15.2.11

Manusia,Kenapakah Kau Terlalu Ego? (Pengumuman : Laman Web 365 Telah Dilancarkan Semula).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya baru pulang daripada kampus.Penat juga.Di luar sangat sejuk.

Jika tidak silap,-16°C.Sebenarnya suhu ini normal sahaja bagi Negara ini.Tetapi,yang membuatkan suhu menjadi begitu sejuk adalah kerana angin yang agak kencang.

Fuh.Krem beb.


Pada mulanya,sangat kasihan dan sayu melihat nasib diri yang sejuk-sejuk kena pergi kelas,malah perasaan terharu juga ada (haha).

Tapi,apabila memikirkan yang saya masih punya kediaman untuk dituju pulang setiap hari,saya bersyukur (Alhamdulillah).

Kerana masih ramai homeless/hobo atau dalam bahasa tempatan negara ini 'Бомж',yang tidak punya tempat tinggal.

Bagaimanakah keadaan mereka dalam cuaca yang sejuk-sejuk begini?

Bagaimanakah keadaan anak-anak mereka?

Ini bukan pernyataan main-main.

Sebenarnya,dalam dunia ini,hanya berapa peratus sahaja umat manusia yang hidup selesa ada komputer,peti ais,katil dan sebagainya. (LINK)

Bakinya?

Mereka hidup melarat.

Kerana apa?

Kerana sistem yang kita ikuti sekarang ini.Terlalu self-centered sifatnya.

Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Kita yang menzalimi diri sendiri.

Dia telah memberi kita panduan yang paling baik di dalam Al-Quran.

Tetapi,kita?

Kita ingkar.Tidak ikutinya.

Itulah pasal kita jadi begini.

Yang kaya,dalam kepala hanya fikir bagaimana hendak tambah harta.

Yang muda,dalam kepala hanya fikir hendak buat seks bebas dan merosakkan anak dara orang.


Akibatnya?

Generasi Tiada (Rasa) Tanggungjawab - itulah kita.

Saya pernah menulis tentang ini,dalam Artikel saya dahulu.Anda boleh pergi ke link ini (jika ada kelapangan masa) untuk membacanya.

Berbalik kepada cerita saya tadi.

Jadi,saya bersyukur.

Ini kerana,walaupun sejuk,saya still ada rumah untuk mendapat perlindungan.Alhamdulillah.

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [42:12]

Dalam perjalanan tadi,sementara menunggu tram sampai,sempat saya merenung langit.

Awan tebal bergerak.Langit biru yang 'berdiri' tanpa tiang.Sangat indah.


Saya terfikir,'Adalah amat tidak logik untuk sesiapa yang melihat keadaan secantik ini,untuk menafikan kewujudan Maha Pencipta (Allah SWT) yang menciptakan Alam Semesta ini'.

Kemudian,saya pandang di hadapan saya,ada terpacak sebuah Pondok Perhentian Menunggu Tram.

'Sedangkan nak kata Pondok Tram yang mudah binaan ini tercipta dengan sendiri pon tidak boleh diterima akal,inikan pula nak kata Dunia yang indah dan teratur ini tiada Pencipta.Malah tercipta dengan sendiri.Ini adalah sangat nonsense (Idea yang menyatakan dunia tercipta dengan sendiri',sambung monolog saya.

Jadi,kepada anda Para Atheist dan anda-anda yang masih meragui kekuasaan Allah SWT,fikirkanlah kenyataan ini.

Sungguh,dalam setiap ciptaan Allah SWT,ada sesuatu untuk difikirkan kita.

Teori Evolusi?

Sangatlah tidak logik.

Kenapa?

Kalau dikatakan semua manusia terevolved dari beruk,habis tu,kenapa ada beruk-beruk yang lain yang tak evolved?Eh,boleh pilih-pilih pulak?

Ini semua hanya bisikan Syaitan.

Yang hendak menyesatkan manusia dari jalan yang benar.

Sungguh,jauh dalam setiap hati manusia,mereka tahu Allah SWT itu ada.Tetapi,mereka angkuh.

Astaghfirullahalazim.

Mari saya berikan satu contoh kekuasaan Allah SWT (yang sebenarnya tidak terhitung oleh kita jumlahnya).

(Saya baca ini dari satu sumber yang saya tidak ingat pada satu masa dahulu)

Manusia membina highway,jalanraya canggih,traffic light etc etc (dengan izin Allah SWT) untuk mengawal Kesesakan lalu lintas.

Tetapi,adakah Ciptaan Manusia berjaya mengawal lalu lintas sepenuhnya?

Tidak,bukan?Malah,dalam masa tidak sampai beberapa bulan selepas itu,pasti 'jam' dan sesak balik jalan raya.

Allah SWT pula menciptakan alam semesta ini.Dan pergerakan planet-planet juga ada lalu lintasnya.

Adakah Planet-Planet ini ada berlaku salah lalu lintas?Adakah planet-planet ini ada berlanggar satu sama lain?

SubhanAllah.

Itulah beza ciptaan manusia dengan ciptaan Allah SWT.

Jadi,sesiapa yang menyatakan bahawa Planet-Planet ini semua terjadi dengan sendiri tanpa Maha Pencipta yang Menciptakannya adalah seorang yang sangat angkuh yang ingin menidakkan realiti.Tidak kira Beliau itu sehebat mana,tetapi Beliau pada hakikatnya adalah seorang yang amat angkuh.

Kesimpulan di sini?

Bersyukurlah.

Dan berimanlah kepada Allah SWT.

Sungguh,kita semua akan dikembalikan kepada-Nya satu hari nanti.

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [42:11]

Itu sahaja untuk kali ini.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT yang sentiasa memberikan ilham kepada saya untuk menulis.

Oh ya!

Saya lupa.

Saya sebenarnya menulis kerana hendak membuat pengumuman.

Laman web 365 telah beroperasi semula.Saya telah hubungi technical support hosting itu.

Komen saya tentang customer service mereka?

5 STAR!

Nice lah.Mereka memang layan baek punya.


Jadi,lawatilah laman web 365.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.



1 comment:

  1. dan seperti biasa,
    kalau ada salah silap dalam penulisan,
    minta betulkan.

    saya malas hendak edit balik penulisan.tu sebab tulis kat bahagian komen je ayat atas ni.

    haha.

    Assalamualaikum

    ReplyDelete