7.2.11

Jika Pagi Ini Kita Masih Hidup - Bersyukurlah.Dan Gunakanlah Peluang Yang Ada Ini Dengan Sebaiknya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh) [102:1]

Hari ini 7 Februari.

Esok?

8 Februari.

Apakah beza antara keduanya?

Sebenarnya tiada.

Tetapi (ya ada tetapinya di situ),ada bezanya jika kita menghidupkan hari ini dengan lebih baik,berbanding semalam.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;

"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari hari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT"
[Link]

Sebenarnya,hari ini sangat sekejap tempohnya.

Sama dengan hari semalam.

24 Jam,bukannya lama sangat.

Lupakah kita akan hari-hari di bulan Januari yang lepas?

Di mana ada di antara kita yang berazam untuk berubah?

Lihatlah diri kita pada hari ini.

Adakah masih sama?Atau kita sudah berjaya?

Benarlah Firman Allah SWT,

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Memang benar.

Hanya orang beriman sahaja yang mampu menggunakan masa dengan sebaiknya.

Menggunakannya dalam 'konteks' mencari keredhaan Allah SWT.

Ingatlah,kita hanya mempunyai 24 jam dalam sehari.

Seriously satu waktu yang singkat.

Kenapa?

Ini kerana dunia ini memanglah sangat singkat.Ia tempat kita membuat amal.

Tempat kita diberi peluang.

Tetapi sayang,ramai di antara kita sering leka.Termasuk saya.

Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu). [40:59]

(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). [40:75]

24 Jam - boleh habis begitu sahaja.

Tidak percaya?Mari kita lihat.

Untuk waktu tidur sahaja,kebanyakan dari kita sudah mengambil masa selama 6 Jam.

Tinggal 18 Jam.Mandi-manda dalam sehari,1 Jam (Purata).

Makan-Minum? (2 Jam termasuk waktu berborak santai).

So,tinggal 15 Jam.

Tolak itu dan ini (waktu kerja segala) ada lagi 6 Jam.

6 Jam - nampak seperti banyak,tetapi kenapa setiap hari kita merasakan waktu kita tidak pernah cukup?

Ini kerana 6 Jam itu kita habiskan untuk berhibur.

Menonton drama sahaja sudah 2 Jam.Itu kalau hanya satu drama.

Kalau dua drama?Bagaimana?

Kemudian,Facebook sahaja sudah berapa Jam?

Dan rutin ini berterusan setiap hari.

No wonder kita sentiasa merasakan seperti tiada masa.

Betul.

Cara hidup kita pada zaman ini hanya menyebabkan kita seolah-olah 'tiada masa'.

Amatlah rugi jika kita berterusan seperti ini.

Jadi,apa perlu kita buat?

Anda tentu tahu apa kita perlu buat.

Jika masih tidak tahu,di sini ada cadangan,

"Tujuan utama kita hidup di dunia ini adalah beribadat kepada Allah SWT.Beribadat itu bukan setakat di atas sejadah,tetapi luas konteksnya.

Dan,segala perbuatan kita di dunia akan dihisab kelak.

Adakah anda rasa perbuatan-perbuatan yang kita lakukan sehari-harian ini (hidup berhibur tiada batas) bakal menguntungkan kita?

Jadi,ubahlah cara hidup anda.Kurangkan berhibur.Tingkatkan produktiviti."

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebenarnya,hanya ingin memberitahu bahawa kita hanya mempunyai sedikit waktu.

Jadi,berubahlah.

Kerana,jika sudah 'mati' baru hendak berubah,kita sudah terlambat.Seriously.

Dan peringatan sudah banyak diberikan kepada kita oleh Allah SWT (di dalam Al-Quran).

Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf. [40:58]

Itu sahaja.

Jika ada salah silap,minta betulkan.Jika ada terkasar bahasa,minta maafkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga sentiasa kekal lurus.Amin.


2 comments: