27.2.11

Interlude (Adakah Untuk Mengetahui Sesuatu Itu Haram,Kita Perlu Merasainya Dahulu?Adakah Untuk Mengetahui Bahawa Dadah Itu Merbahaya,Kita Perlu Menjadi Seorang Penagih Dadah Dahulu?).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad.

Alhamdulillah,masih hidup.Semoga hari ini,lebih baik daripada semalam.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T." [Link]

Ahad.Apakah yang terlintas dalam kepala kebanyakan kita bila menyebut tentang Ahad?

Tentunya satu hari untuk berehat dan bermalas-malasan bukan?

Tahukah anda kenapa Hari Ahad dijadikan Hari Berehat?

Tahukah anda sejarah tentang perkara ini (Ahad menjadi Hari Cuti)?

Anda kajilah,dan tanyalah kepada sesiapa yang tahu.

Tapi,itu bukan main point penulisan kali ini.

Ini merupakan Interlude ketiga dalam Siri Isolusi.

Dalam Interlude kali ini,saya ingin menulis beberapa perkara.Beberapa perkara yang kebanyakannya berbentuk Persoalan.Untuk sama-sama kita fikirkan.

Apakah Siri Isolusi?Bagi anda yang belum membaca Siri Isolusi,di bawah ini saya sertakan kronologi Siri ini (yang telah ditulis setakat ini).

- Siri Isolusi 1 : Hanya Dengan Sikap Serius Sahaja,Kita Boleh Berjaya (Samada Di Dunia Atau Akhirat).

- Interlude.

- Siri Isolusi 1,5 : Penulisan Mesti Baca Bagi Setiap Orang Islam Yang Memahami Bahasa Melayu.

- Interlude (Lagi).

- Siri Isolusi 2 : Mansa Musa (Dan Kisah Perjalanannya Menunaikan Haji Ke Mekah).

Tahukah anda,sebenarnya masa kita amat sedikit untuk dibazirkan?

Saya sebenarnya,kalau ikutkan hati,mahu sahaja saya tidur sekarang ini.Haha.Tidak tipu.

Tapi saya fikir,saya tidak boleh tidur.Kerana terlalu banyak tanggungjawab untuk dilaksanakan.

Kita tiada masa berehat,jika kita sedar betapa banyak tugasan yang perlu dilaksanakan untuk Islam.

Kalau saya tidur,banyak masa saya akan terbazir (ini saya maksudkan tidur petang membuta tiga empat jam di siang hari,bukan tidur malam yang fitrah itu).

Terlalu banyak berehat,hanya membawa kerugian kepada kita.

Dunia bukan tempat berehat,Syurga itulah tempat berehat.

Jadi,jika Dunia bukan tempat berehat,apakah Dunia itu?

Dunia tempat beribadat kepada Allah SWT dan mencari keredhaan-Nya.

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?
[45:30-31]

Tapi,hari ini,ramai dari kita (termasuk saya),lupa akan hakikat ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kita,untuk mencari kembali kebenaran ini.

Dan adalah menjadi tanggungjawab kita yang mengetahui,untuk menyampaikan perkara ini,dengan cara apa sekalipun.

Kerana,kondisi dunia yang kita dapat lihat pada hari ini,tidak membenarkan kita untuk berehat.Sebaliknya,ianya (keadaan semasa dunia pada hari ini) menuntut kita (umat Islam) untuk bekerja dengan lebih keras lagi untuk menyebarkan kebenaran.

Untuk apakah kita lakukan semua ini?

Untuk mencari keredhaan-Nya semata.Bukan untuk popular,bukan untuk riak,bukan untuk kepentingan diri,bukan supaya orang gantung gambar kita di rumah etc etc.

Ikhlas - itu satu elemen penting.

Dan supaya,kebenaran dapat sampai walau ke ceruk mana sekalipun.

Kaedah dan methodnya?

Ikutilah cara dan contoh yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. [Link]

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [21:107]

Para sahabat pernah bertanyakan kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW.Lalu Aisyah RA menjawab : "Akhlak Rasulullah (SAW) adalah al-Quran". [Link]

Kenapa kita perlu jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh?

Kerana Baginda SAW adalah manusia terbaik.Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.


Tapi sekarang,kita lihat ramai dari kita,hendak memberi pengajaran,tapi dalam cara yang 'agak berbeza'.

Sebelum kita memberi pengajaran,kita perlu tanya diri kita,apakah maksud 'pengajaran' yang kita sebutkan itu?

Apakah untuk memberitahu (dan meyakinkan) masyarakat bahawa Pelacuran itu satu pekerjaan yang Haram,kita perlu melakonkan watak Pelacur yang membuat Seks?Adakah perlu babak itu kita tayangkan di Televisyen di Malam Raya?Adakah itu Pengajaran?Apakah kaitan babak Seks dengan Pengajaran?Saya sehingga hari ini gagal memahami ironi ini.Tentu anda juga sama.

Apa yang haram,tetap haram.

Saya tidak merasakan seseorang itu (terutamanya) Golongan Muda yang menonton Filem Mat Motor untuk insaf selepas tonton filem Mat Motor.

Malah,saya merasakan mereka akan lebih galok (galak/teruja/excited/gumbira/girang) membuat aksi-aksi yang annoying.Malah mungkin lebih terinspirasi selepas menonton Filem Mat Motor (yang kononnya diterbitkan untuk memberi Pengajaran tapi ironinya ditonton oleh Mat-Mat Motor sendiri yang selepas menontonnya semakin galak bermotor).

Ironi,bukan?

Ya,memang ironi.Kerana itulah dunia pada hari ini.Dunia yang ironi itu adalah sifatnya.

Itulah pentingnya Ilmu.

Sesuatu yang banyak dari kita pada hari ini,mengabaikannya.

Dan Sumber Ilmu yang paling besar adalah?

Al-Quran,As-Sunnah.

Kembalilah kita ke pangkal jalan.Jangan terus berada dalam keadaan yang penuh kekusutan dan dilema ini.

"Ala,bro.Susah la".

Jangan kata ianya susah.

Kenapa?

Ini kerana,jika kita benar-benar ingin berubah,pasti Allah SWT akan membantu kita.

Daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan RA,Nabi Muhammad SAW bersabda : "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Tanya diri kita,adakah kita sukar berubah,atau kita tidak mahu berubah?

Janganlah menipu diri kita lagi.Berubahlah.Berubahlah selagi ada nafas.Berubahlah selagi ada masa.Ini kerana,jika sudah mati baru hendak 'berubah',maaf.Sudah terlambat.

Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.Kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (kaum Nabi Hud AS,dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu. [46:26]

Sebagai penutup,saya ulangi sekali lagi,untuk sama-sama kita semua jadikan peringatan,carilah ilmu.Dan amalkanlah ia.Sebelum terlambat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kamera saya rosak.Itu pasal jarang letak gambar sendiri sekarang ini.

P/P/S : Jangan mudah merungut.Doakan saudara-saudara kita di Libya,Yemen etc etc yang sekarang ini sedang bergolak,supaya selamat.Amin.Dah 2000 orang dah mati,tahu tak?

P/P/P/S : Kadang-kadang bila perut kita sentiasa kenyang dan bulat,sukar untuk kita fikirkan tentang orang lain,kan?



No comments:

Post a Comment