8.2.11

Motivasi : Allah SWT Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik Untuk Kita.Jadi,Kita Sebagai Manusia - Berusaha,Berdoa,Bertawakal Serta Redha Sahajalah Dengan Apa Juga Perkara Yang Ditetapkan Untuk Kita Oleh-Nya.

(Sebelum memulakan Penulisan,saya ingin memohon maaf kepada Saudari Plain Jane di atas salah sangka yang berlaku di Kotak Shoutbox saya.Dan saya memohon maaf kerana saya ingat Beliau Spam kotak Shoutbox saya.Rupa-rupanya tidak.Dan saya yang menyangka Beliau Spam,telah mensound Beliau dengan agak kasar.Jadi,harap dimaafkan.Salah sangka yang besar telah berlaku.Minta maaf.Sekali lagi,minta maaf.Amat sangat.Tapi apa boleh buat,orang salah boleh minta maaf je la.So,minta maaf sangat-sangat.)

Perhatian : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kali ini saya mahu menulis penulisan bersifat peribadi.Mungkin tidak terlalu peribadi.Tetapi,bersifat peribadi kerana penulisan ini bakal ditulis berasaskan apa yang berlaku kepada saya.

Sengaja saya tulis kisah ini.Bukan untuk riak.Bukan untuk berlagak.Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya,sebagai pengajaran.Dan renungan.Untuk diri sendiri.Dan masyarakat sekeliling.

Semoga ada manfaat.

Begini.

Anda-anda yang sering membaca blog saya,tentu tahu bahawa saya merupakan seorang Pelajar Universiti.Dan Universiti saya tidak terletak di Dalam Negara.

To be frank,tiada apa-apa yang hendak dibanggakan untuk belajar di Luar Negara pada hari ini.

Seriously,secara peribadi,saya merasakan (setelah 3 tahun bergelar Pelajar Luar Negara) tiada beza antara seorang Pelajar yang menuntut di Dalam Negara atau di Luar Negara.

Bidang Pengajian juga (pada pendapat peribadi saya) tiada membawa banyak perbezaan,jika (ya ada jikanya) kita hanya belajar untuk mendapatkan Sijil.

Sebaliknya,pada pendapat peribadi saya,apa yang paling penting sebenarnya adalah persoalan 'Apakah Yang Kita Dapat' selepas bergelar Pelajar itu.

Menyentuh mengenai istilah 'belajar'.Kita kena faham,sebenarnya,belajar itu bukan hanya di Universiti/Bangku Sekolah.Belajar itu seumur hidup.Belajar itu satu Proses yang tidak berpenghujung.

Manusia itu sifatnya memang sentiasa belajar.

Islam sendiri menggalakkan kita mencari Ilmu.Malah,orang yang mencari Ilmu diberikan kedudukan yang mulia di dalam Islam.

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar". [28:80]

Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga.” [Sahih, At-Tirmidzi [2646]]

Tiada istilah 'cukup' dalam mencari ilmu.

Sesiapa yang merasakan dirinya sudah 'cukup' dalam mencari Ilmu,perlu meneliti dan memeriksa dirinya kembali.

Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu. [40:83] (Sila baca di sini untuk Pemahaman Lanjut).

Tetapi,konsep 'Ilmu' yang ada pada hari ini telah berubah.

Kita semua mencari Ilmu semata-mata untuk mendapatkan Sijil.

Ketika Sekolah Rendah,hendak mendapat 5A dalam UPSR.

Ketika Sekolah Menengah pula,hendak mendapat berpuluh A dalam SPM.

Ketika Universiti pula,hendak mendapat Sijil untuk melayakkan diri untuk mendapatkan jawatan yang bergaji tinggi.

Selepas itu?

Apa?

Saya tidak berniat menghentam sesiapa pun melalui Penulisan ini.

Sebaliknya,saya hanya mahu mengingatkan diri sendiri betapa kita perlu memperbetulkan niat kita dalam mencari Ilmu.

Sejarah menyaksikan bahawa Seseorang yang cemerlang semasa di sekolahnya,tidak bermaksud Beliau akan cemerlang juga di dalam kehidupan serta akhlaknya.

Perkara ini berlaku pada saya.

Bukan hendak membuka pekung di dada.Tetapi,mahu supaya kisah ini dijadikan Tauladan kepada diri sendiri (dan masyarakat sekeliling yang mahu menjadikannya sebagai iktibar).

Beberapa tahun lepas,saya (dengan izin Allah,Alhamdulillah) mendapat 'A' bagi Subjek Pendidikan Islam dalam SPM dahulu.

Tetapi,jujur cakap,'A' saya itu tidak menyumbang pun dalam mendekatkan diri saya kepada Allah SWT.

Selepas mendapat 'A',saya still diri saya yang dahulu.Belajar tentang Akidah,tetapi Ilmu itu hanya sekadar di atas kertas.Selepas Peperiksaan?Dilupakan begitu sahaja.Tidak diamalkan.

Saya bet,ramai lagi dalam kalangan kita yang seperti ini.

Apa yang hendak saya sampaikan di sini adalah Pemahaman kita semua terhadap Ilmu itu.

Secara peribadi,saya merasakan situasi ini adalah amat malang.

Jika keadaan ini berterusan,tidak berlebihan dikatakan,kita sedang menuju kemusnahan (yang saya percaya momentum ke arah itu telah ada,dan amat pantas sekali pergerakannya).

Okay,balik pada cerita saya tadi.

Kemudian,selepas mendapat keputusan yang agak 'Cemerlang' itu,saya (Alhamdulillah) mendapat tawaran melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara.

Pada mulanya,seronok bukan main saya (Haha,dapat obersi beb!Sape tak seronok!).

Tetapi,selepas menyedari bahawa 'Langit Tidak Selalu Cerah',saya agak down.

Bagi anda yang tidak memahami ayat di atas ini,mari saya berikan Sinonim untuknya.

Begini.

Selepas sampai di sini,saya baru tahu,belajar di sini susah.Amat susah.Belajar dengan Medium Asing.Yang penguasaannya (Bahasa Asing itu) oleh saya masih lemah.Bahasa Asing yang dimaksudkan bukan Bahasa Inggeris.Apatah lagi Bahasa Urdu.Sebaliknya,Bahasa Tempatan di Negara yang saya diami sekarang.

Malah,ada ketika saya merasakan sangat 'down'.Sangat-sangat 'down'.

Yalah,saya juga manusia biasa.

Kemudian,baru-baru ini,banyak Peperiksaan saya yang menyaksikan saya kantoi.Perlu repeat.

Sekali lagi diulang,ini bukan hendak membuka pekung di dada,jauh sekali menunjuk-nunjuk,sebaliknya sebagai peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri (dan masyarakat sekeliling yang mahu mengambil pengajaran).

So,saya agak down dalam tempoh beberapa minggu ini.

Pernah dengar ayat Quran berbunyi,"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu"?

Saya bet,semua pernah dengar.

Tetapi,well,biasalah,manusia.Sering terlupa.

Jadi,hendak diringkaskan cerita,saya pun repeatlah Paper.Banyak kali juga.

Oh ya,elok juga diberitahu,Sistem Pendidikan di sini adalah amat jauh berbeza dengan Sistem Pendidikan di Malaysia.So,apabila saya mengatakan yang saya repeat Paper,jangan samakan dengan repeat Paper di Malaysia.Saya nyatakan ini takut ada yang tersalah sangka.Harap maklum.

So,repeatlah saya.Lepas repeat,tak lepas gak.So,cam panas gak lah kan.Haha.

Tapi,saya sering mengingatkan diri.Ini adalah ujian Allah SWT kepada saya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [29:2]

Ya.Ujian Allah SWT itu boleh datang dalam pelbagai bentuk.Dan setiap orang juga berbeza-beza ujiannya.Mungkin ada yang mendapat Ujian dari segi kewangan,dari segi masalah rumah tangga bla bla bla.

Tetapi,percayalah,Allah SWT tidak akan memberati kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu menanggungnya.

Diringkaskan cerita lagi.

Petang tadi,saya repeat lagi.

Dan...

Ngeh ngeh ngeh.Alhamdulillah.Saya lepas.


Okay,sebenarnya tujuan saya tulis ini hendak kongsikan apa yang berlaku semasa saya repeat tadi.

Proses yang berlaku adalah panjang.Amat panjang.Haha.Dalam 6 Jam jugalah.Banyak sungguh orang yang hendak berurusan dengan Pensyarah saya.So,terganggu jugalah Proses itu.

Saya mula-mula sudah agak penat.

Last-last,dipendekkan cerita,saya pun lepas.Nak kata cemerlang,tak dapat la bro.Haha.Belajar di sini,terutamanya di Institut saya,hendak dapat Cemerlang itu susah.Tetapi,saya still bersyukur.


Kenapa?

Sepanjang saya berada di Kampus petang tadi,banyak perkara yang saya dapat lihat.

Antaranya,saya melihat beberapa golongan orang tua yang datang ke Kampus saya untuk belajar kursus komputer (kelas malam).

Nampak simple,tapi sebenarnya,apa yang saya nampak betapa saya perlu bersyukur kerana saya pandai komputer.

Dan betapa saya (dan anda semua) perlu bersyukur kerana kita semua hidup di Malaysia yang barang-barang keperluan dan rujinya murah-murah belaka.Memang harga naik,tetapi still murah.Cuba bayangkan jika kita hidup di sini?

Dengan cuaca yang sejuk etc etc.

Jap,saya nak tambah.Hari Sabtu hari itu,semasa on the way balik rumah naik tram,saya jumpa seorang Nenek Tua (saya saspek umur 85 ke atas) duduk berdiri menjaja Sarung Tangan buatan sendiri (ini juga saya saspek) di dalam Sejuk.

Kasihan sungguh.So,saya pun beli (saya nyatakan ini bukan untuk riak,just nak mudahkan pemahaman cerita).

So,bila saya beli,Makcik ini sangat seronok.Beliau memulangkan duit baki sambil terketar-ketar ala Pesakit Parkinson (Okay,ini bukan buat lawak.Tapi serious Beliau terketar-ketar).

Dalam hati saya berfikir,orang-orang di Malaysia yang berumur seperti Makcik ini tidak
bekerja.Kebanyakannya,Alhamdulillah,dapat Pencen.

See?Kita memang patut bersyukur.

Okay,balik kepada cerita saya tadi.

So,semasa tunggu-tunggu Pensyarah saya berurusan dengan orang lain,saya pergilah berjalan-jalan di sekitar Fakulti.

Waktu ketika itu sudah lewat.So,sepatutnya orang ramai sudah balik.Tapi,still ramai orang di Kampus.

Dan saya dapat lihat ramai Pensyarah-Pensyarah yang sudah Tua,masih berada di Institut.Tua yang saya maksudkan ini bukan umur 50-an,tetapi 70-an dan 80-an bro!

So,sekali lagi,kita di Malaysia memang patut bersyukur.

So,selepas settle-settle semua itu,saya pun balik.

Dalam perjalanan,semasa keluar dari Metro Train,saya terjumpa seorang Wanita Buta.

Ingat nak tolong,tapi ada Perempuan (Cun Beb!Haha.Okay-okay,behave.Jaga mata) sudah tolong pimpin tangannya.

Ada sesuatu yang menarik saya dapat lihat pada Wanita Buta ini.

Walaupun Kurang Upaya,tetapi,wajahnya,sentiasa tersenyum sambil dipimpin Gadis Tempatan yang Agak Comel itu.

Berbeza dengan kita,walaupun mata ada,mulut ada,telinga ada,semua deria lengkaplah senang cakap (dengan izin Allah,Alhamdulillah),tetapi still buat muka 'teberenyut/masam mencuka'.Haha.

So,di sini,kita perlu ambil pengajaran dari Wanita Buta ini.

Tetapi,still,kita perlu bersyukur.Macam saya,walaupun saya fail exam (Alhamdulillah dah lepas satu petang tadi,tinggal beberapa Paper sahaja lagi),tapi saya patut bersyukur.

Kenapa?

Sebab saya masih ada mata.Saya masih ada ilmu menggunakan komputer.Kedua-dua nikmat inilah (dengan izin Allah,Alhamdulillah) yang membolehkan saya menulis dan menaip ini.

Itu belum kira nikmat ada kedua tangan.

Alhamdulillah.SubhanAllah.

Sebenarnya jika hendak dihitung,memang tidak terhitung pemberian Allah kepada kita.

Kita sahaja yang sering merungut,dan terus merungut merasakan diri kitalah yang paling terseksa.

Tapi,pengajaran yang saya dapat pada hari ini (yang paling utama) adalah,sentiasalah kita berbaik sangka dengan apa yang Allah SWT tetapkan untuk kita.

Allah SWT Maha Mengetahui.Dia sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk kita.

Macam saya tadilah.

Saya tunggu Pensyarah lama untuk settle Exam.

Tapi,ada hikmahnya.

Hikmahnya apa?

Saya dapat melihat semua ini (Perkara-perkara yang saya ceritakan di atas tadi).

Dan Hikmah yang paling besar adalah apa?

Allah SWT memberikan saya kefahaman dan Hidayah-Nya kepada saya!

Alhamdulillah.SubhanAllah.

Tanpa Hidayah-Nya,mustahil saya dapat 'melihat' dan 'menyedari' keadaan-keadaan di atas ini.

Nampak?

Tanpa Hidayah-Nya,mungkin apa yang saya nampak hanyalah 'saya dapat lepas exam'.

Tidak lebih daripada itu.

Tapi,dengan Hidayah-Nya,saya dapat melihat perkara-perkara ini semua.

Alhamdulillah.

So,kita semua,sentiasalah berbaik sangka dengan semua perkara yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita.

Dan berbalik kepada Isu 'Saya belajar di Negara ini yang susah'.

Ya,mungkin saya tidak boleh bergelar Pelajar yang Cemerlang akibat kekangan Bahasa and so on.

Dan,ya.Saya mungkin tidak menyukai hakikat ini.

Tetapi,jika direnung,dan kita kaitkan dengan ayat Al-Quran di atas tadi,sebenarnya perkara yang saya tidak suka ini,adalah amat baik sekali untuk saya.

Belajar di Negara ini,telah menjadikan saya (Alhamdulillah,dengan izin Allah),seorang manusia yang lebih baik.

Seorang manusia yang dahulunya terlalu 'self-centered',kepada manusia yang lebih baik.

Bukanlah saya mengatakan saya ini baik macam Malaikat sekarang,tak.Bukan macam tu.Tapi,kira ada Hikmah la di sini.Saya masih manusia biasa.Yang melakukan kesilapan.Tapi,saya (dengan izin Allah,Alhamdulillah) menjadi semakin baik.

Nampak?

Ergh.Penatlah type.

So,kesimpulannya di sini,macam tajuk kat atas tulah.

Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Kita yang manusia ini,just berusaha dan berdoa sahaja.Dan redha dengan setiap ketentuan-Nya.

Percayalah.Semua itu ada hikmah-Nya.Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita.

Okay?

Jangan putus asa.Keep moving.

Katakan 'Hop-hop' sebagai Pembakar Motivasi di Malam Hari ini.

Okay,yang terakhirnya,saya kongsikan satu video untuk kita sama-sama jadikan Tauladan.

Tengok,jangan tak tengok.


Itu sahaja.

Jika ada salah silap,sila betulkan.Jika terkasar bahasa,sila maafkan.Semoga saya kekal ikhlas.Semoga Allah SWT menjauhkan saya daripada perasaan riak.Ambil jernih,buang keruh.

Doakan saya lulus exam yang lain-lain yang masih tidak lulus.Haha.

Tapi,yang paling penting,doakan kita semua Umat Islam sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan-Nya.

Itu sahaja.

Semoga kita semua mendapat pengajaran.Yang paling penting,diri saya.Semoga saya menjadikan kisah yang berlaku pada hari ini sebagai pengajaran.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


P/S : Maaf,saya agak penat untuk menulis bahasa formal.

P/P/S : Berusaha dan redha adalah sama sekali tidak sama dengan orang yang Pemalas yang menjadikan redha itu sebagai Alasan menyedapkan hati.Sila beri perhatian kepada ayat ini.

P/P/P/S : Last-last.Erti hidup pada memberi.Acam?Okay?



No comments:

Post a Comment