22.2.11

Malam Sebelum Lampu Padam : Material,Tidak Pernah Akan Puas Mengejarnya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Maaf.

Malam ini tidak dapat update.

Sibuk menyelesaikan urusan dan kerja dunia (yang sebenarnya tidak pernah habis jika dilayan sangat).

Itupun tidak dapat siapkan lagi.

Agak tertekan di situ.

Tetapi,tidak mengapa.

Yakin boleh!

Ini kerana,

DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya).Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." [Hadis riwayat Muslim]

Jadi,sebelum masuk tidur,hendak berkongsikan sesuatu.

Supaya dijadikan peringatan.Ini kerana,manusia itu sifatnya memang sentiasa lupa.

Selamat Membaca.

Dan Semoga Bermanfaat.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"
[39:53-59]

Okay,itu sahaja.

Adios!

Good Night!

Hasta la vista,bebeh!


Doakan supaya sentiasa dipermudahkan.

Amin.

Yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Assalamualaikum,Selamat Beramal dan Selamat Malam.


No comments:

Post a Comment