21.2.11

Kenapa Kita Perlu Membaca Dan Memahami Al-Quran? (Satu Penulisan Pendapat Peribadi Berdasarkan Pengalaman Peribadi).

Prenote I : Ketahuilah,semasa kita sedang berehat-rehat ini (dan mungkin sedang saling menyuap Ais Krim ke dalam mulut satu sama lain,haha),ada satu Protest besar-besaran sedang berlaku (ya,ianya adalah ongoing protest) di Benua Afrika dan Timur Tengah.Janganlah kita terus leka.Sila alert.

Prenote II : Saya mahu tulis Penulisan Lanjutan bagi Artikel Semalam sebenarnya,tapi saya rasa perlu tulis perkara ini dahulu.Sebelum saya lupa nanti.Insya-Allah
.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kita manusia,memang secara fitrahnya,adalah makhluk yang suka berfikir.

Tapi,fitrah manusia itu,akalnya terhad.

Ada perkara,gagal dicapai akal kita.

Kerana memang sudah dijadikan Allah SWT keadaan kita begitu.

Itulah sebab,kenapa Allah SWT menurunkan Kitab-Kitab kepada Umat Manusia.

Sebagai petunjuk dan panduan hidup kita di dunia ini.

Agar mencapai keredhaan-Nya lantas mencapai kebahagiaan hidup di akhirat.

Apakah perkara yang akal kita tidak mampu memikirkannya itu?

Banyak.

Amat banyak.

Antaranya,perkara-perkara ghaib.

Tapi,Allah SWT Maha Adil.

Dia telah menurunkan kepada kita Al-Quran.

Yang disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW melalui pengantaraan Malaikat Jibril.

Banyak kali saya berjumpa dengan orang yang bertanyakan saya soalan-soalan yang tidak dapat dicapai akal saya.

Tapi,soalan mereka itu,ada di dalam Al-Quran penjelasannya.

Soalan-soalan mereka itu pelik-pelik kebanyakannya.

Anda tentu pernah berjumpa bukan orang-orang seperti ini?

Jadi,saya secara jujurnya,mengajak secara terbuka semua Umat Manusia (terutamanya Umat Islam),untuk membuka Kitab Al-Quran yang ada dengan anda,dan mula membacanya dan memahami maksud ayat-ayatnya.

Akan datang satu masa ke atas umat itu bila manusia akan membaca al-Quran tetapi tidak melepasi pun kerongkongannya (ke hati). [Hadis riwayat Al-Bukhari]

Atau dalam kata lain,tidak memahaminya.

Sebenarnya,kebanyakan pertanyaan-pertanyaan itu boleh jadi timbul disebabkan bisikan Syaitan.

Ringkasnya,bacalah Tafsir Al-Quran anda.

Seriously,jika anda baca dari awal Tafsir itu,insya-Allah anda akan lebih memahami.Kerana Al-Quran itu sendiri adalah petunjuk.

Jangan malas.

Kita sudah dikurniakan nikmat pandai membaca,nikmat kewangan.

Jadi,gunakanlah ia untuk membeli Tafsir Al-Quran dan membacanya.

Kita tidak boleh mengharapkan semata-mata orang lain untuk membacakan Al-Quran kepada kita sahaja.

Kenapa?

Kerana Al-Quran itu diturunkan untuk semua Umat Manusia.

Bukan hanya kepada sesetengah individu.

Kitalah yang akan rugi jika kita tidak membacanya.

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
[43:36-37]

Dan cuba lihat ayat di bawah ini.

Ada sesuatu sebenarnya yang perlu difikirkan di sini,

Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
[74:30-31]

Kita pada hari ini,seakan-akan lebih percaya kepada Sumber-Sumber Karut (Konspirasi sebagai contoh) dari merujuk Kitab Al-Quran dan As-Sunnah sendiri.

Astaghfirullahalazim.

Kembalilah ke pangkal jalan.

Memanglah boleh kita membaca Konspirasi.Tapi,jangan sampai itu yang menjadi Asas Pemahaman kita.

Saya sendiri secara jujur suka membaca Konspirasi.Tapi,kita kena pandai dalam menapis ilmu itu.Kita kena rujuknya dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Jangan terlalu obses kepada konspirasi.

Saya nasihat ini ikhlas.

Kerana ramai dari dalam kalangan Orang Muda kita pada hari ini,terlibat dalam dilema taksub konspirasi ini.

Jadi,sekali lagi saya ulang,supaya kita semua tidak terus kekal dalam kebingungan,bukalah Tafsir Al-Quran kita.

Fahamilah ayat Al-Quran itu.

Tapi timbul satu masalah.

Akan ada orang yang berkata,"Saya bukan tidak mahu baca,tapi tidak faham".

Memang tidak dinafikan.

Kadangkalanya Tafsiran Al-Quran itu sukar difahami kerana diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia (sebagai contoh).

Jadi,mestilah ada istilah yang kita sukar fahami.

Ada solusi sebenarnya untuk masalah ini.

Tafsir Al-Quran di dalam Bahasa Melayu (Malaysia) bukankah banyak dijual sekarang?

Saya secara peribadi,mengesyorkan anda untuk membeli Tafsir Al-Quran keluaran Yayasan Restu.

Ini kerana,bacaannya mudah difahami.Diterjemah dalam Bahasa Melayu yang santai lagi moden.

Anda boleh membelinya di Kedai-Kedai Buku Islam berdekatan anda,atau melalui online di sini,atau terus pergi ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor (jika tidak silap saya ianya terletak berdekatan dengan Masjid Besar Shah Alam).

Dan saya ada tips.

Tips supaya kita kekal Istiqamah membaca Al-Quran berserta Tafsirnya.


Yalah,kerana amal yang paling disukai Allah SWT adalah amal yang sedikit,tapi konsisten lagi Istiqamah.

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” [Hadis riwayat Bukhari]

Begini,

Ini yang saya lakukanlah.Jadi,saya ingin share.Bukanlah cakap saya ini konsisten sangat.Tapi so far,Alhamdulillah.

Dicadangkan,lepas sembahyang,baca Satu Muka Surat Ayat Al-Quran (Bahasa Arab).Dan di sebelahnya bukankah ada Tafsir?Biasanya mereka cetak side-by-side.Sebelah kanan Ayat Al-Quran,sebelah kiri Tafsir.

Jadi,sebagai permulaan,baca sehari sekali takpe.

Baca satu muka surat lepas sembahyang,berserta satu muka surat Tafsir.

Kira,satu muka surat ayat Al-Quran berserta Tafsirnya.

Faham?

Mulakan dari Page Depan sekali.

Dari Surah Al-Fatihah.

Jangan rushing.Ketahui tahap kemampuan diri anda.Tapi,bukan bermaksud merendahkan kemampuan diri anda.Kena faham betul-betul ini.

Jangan malas.

Tapi jangan paksa.Faham?

Sebelum baca,berdoalah,supaya diberi pemahaman.

Dan,jika tidak faham,sila tanya orang yang Pakar (Sekarang ini zaman Ilmu.Rasanya tiada masalah jika kita hendak tanya Ustaz-Ustaz atau Ustazah-Ustazah jika kita tidak faham tafsir sesuatu ayat).

Tapi,mengikut pengalaman,sebenarnya sedikit sahaja ayat dalam Al-Quran itu yang sukar difahami.

Contohnya tentang Harta Pusaka bla bla bla.Itupun still boleh faham.Cuma mungkin kena tanya orang yang pakar dalam bidang itu la kalau tak faham.

Tapi,kebanyakan Ayat Al-Quran jika anda hendak tahu,adalah berbentuk peringatan.

Kiranya,bukan terlalu sukar difahami.Ini ikut pengalaman peribadi okay.

Sebab saya sendiri dulu pun ada persepsi 'sukar faham'.Sama seperti anda.Tapi,saya fikir,bagaimana saya nak 'faham',kalau saya tak pernah cuba dan buat.

Kan?

Janganlah kita menjadi orang yang suka beralasan.Dan janganlah kita menjadi orang yang rugi.Kerana di dalam Al-Quran itu terdapat semua Ubat bagi masalah dunia yang kita hadapi.Dan ianya rasional sehingga Hari Kiamat.SubhanAllah.

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebenarnya,banyak perkara saya ingin tulis.

Tapi,masa yang menjadi halangan.

Insya-Allah,ada umur panjang,saya tulis lagi.

Mungkin malam karang,saya tulis lagi kot.

Tengoklah.Insya-Allah.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika ada salah silap,sila betulkan.Niat saya sekadar mahu menggalakkan anda membaca dan memahami Al-Quran sahaja.Kerana rugilah kita jika kita mengaku Islam tetapi tidak memahami Al-Quran.Astaghfirullahalazim.

P/P/S : Semoga kekal ikhlas.Amin.


1 comment: