1.2.11

Malam Semalam Kita Selesa,Malam Ini Kita Gusar.Tanpa Kita Sedar,Sebenarnya Masih Ada Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Lena Dan Selesa.

Perhatian : Kepada anda yang ingin mengetahui update keadaan Para Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir,anda boleh pergi ke Blog Rasmi Mereka atau Laman Facebook Mereka.Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka.Stop the nonsense,time to get real.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

duduk di sini
di depan komputar riba

buka laman sesawang
oh sayu sebentar

kelmarin kita semua lena
semalam pun sama

cuma hari ini
kita sedikit gusar

lantas kembali kepada-Nya
ada hikmah juga sebenarnya

diharap beberapa hari yang gusar ini
akan mengembalikan kita semua kepada-Nya

akan menyatukan kita kembali
tanpa mengira sentimen apa pun

...

terfikir sebentar
tanpa kita sedar

masih ada dalam kalangan saudara kita
yang dari lahir hingga matinya

tidak pernah mengenal erti bahagia
tidak pernah memahami erti lena

bersyukurlah kita
buangkan sengketa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Berpuisi dari jauh je tak bagi kesan brother.Doa okay?

P/P/S : Untuk maklumat lanjut,boleh follow Twitter Pena Maya,dan juga baca The Pena Maya Daily.


3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Umar

    Didoakan semoga Umar sentiasa dalam perlindungan dan redha Allah.. begitu juga kepada pelajar-pelajar kita yang berada di Mesir dan dan di mana sahaja..

    ReplyDelete
  2. Moga Allah pelihara kalian semua *pelajar2 mesir. Itulah sebahagian ujian yg harus ditempuh bila menuntut ilmu, mujahadah itu manis. Bykkan doa,solat hajat. Allah maha mendgr lg Maha mengetahui

    ReplyDelete
  3. moga keadaan bertanbah baik dan diberkati Allah saban hari..Amin..

    ReplyDelete