26.2.11

Interlude (Lagi).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Maaf,semalam saya tidak dapat menulis sambungan Siri Isolusi (kepada anda yang masih belum membacanya,boleh baca di sini).

Kerana ada beberapa urusan (Peribadi dan Tanggungjawab) yang perlu diselesaikan.

Akibatnya,tidak menulislah saya.

Pagi ini,saya bangun seperti biasa.

Alhamdulillah.

Masih hidup.

Masih diberi peluang.

Peluang untuk apa?

Anda bertanya.

Peluang untuk bertaubat,memperbetulkan kesalahan yang ada.

Kalau diikutkan,pagi ini pun saya tidak berapa rajin hendak menulis.Tetapi,oleh kerana ada kelas dalam masa dua jam lagi,dan untuk mengelakkan saya tidur balik,saya hendak menulis beberapa perkara.

Pernahkah anda terasa lost?

Tentu pernah.

Tahukah anda perasaan selepas kita membuat suatu perkara yang salah (dosa)?

Mesti rasa bersalah bukan?

Masih tidak faham.

Begini.

Sebenarnya,bila kita sering membuat dosa,sedikit demi sedikit,hati kita akan menjadi keras.

Keras sehingga sukar lagi untuk kita berubah.Ini pendapat saya.Kalau salah,sila betulkan.

Apa yang hendak saya sampaikan adalah,jika kita ada buat kesalahan (dosa),mintalah ampun dengan Allah SWT.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Az-Zumar : 53]

Bercerita tentang Situasi hari ini,di mana setiap hari kita boleh terjebak dalam dosa dengan begitu mudah sekali,kita sebagai orang beriman PERLU (WAJIB) untuk sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk kembali bertaubat.

Beristighfar - merupakan salah satu cara bertaubat.Ulangi,fahami serta hayati Istighfar itu.Biar feel sampai ke hati.Kerana Istighfar itu sebenarnya adalah ungkapan kita memohon ampun dari Allah SWT.So,takleh buat main-main.

Bercerita tentang "Dosa Mudah" di zaman ini.

Ambil contoh mudah Internet (dan ketika menggunakan komputer).

Setiap hari kita boleh melakukan dosa di Internet.

Menonton perkara-perkara yang haram (aurat wanita/lelaki bukan mahram),membaca perkara-perkara yang tidak bermaruah (fitnah yang rendah mentalitinya,cacian-makian),mendownload Movie secara Haram (agak-agak kita apa hukum download filem cetak rompak?) etc etc etc.

Internet ini suatu nikmat.

Telinga kita suatu nikmat.

Tangan kita suatu nikmat.

Mata kita suatu nikmat.

Dan nikmat-nikmat ini semuanya akan diadili cara penggunaannya di Akhirat kelak.

Persoalannya,adakah kita menggunakan nikmat-nikmat ini dengan baik?

Saya sendiri ada masa tergelincir.

Ya,saya memang hendak berubah.Tapi,admittedly,ada masa saya tergelincir.

Sama seperti anda.

Dahulu saya minat main gitar.Ada masa teringin bermain gitar kembali.Ada masa teringin mendengar Rock-And-Roll kembali.

Tapi,saya fikir,apakah gunanya?

Ini kerana,banyak masa saya dahulunya dihabiskan untuk perkara tidak bermanfaat.

Adakah ini semua akan membantu saya di akhirat kelak?

Sudahlah begitu.

Pop Culture ini semua,hanya membawa kepada satu lagi bentuk Pemujaan.

Seriously tidak tipu.

Pemujaan - Apakah yang didefinisikan oleh kita sebagai Pemujaan?


Itu kita kena fikir betul-betul.

Bagi saya,apabila sudah sehari suntuk mendengar irama nukilan Gallagher Brothers,Charlie Simpson,Thom Yorke etc etc,adakah ini bukan satu lagi bentuk pemujaan?

Allah SWT menjadikan kita tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadat kepada-Nya.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56]

Tapi kita?

Ibadat - apakah definisi ibadat kepada anda?

Salah.

Anda salah.

Kita semua salah,jika kita mendefinisikan Ibadat hanya kepada 'Ritual' di atas Sejadah.

Islam bermaksud kita menyerahkan diri sepenuhnya (Total Submission) kepada Allah SWT,Maha Pencipta yang telah Menciptakan kita.

Segala yang kita lakukan,mestilah diniatkan kerana Allah SWT.

Dan segala yang diniatkan kerana Allah SWT untuk mendapat keredhaan-Nya,itulah Ibadat.

Anda pergi ke kerja,dan anda meniatkan perbuatan anda itu kerana Allah SWT - itu satu ibadat.

Anda belajar - dan anda niat kerana Allah SWT,itu satu ibadat.

Etc etc.

Allah SWT Menciptakan kita.

Dia Maha Mengetahui apa perkara terbaik untuk kita.

Jadi,ikutilah segala yang diperintahkan-Nya.

Dan,tinggalkanlah larangan-Nya.

Adakah anda fikir cukup "Ibadat" kita di atas sejadah selama 25 minit sehari (dengan mengambil purata 5 Minit kita sembahyang waktu setiap kali)?

Adakah anda fikir itu sahaja tujuan kita diciptakan?

Apakah definisi beragama dan Islam bagi kita?

Soalan ini,kita kena fikir sedalam-dalamnya kembali.

Mungkin ada yang merasakan penulisan saya ini 'terlalu berat'.

Pada saya,tidaklah seberat mana.

Filem karya Fantasi Barat lagi berat sebenarnya untuk difikirkan.

Yang saya tulis,adalah perkara Fitrah,yang kita semua sedar dan tahu.

Cuma kita tidak mahu memikirkan tentangnya,kerana terlalu selesa dengan hidup yang kita jalani sekarang ini.

Adakah kita lupa,bahawa saatnya akan tiba ketika kita semua akan diadili di depan Maha Pencipta?

Memang kita lupa.

Itulah pasal kita kena ingatkan diri kita kembali.

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? [Muhammad : 18]

Sedarlah kita.

Dunia ini hanyalah satu permainan.Yang sifatnya sentiasa melekakan.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

Berubahlah.

Berubahlah seberubah-ubahnya.

Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita,melainkan diri kita.

Allah SWT telah banyak kali memberikan kita peringatan dalam Al-Quran.Janganlah kita terus memperbodohkan diri sendiri dengan melupakannya.


Jangan katakan "Ala,susahla brooo".

Jika kita katakan begitu,cuba tanya diri kita,"Adakah ianya susah,atau kita sebenarnya yang tidak mahu berubah?"

Allah SWT akan membantu seseorang itu,jika seseorang itu memang benar-benar hendak berubah.

Insya-Allah,jika kita betul-betul hendak berubah,Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita.

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. [42:20]

Percayalah.

Berdoalah kepada-Nya.

Dan bacalah Al-Quran serta fahaminya.

Kerana Al-Quran itu sememangnya diturunkan untuk dijadikan Panduan oleh kita Manusia.Panduan untuk hidup di dunia ini.Untuk mencari keredhaan-Nya seterusnya mencapai kebahagiaan di Akhirat kelak.

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
[45:20-21]

Itu sahaja.

Saya sekadar menulis untuk mengingatkan diri sendiri,dan orang lain.

Semoga mendapat kebaikan.

Yang penting,carilah ilmu.

Kerana hanya dengan Ilmu,kita dapat memahami kembali apakah itu Islam.

Nak-nak dalam zaman sekarang,lagilah usaha mencari Ilmu itu perlu dilipat-gandakan.


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang-orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang-orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai - dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.” [Riwayat Muslim]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Pemilihan Suasana dan Rakan-Rakan Sebaya juga memainkan peranan penting dalam Proses Perubahan.Berada bersama kawan yang tidak baik,sekejap sahaja kita boleh terleka.Bukan tidak mahu menasihat mereka,tapi apabila sudah dinasihat mereka tidak mahu dengar dan kalau berada bersama mereka akan membawa lebih banyak bahaya kepada diri kita,better jarakkan diri dari mereka.Anda faham?

P/P/S : Jika ada salah silap,sila betulkan.


P/P/P/S : Pergi kelas.Insya-Allah malam karang,atau bila ada waktu lapang dalam waktu terdekat,akan sambung Siri Isolusi.Doakan dipermudahkan.Amin.


No comments:

Post a Comment