2.2.11

Masa Berlalu Semakin Pantas.Amat Pantas.Sangat Pantas.Rugilah Kita Yang Masih Leka.

Perhatian : Kepada anda yang ingin mengetahui update keadaan Para Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir,anda boleh pergi ke Blog Rasmi Mereka atau Laman Facebook Mereka.Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka.Stop the nonsense,time to get real.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Allah mengetahui mata yang khianat (mencuri pandang kepada sesuatu yang diharamkan) dan mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. [40:19]

(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa/hiburan) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam". [38:32]

"Asyik cerita pasal Egypt je bro,bosanlah brother.",seru seseorang.

"Bukan asyik cerita sebab ini satu fiesta.Tapi cerita (updatekan pasal isu ini) sebab mereka saudara seIslam kita.Tidak dinafikan,ada yang ambil kesempatan dari isu ini.Ada yang nak join sebab nampak cool dan havoc.Tapi bukan semua.Malah ramai yang tertindas semasa peristiwa ini berlaku.Ramai yang tercedera,malah ada yang mati (terkorban).Bukan seorang dua.Beratus.Ala,sama la macam bila orang Islam risau pasal something tu halal atau tidak,ramai yang akan ke hadapan menjual produk Halal.Tapi bukan semua yang jual produk Halal tu jujur.Ada yang sekadar ambil kesempatan",ujar saya.

"Tapi..Apa kaitan..",sambung seseorang itu lagi.

"Shhh.Sabar.Biar saya habis cakap.Apa yang saya nak sampaikan adalah,kita yang mengaku beriman,kena ambil berat kepada orang beriman yang lain.Tapi,tidak dapat dinafikan,memang akan ada manusia yang ambil kesempatan",sambung saya tanpa menerangkan dengan lebih lanjut.


Sebenarnya,Peristiwa Egypt banyak pengajaran.Amat banyak pengajaran akan kita dapati,jika kita menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Yang saya mahu sentuh di sini adalah,ianya berjaya membuka mata kita,yang selama ini tertutup (literally).

Dahulu,akibat setiap hari disogokkan dengan berita tentang Isu Palestin,kita secara tidak sedar,mula merasakan Isu Palestin perkara biasa.Tiada apa-apa yang perlu diendahkan.

Kita seakan-akan ada sentimen yang mengatakan "Ala,biasalah tu Negara Arab".

Kemudian,bila Peristiwa Tunisia berlaku,kita still sama.Tak berapa nak amek pot.

Sama juga dengan Egypt.Mula-mula,kita masih tak amek peduli.Kerana kita ada pemikiran,"Biasalah tu,Arab".

Tentu ada yang tertanya,sejak bila perkara ini mendapat perhatian ramai orang kita di Malaysia?

Jawapannya,sejak kita tahu bahawa rakyat Malaysia,anak-anak kita di sana berada dalam bahaya.

Sejak itulah ramai dari kita mula mengalihkan perhatian kepada Isu ini.

Ada kebaikan di sini.

Sekurang-kurangnya kita kembali memohon menadah tangan kepada Allah SWT.

Tapi,bukan itu yang hendak disampaikan saya.

Yang hendak disampaikan saya adalah Reaksi kita itu.

Anda nampak?

Sebenarnya,perkara yang melanda ini bukan baru berlaku.

Setiap hari berlaku.Di mana-mana sahaja di seluruh dunia.Ramai yang tertindas.

Tapi,kita tidak tahu (atau tidak mahu ambil tahu) kerana apa?

Kerana tidak terkena pada diri kita.

Saya pernah postkan di Twitter saya,beberapa gambar yang menunjukkan keadaan di Negara-Negara yang tidak aman.

Seperti Somalia,Zimbabwe bla bla bla.

Tahukah anda bahawa kalau hendak diikutkan faktanya (angka sebenar saya tidak ingat,tapi ini saya bagi gambaran kasar),hanya 30% sahaja penduduk dunia ini yang hidup senang lenang.

70% lagi?

Anda fikirkanlah sendiri.

Kita tidak tahu kerana apa?

Kerana kita tidak mahu ambil tahu.Yang kita mahu ambil tahu adalah apa?Perkembangan artis,perkembangan fesyen dan lain-lain lagi.

Akibatnya,lahirlah satu lagi Generasi Yang Tidak Mahu Ambil Tahu.


Percayalah cakap saya,dalam beberapa minggu lagi,kita semua akan lupa kepada Isu ini.

Jangan cakap beberapa minggu lagi.Esok pun entah-entah kita sudah lupa.

Apa yang hendak saya sampaikan?

Begini.

Manusia,mereka hanya ingat Allah semasa mereka susah.Selepas tiada kesusahan,ramai dari kalangan manusia tidak mengingati-Nya.

Contoh?

Bila seseorang dikejar Anjing,pasti Beliau berdoa,"Oh God,Oh God!Help me!".

Lepas Anjing blah dari situ?Dia kembali mensyirikkan Allah dengan mengatakan ucapan,"Thanks ____".


Mungkin ada di antara anda yang tidak faham ayat di atas.Jika tidak faham,tidak mengapa.Teruskan pembacaan.

Memang benar.Hakikatnya,manusia memang tidak bersyukur.

Dalam Quran ada menyebut,"Sesungguhnya sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur".

Adakah ini benar?

Ya,benar sekali.

Lihat sahaja dari Peristiwa Egypt.

Ini saya tulis bukan untuk perli.Atau menganjing.Tapi sebagai satu peringatan ikhlas untuk diri kita.

Jadikan ini pengajaran.

Itulah sebab saya fikir,bagus juga ada Peristiwa Egypt.

Ramai dari kita kembali kepada-Nya berdoa memohon keampunan dan pertolongan.

Pernah dengar ayat Al-Quran,"Boleh jadi something kita rasa tak baik,tapi padahal baik untuk kita?".

Inilah salah satunya.

Kita rasa Peristiwa ini tidak baik.Tapi jika diperhatikan ikut mata hati,amatlah baik.

Kita kembali kepada-Nya bila Peristiwa ini melanda kita.

Tiada yang lebih baik dari perbuatan kita kembali kepada Allah ini.

Anda nampak flow tulisan saya?

Selain itu,ada juga terbaca komen beberapa orang di ruangan yang membincangkan tentang Peristiwa Egypt ini.

Antara mereka-mereka ini,ada yang bercerita tentang Mati Syahid.

Ada seorang Sahabat saya berkata,"Tapi,macam mana nak Mati Syahid,kalau Subuh pon ramai dah Syahid".

Dalam kata lain,ramai daripada kita pada zaman ini,yang kantoi Subuh mereka.Kekantoian Subuh kita itu kadangkala amat Brutal sekali tahapnya.

Kepada anda-anda yang seperti ini (termasuk diri saya pada waktu-waktu tertentu),boleh baca link ini untuk mendapatkan sedikit ilmu untuk mengatasi masalah kantoi subuh ini.

Mungkin ada salah,mungkin ada kekurangan pada link itu.Jika ada,sila betulkan.

Apa-apapun,kita sudah berada dalam bulan Februari.

"APAAAA????FEBRUARI DAH?????",tanya seorang Brother Yang Berwajah Baby-Face.

"Aah.Jangan la terkejut sangat brother,chill",jawab saya.


Tapi itulah.Hakikatnya kita sudah berada dalam bulan Februari.

Cepat bukan masa berlalu?

Pernah saya dengar,"Makin hendak kiamat,makin cepat masa berlalu dirasakan manusia".

Tidak tahu betul atau tidak ayat di atas ini.Wallahualam.

Tapi,pada pendapat saya,ada betulnya.

Saya rasa waktu dirasakan cepat oleh kita,kerana kita terlalu banyak berhibur.Malah boleh dikatakan waktu seharian kita dihabiskan hanya untuk berhibur.Facebook,Twitter,Youtube etc etc.You name it.

Sehinggakan kita tiada masa hendak menjalankan kewajiban kita yang paling utama,iaitu beribadat kepada-Nya.

Dalam Al-Quran,dalam Surah Al-Asr ada disebut,"Manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.Kecuali orang beriman".

Memang benar.

Siapa yang beriman sahaja yang boleh memanfaatkan masanya dengan baik dalam keadaan yang serba mencabar seperti kita hadapi pada hari ini.

Jika turutkan nafsu,hanyutlah kita membuang masa.

Okaylah.

Saya tidak mahu ulas panjang.

Itu sahaja untuk kali ini.Sama-samalah kita ambil pengajaran.Ingat,Iman itu sentiasa turun naik.Sentiasa diuji.Jangan sesekali terleka.Jika terleka,cepat-cepatlah bertaubat.Ini kerana Allah SWT itu sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya.Kerana Dia Maha Penerima Taubat.

Sila betulkan jika ada apa-apa kesalahan.

Anda boleh pergi ke link ini jika mahu melihat Gambar-Gambar Peristiwa Egypt.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Dan bagi saya,ada hikmahnya saya kantoi banyak Paper untuk semester ini.Lepas menulis Penulisan ini,saya baru sedar tentang perkara ini.Haha.Memang saya juga seorang manusia yang mudah lupa.

P/P/S : Keadaan di Egypt semakin parah.Doakan yang terbaik.Jangan putus asa.Ingat,dunia hanya sementara.Jadikanlah dunia ini sebagai satu tool/alat mencapai kebahagiaan abadi di akhirat kelak.Insya-Allah.Amin.


2 comments:

  1. syahid waktu subuh,you name it.

    ReplyDelete
  2. Mereka akan dipindahkan ke Tanah Haram. slah satu hikmah :)

    ReplyDelete