5.2.11

Cakap Memang Senang.Semua Orang Boleh Bercakap.Tetapi Berapa Ramai Yang Mampu Merealisasikan Cakap-Cakap Itu Ke Dalam Perbuatan Seharian?Percayalah,Tanpa Iman Dan Keinginan Di Dada,Cakap Akan Terus Kekal Menjadi Cakap.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

cakap
memang senang

sekali lagi
mari kita ulang

cakap
memang senang

mungkin tidak berlebihan jika dikatakan
cakap merupakan benda paling senang dilakukan dalam dunia

semua orang boleh bercakap
semua orang boleh bercerita

tetapi
berapa ramai yang memahami dan menghayati?

ramai orang bercerita tentang Islam
ramai juga bercerita tentang menderma

tetapi berapa ramai yang menjadi Muslim Sejati?
berapa ramai yang menderma?

baik sangka
tidaklah semudah namanya

kadangkala yang sedang berkata ini pun
turut gagal dalam berbaik sangka

mungkin kelihatan seperti tidak tahu malu
tetapi tidak mengapa

izinkan saya
mahu petik status twitter sendiri

"bila kita memberi,hati menjadi tenang dan gembira.bila kita kedekut,sendiri jadi susah dan gusar.jadi,kesimpulannya,memberilah kita.hop hop"

ramai dari kita bercerita tentang menderma dan memberi
tetapi tidak ramai yang memberi

malah makin ramai yang menghitung harta
untuk disimpan diri sendiri

tamak
itu bukan perkataan yang dicari

khayal,leka dan lalai?
boleh jadi salah satu di antaranya

ketahuilah kita
dan percayalah

selagi tiada iman dan keinginan di dada
cita-cita akan tetap menjadi cita-cita

impian akan kekal menjadi impian
dan cakap?

ianya tetap
selamanya menjadi cakap


"Baginda SAW bersabda : Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Pejuang Cinta berkata kepada saya,"Keinginan?Tanpa tindakan susulan,ianya tidak berguna".


1 comment: