21.2.11

Dua Video Pilihan Malam Ini : Waking The Lazy Muslims/Who Are The People Of Taqwa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini,Alhamdulillah,saya berkesempatan menonton dua buah video.

Dua buah video yang agak panjang,tapi banyak ilmu yang saya dapat.

Perkara-perkara yang selama ini tidak pernah saya tahu.

Dan saya juga percaya,ramai di antara anda juga tidak tahu perkara ini sebelum ini.

Tahukah anda tentang Cape Malay?

Tahukah anda siapakah yang membawa Islam ke Afrika Selatan?

Tahukah anda siapakah "People Of Taqwa"?

Tahukah anda tentang Timbuktu?

Tahukah anda di tengah-tengah pedalaman Mali ada wujud Universiti Islam?

Tahukah anda ramai di antara orang Islam dahulu menghadapi penentangan yang hebat dalam mempertahankan akidah mereka?

Dan tidakkah anda pernah terfikir yang kita ini mengambil mudah terhadap Islam (dan mungkin juga perkara-perkara lain)?

SubhanAllah.Segala puji bagi Allah yang dengan izin-Nya telah membolehkan saya mendapat sedikit ilmu malam ini.

Seakan-akan satu kebetulan,kedua-dua video yang saya tonton ini kelihatan seperti berkait rapat topik yang disampaikan di dalamnya.SubhanAllah.


Sukacita saya ingin berkongsikan kedua-dua video itu di sini pada malam ini.

Waking The Lazy Muslims.



Who Are The People Of Taqwa?


Kepada anda yang berada di luar negara,adalah amat dicadangkan anda menonton kedua-dua video di atas ini.

Bukannya lama sangat.

Tidak sampai 1 Jam pun masa yang diambil untuk menghabiskan sebuah video.1 Jam itu sebenarnya sekejap sahaja.Cuba perhatikan hidup anda sebagai contoh.Tup-tap-tup-tap borak-borak chatting sudah habis sejam.Rugilah kita jika tidak memanfaatkan nikmat waktu lapang ini sebaiknya.

Saya sebenarnya mahu menulis tentang perkara-perkara yang disebutkan di atas ini tadi.

Tapi,saya rasa,perlukan sedikit masa untuk membuat research lanjutan berkenaan perkara ini.

Saya sudah baca beberapa artikel,tapi perlukan masa untuk menghuraikannya ke dalam bentuk penulisan.

Itu sahaja saya rasa untuk kali ini.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya ingin berkongsikan satu quote yang berbunyi (setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu),

"Kajian telah dijalankan dan didapati sebahagian besar jumlah umat Islam pada hari ini terdiri daripada golongan bawah 25 tahun (Golongan Muda).

Dan jika kita kumpulkan umat Islam,kita akan dapati bahawa kebanyakannya berumur di bawah 25 tahun.

Tapi cuba lihat Masjid-Masjid kita pada hari ini,siapa yang memenuhinya?

Kita mesti membantu Generasi Muda ini.Selamatkan mereka."
[Abdullah Hakim Quick]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga Allah SWT menetapkan hati kita,dan melindungi kita semua dari perasaan riak.Semoga kekal ikhlas.Amin.

P/P/S : Jika ada salah silap,sila betulkan.


2 comments: