8.2.11

Ikhlas.Persepsi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

hidup
takkan nikmat jika duit yang kita cari

hidup
takkan bahagia jika popular yang kita cari

hidup
takkan tenang jika pandangan orang yang kita fikir

amal ibadat?
juga sama

takkan kekal momentumnya
jika dilakukan kerana orang lain

takkan kekal momentumnya
jika dibuat kerana hendak orang nampak

takkan kekal momentumnya
jika tidak ikhlas

kenapa engkau menulis?
tanyakan kepada diri sendiri

jawablah
dan tetapkanlah niatmu

saya menulis
kerana Allah SWT (insya-Allah)

saya menulis
kerana saya minat menulis

saya menulis
kerana saya perlu menulis

banyak manfaatnya
untuk diri sendiri

jika yang lain-lain mendapat manfaat
bagus Alhamdulillah

jangan sesekali riak
kerana riak itu penghapus amal

sekali lagi
mari kita ulang dan sematkannya di dalam dada

jangan sesekali kita riak
kerana riak itu penghapus amal

kepada yang membaca
ingatlah saya ini juga manusia biasa

jika ada salah silap
sila betulkan

hidup
jangan mudah buruk sangka

jika tiada yang bagus hendak diucap
kita diam sahaja

jika tidak tahu keadaan orang itu bagaimana
jangan cepat buat kesimpulan

jangan sesekali kita
memandang rendah dan mudah kehidupan orang lain

yang paling penting
carilah redha Ilahi semata
.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Allah SWT Maha Mengetahui apakah yang ada di dalam dada setiap hamba-Nya.


4 comments:

  1. Maha suci Allah... dengan segala ksih syg yg dicurahkan pada setiap hamba-Nya..

    ReplyDelete
  2. Syukran atas post ini.
    Membuka mata. Perlu sentiasa betulkan niat.
    Kita semua sama. Semua manusia biasa.
    Yang punya hati yang sangat mudah berbolak-balik.
    Maaf andai kata-kata saya dahulu pernah menyinggung. Harap saudara tidak berhenti menulis.
    Insha Allah, usahamu itu yang Allah lihat.
    Jangan putus asa.

    Yang juga menulis demi redha-Nya,
    Saya yang pernah bertanya.

    ReplyDelete
  3. salam 1 dunia..tq info yang bagus..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.
    tapi assalamualaikum itu lebih baik untuk kita.

    ReplyDelete