13.2.11

Miscellaneous : (Ujian Hidup,Orang Asing,Hiburan,Hidup Dunia,Dagang,Sore Etc Etc) - Artikel Wajib Baca.

Perhatian : Sila baca Penulisan sehingga habis.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum memulakan penulisan,saya ingin berkongsi satu video.Tontonlah jika ada kesempatan.Jika tidak,tidak mengapa.Teruskan pembacaan anda.


Merujuk kepada tajuk,Miscellaneous dalam bahasa Melayunya bermaksud Kepelbagaian.

Jadi,dalam tulisan kali ini,saya ingin menulis tentang pelbagai perkara.

Tetapi,insya-Allah ada manfaatnya jika anda teruskan pembacaan.

Semalam,seperti yang telah diberitahu,saya telah membeli (atau secara spesifik lagi 'terbeli') satu domain.

Dan,alang-alang telah membelinya,saya menggunakannya untuk membuat satu lagi website.

Tetapi,apabila bangun sahaja daripada tidur (Alhamdulillah masih hidup),saya terkejut.

Terkejut kerana mendapat email yang menyatakan akaun saya telah disuspendedkan sementara waktu akibat violation of terms by user.

Panas (marah dan geram) juga sebenarnya.

Tapi,tidak mengapa.

Sebagai seorang beriman,kita kena sentiasa redha.

Memang sukar,tapi cubalah.Kerana orang beriman itu kelak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

Berbalik kepada isu penggantungan domain saya itu,jadi,saya telah cuba menghubungi Pihak yang bertanggungjawab dan mereka menyatakan bahawa Department yang uruskan soal masalah saya ini sedang bercuti.

Dan hanya akan kembali bekerja pada hari Isnin.

Satu lagi ujian.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
[2:155-157]

Tetapi,hendak buat macam mana.Sudah terjadi.Mungkin bukan rezeki saya.

Allah knows best what is good for each one of us.

Tapi,insya-Allah saya akan cuba menghubungi mereka esok.

Sebenarnya di situ,saya ingin menulis tentang pelbagai perkara yang saya tidak tulis di blog ini.

Okay.

Tamat kisah itu.

Adakah saya patut berehat sementara menunggu hari esok?

Tanya saya kepada diri sendiri.

"There is no time for holidays,when you realise how little time there is,and how much work has to be done for Islam." [Dr. Abu Ameenah Bilal Philips]

Kata-kata di atas ini saya dapati dari satu laman web.

Ya.

Memang benar.Dalam situasi sekarang,yang pada setiap saat dilanda ujian yang mencabar iman,memang banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mengekalkan iman kita dan juga menyeru orang lain ke jalan yang benar.

Mereka terima atau tidak,itu soal lain.Kerana hidayah itu milik Allah SWT.

Tetapi,kita sebagai manusia yang beriman,mestilah menyeru manusia ke jalan yang lurus ini.

Insya-Allah manfaatnya pada diri sendiri juga sebenarnya.

Jangan pernah mengharapkan harta atau pangkat,dalam menyebarkan kebenaran.

Kenapa?

Ini kerana kejayaan sebenar adalah mencapai keredhaan Allah SWT,dan di akhirat kelak.

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
[41:30-31]

Ya.

Jika harta yang dicari dalam menyebarkan kebenaran,salahlah sudah niat kita.

Kenapa?

Saya pernah baca (tidak ingat sumber mana),ayat yang berbunyi lebih kurang begini,

"Jika harta dan kekayaan itu yang menjadi ukuran kejayaan,berjayakah Rasulullah SAW?Berjayakah Para Sahabat?"

Ya.Harta bukan ukuran kejayaan.

Sama jugalah seperti apa yang kita dapat lihat hari ini.

Seseorang itu mungkin memiliki harta berjuta,tapi jika kita dekatinya secara peribadi,tanyakan kepadanya,adakah Beliau merasakan dirinya sudah berjaya (bahagia)?

For sure,Beliau akan jawab tidak.

Kenapa?

Kerana harta ini semua,tidak boleh memberi kebahagiaan abadi.Untuk sementara?Mungkin ya.Tetapi tidak bersifat abadi.

Contohnya?

Seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan hanya kerana kelawaannya sahaja.Pasti tidak lama bahagianya.Pasti Beliau akan cuba mencari wanita lain pula selepas itu.

Kenapa?

Kecantikan akan pudar.Tetapi yang bertahan lama adalah peribadi dan sifat Isteri yang solehah itu.

Hidup mengikuti nafsu,tidak membawa kita ke mana-mana.Perempuan lawa,dalam dunia ini,bersepah.Kalau kita ikutkan nafsu,sakitlah kita.

Itu sebagai contoh.

Nampak flow?

Telah berulang kali disebutkan di dalam Al-Quran perihal hal ini :

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), [102:1]

Memang dunia ini satu permainan sahaja sebenarnya.

Apakah maksud ayat ini?

Ambil contoh,anda menonton satu perlawanan bola.Atau bermain PS3.

Pasti anda akan leka dengan permainan itu sehingga tidak menyedari kehidupan realiti di sekeliling anda.Bukan?

Lebih kronik,ada yang sehingga tidak makan,minum,tidur apatah lagi sembahyang akibat terlalu mahsyuk main PS3.

Itulah sebenarnya sifat permainan.

Melekakan.

Samalah dengan Dunia.

Dunia ini satu permainan.

Kehidupan sebenar kita sebenarnya adalah perjalanan menuju ke akhirat itu.

Tetapi,akibat terlalu leka dengan permainan dan gelak ketawa dunia yang 'mahsyuk' ini,kita melupakan akhirat.

Dalam Al-Quran Allah SWT menegaskan perkara ini,bahawa sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman.

Kenapa?

Kerana hanya orang yang beriman sahaja yang menyedari hakikat ini.

Jadi,kita mestilah sentiasa menyedarkan diri sendiri.

Jangan pernah leka.

Kerana hidup ini sifatnya memang amat melekakan.


Hadis Nabi Muhammad SAW Tentang Hidup Di Dunia

Dari Ibnu 'Umar RA berkata, "Rasulullah SAW memegang kedua pundakku lalu bersabda,

"Jadilah engkau hidup di dunia seperti orang asing atau musafir (orang yang bepergian)."

Lalu Ibnu 'Umar RA menyatakan,

"Apabila engkau berada di sore hari, maka janganlah menunggu hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu." [HR. Al-Bukhariy no.6416]

Saya pernah membaca (sila betulkan jika ada kesilapan),satu kisah di mana seorang Pemimpin datang hendak melawat Umar Al-Khattab.Lantas bertanyakan kepada orang tempatan,di manakah Istana milik Umar Al-Khattab?

Orang tempatan berkata kepadanya bahawa Istana Umar Al-Khattab terletak di bawah pokok kurma.Mana?Tanya Pemimpin itu lagi.Orang tempatan berkata,sabarlah,tunggu sehingga waktu Zuhur.Nanti adalah.

Tunggu punya tunggu,selepas Zuhur,Pemimpin pun datang ke tempat itu.Memang ada pokok kurma.Tetapi tiada istana.Tetapi ada seorang berpakaian lusuh sedang berbaring di bawahnya.

Pemimpin bertanya kepada orang itu,Di manakah istana Umar Al-Khattab?Dan siapakah kau?

Orang itu menjawab,'Akulah Umar Al-Khattab.'

Pemimpin terkejut,kerana menyangkakan bahawa Istana yang dimaksudkan itu sangat mewah.Rupa-rupanya,tiada istana.Sebaliknya adalah seorang Khalifah yang berjiwa rakyat,santai,humble lagi takutkan Allah SWT.

Anda nampak flow?

Memang dunia ini sementara.

Ada satu pepatah menyatakan,"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang,maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati.Kerana orang yang masih hidup belum terjamin kesudahan hidupnya".

Tanya diri sendiri,adakah wujud Pemimpin seperti ini pada zaman ini?

Jawapannya kita tidak perlu jawab,sebaliknya apa yang kita perlu renung adalah betapa kita (semua) pada zaman ini terlalu hidup cintakan dunia sangat.

Nampak?

Jadi,benarlah Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan (lebih kurang begini bunyinya) bahawa,"Umat Akhir Zaman itu cintakan dunia melampau,dan takutkan mati".

Yup.

Sangat benar.

Ini satu penyakit hati.

Banyak yang boleh diceritakan tentang perkara ini.Tetapi,anda renunglah sedalam-dalamnya.

Berbalik kepada Isu Hosting Digantung tadi.

So,saya berfikir,adakah saya perlu rehat dari menulis sementara tunggu masalah Hosting itu diselesaikan?

Of courselah tidak.Itu hanya masalah remeh-temeh.

Kenapa saya katakan begitu?

Kerana,secara jujurnya kita tiada masa untuk menangguhkan perkara baik.

Seriously.Orang yang mengatakan dirinya punya banyak masa dan menangguhkan kebaikan,adalah orang yang paling rugi dalam dunia.

Kerana,kita sebenarnya tidak tahu bilakah pengakhiran hidup kita ini.

Boleh jadi,esok lusa,kita meninggal.Jika masih hidup pula,boleh jadi esok kita hilang tangan.

Jadi,sementara hidup,dan masih diberi nikmat,gunakanlah nikmat-nikmat yang ada untuk membuat kebaikan di jalan Allah SWT.

Kerana,sesungguhnya,setiap nikmat dan perbuatan kita ini akan disoal cara penggunaannya di akhirat kelak.

Dan ketahuilah,kata-kata yang paling baik adalah kata-kata yang menyeru orang ke jalan Allah SWT.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [41:33]

Ya.

Itulah dia.

Dan orang itu sendiri (yang menyeru ke jalan Allah SWT) mengamalkan apa yang diserunya itu.

Bukan sekadar cakap kosong.

Faham?

Orang Barat cakap,jika kita mahukan something,we must strive for it.

Same goes with Heaven.Jika kita mahukan Syurga,kita mesti berusaha di dunia ini untuk mencari rahmat Allah SWT.Faham?


Memang kita akan terasa ganjil lagi janggal jika cuba menjadi orang yang mengamalkan Islam sepenuhnya di zaman ini,tetapi ketahuilah kita,

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) [Hadis Riwayat Muslim]

Ya.Dan bacalah Al-Quran supaya kita sentiasa mendapat Hidayah dan Petunjuk daripada-Nya.

Kenapa?

Kerana di dalam Al-Quran itu banyak terdapat peringatan untuk orang yang derhaka kepada Allah SWT,dan khabar baik kepada orang yang beriman.

SubhanAllah.

Betapa Allah SWT banyak kali mengingatkan kita.Kita sahaja yang sering menzalimi diri sendiri.

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
[41:34-35]

Mungkin ada yang berkata,Si Polan Bin Polan ini banyak menulis blog bla bla bla.

Percayalah.

Sebenarnya usaha kita ini sedikit sahaja jika dibandingkan dengan Generasi Islam yang terdahulu.

Jadi,adakah kita mahu berehat semata?

Sudahlah sedikit amalan,malah seronok pulak kita nak tambah dosa.Nampak flow?

Ketahuilah,dunia bukan tempat berehat.

Kerja?Study?Sibuk?

Itu bukan alasan.Sebaliknya patut menjadikan kita lebih produktif.Kerana seorang Muslim itu memang produktif sifatnya.

Siang bekerja untuk mencari rezeki,malamnya pula bangkit memohon keampunan daripada Allah SWT yang telah Menciptakan kita.

Ada yang berkata,"Cakap memang senang".

Tetapi,katakan kepada mereka,dan diri sendiri,"Apa kata kita tukarkan frasa 'Cakap Memang Senang' itu kepada 'Memanglah nampak susah buat satu kebaikan tu,sebab kita tak pernah cuba buat dan lakukannya,tak gitu?'".

Janganlah kita berputus asa.

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. [47:31]

Itu sahaja untuk kali ini.

Oh ya,terlupa,saya sudah membuang kotak Shoutbox saya.

Sejak buang Shoutbox,makin sedikit orang datang blog.

Ada sesuatu yang menarik untuk difikirkan di sini.

Tidak tahu apa perkara menarik untuk difikirkan itu?

Ini,saya bagi clue.Clue yang berbunyi,"Apa Tujuan Kita Berblog Sebenarnya & Pemikiran Materialistik Dalam Masyarakat Kita (Dan Mungkin Diri Sendiri)".

Tetapi,tidak mengapa.Memang ada hikmahnya di sini.Allah knows best.

Saya mengakhiri penulisan saya dengan meletakkan video ini.Anda dengarlah.Nasyid Ghuraba (Orang Ganjil).


Itu sahaja.

Doakan supaya saya punya masalah Hosting itu selesai.Jika tidak pun,tidak mengapa.Hendak buat macam mana?Redha sahajalah.Kan?Yang penting kita berusaha yang terbaik.

Ambil jernih,buang keruh.Jika ada salah silap,sila betulkan.Jika ada terkasar bahasa,minta maafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jangan biarkan kata-kata dan ujian Dunia ini melemahkan semangat kita.Kerana sungguh,kita akan sentiasa diuji.


2 comments:

  1. terima kasih... penulisan anda sering menjadi santapan rohani saya.. semoga saudara sentiasa di beri ilham untuk terus menulis ya.. kerana ramai insan seperti saya mendapat kebaikan darinya.. semoga Allah memberkati saudara.

    ReplyDelete