tu)..Macam-macamlah diorang ni...Takpe,saya try contact support help..Haish..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya telah membuat sesuatu perkara di luar jangkaan.

Membeli 'domain'.

Pada mulanya,hati berkata,'Oh no,membazir'.

Rupa-rupanya,tidak.Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Jadi,saya telah menggunakan domain itu untuk membuat satu website lain.

Laman yang bernama 365.

URLnya?

Tiganama.com (Gabungan bunyi bagi huruf Tiga Enam Lima).

Kenapa 365?

Kronologi mudahnya begini :

365 - Hari Dalam Setahun - Masa - Hidup Manusia Yang Singkat - Kiamat - Purata Hidup Kebanyakan Manusia Hanya 70 (Jika Diizinkan Allah SWT) - Dalam Hidup Hanya Beberapa Tahun Sahaja Kita Tempuhi - Semua Manusia Sentiasa Rugi Kecuali Yang Beriman - Ditolak & Ditambah Akan Membawa Kita Kepada 365 Yang Seterusnya - Kiamat - Masa Kita Memang Sedikit.

Faham?

Tidak faham,tidak mengapa.

Ambil masa anda.

Apa-apapun,alang-alang sudah terbeli domain itu,jadi saya akan menggunakannya untuk menulis di situ.

Tetapi,penulisan di situ,mungkin akan berbeza sedikit genrenya dengan penulisan di sini.

Akan tetap menulis di sini.

Cuma,dalam masa terdekat ini akan lebih banyak meluangkan masa di sana.

Kenapa?

Biasalah.Rumah baru,mestilah 'syok'.

Mungkin juga akan ada forum yang akan dibuat dengan domain itu.

Tetapi,itu perancangan manusia.Mungkin jadi,mungkin tidak.

Doakan sahaja.

Dan seperti biasa,penulisan akan berbentuk peringatan kepada diri sendiri,yang sering terleka.

Tempoh domain yang dibeli?

Setahun.

Atau dalam kata lain,365 hari.

Jika ada rezeki lebih,dan umur yang panjang,tahun hadapan insya-Allah akan dipanjangkan tempoh domain itu.

Jika tidak,tidak mengapa.

Yang pentingnya,kita amalkan.

Bukan sekadar bicara dan penulisan.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment