19.2.11

Pena Maya : Satu Usaha Kecil Untuk Menyediakan Satu Pusat Sehenti (One-Stop-Centre) Yang Mengongsikan Sedikit Ilmu Tentang Islam (Kerana Ianya Satu Kewajiban).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semua dari kita mengetahui bahawa kita ini Umat Akhir Zaman.

Semua dari kita juga mengetahui bahawa dunia akhir zaman ini banyak fitnahnya.

Dan semua dari kita mengetahui bahawa untuk menjadi seorang Islam yang baik pada zaman ini adalah sukar.

Sukar bukannya kerana apa,tapi sukar kerana terlalu banyak fitnah yang boleh berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

Maksiat Mata,Maksiat Hati,Maksiat Mulut.

Tetapi,ini semua sudah ditentukan Allah SWT.

Dan kita perlu tahu bahawa,dunia ini sebenarnya adalah satu permainan.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]

Boleh baca di sini untuk mengetahui tentang perkara ini dengan lebih lanjut.

Apakah maksudnya ayat Al-Quran di atas ini?

Secara ringkas,maksudnya,kehidupan abadi kita sebenarnya adalah di Akhirat kelak.

Dan hanya ada dua destinasi sahaja yang boleh dituju di Akhirat kelak,samada Syurga atau Neraka.

Tahukah anda apa itu Neraka?Dan tahukah anda apa itu Syurga?

Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.Kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.Telah diberi pelbagai peringatan.Namun,kita?Masih kekal begitu.

Dan Syurga itu hanya untuk orang-orang yang bersabar di dunia ini.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. [41:35]

Apabila menyebut Perihal Sabar,tiada perkataan lain yang boleh disinonimkan dengan Sabar melainkan hanya Sabar.

Jadi,jika mahu menjadi orang yang Sabar,kita mestilah (hendak tidak hendak) bersabar.

Apakah maksud 'bersabar ketika hidup di dunia'?

Frasa ringkas ini mempunyai maksud mendalam.

Ianya bermaksud,sebagai seorang Islam,kita wajiblah beriman (percaya serta yakin) dengan hakikat bahawa kita semua akan kembali kepada Allah SWT satu hari nanti dan semua perbuatan kita semasa hidup di dunia akan dihisab kelak di Akhirat.

Allah SWT - Dialah yang Menguasai Hari Pembalasan [Rujuk Al-Quran 1:4].

Dan Dialah yang telah Menciptakan kita.

Jadi,kita ini sebagai hamba WAJIB mengikuti segala yang diperintahkannya.Samada suka atau tidak suka.

Kenapa?

Ini kerana sebenarnya segala yang diperintahkan Allah SWT untuk dilakukan kita itu hanya memberi kebaikan kepada kita sahaja sebenarnya.

Allah SWT tidak Memerlukan kita.Sebaliknya,kitalah yang memerlukan-Nya.

Ingat realiti ini.Jangan sesekali kita lupa.

Ini kerana,sesungguhnya kebanyakan dari manusia itu sememangnya tidak bersyukur (banyak ayat Al-Quran menerangkan perihal ini).Hanya yang berilmu dan berakal lagi berfikir sahaja yang nampak hakikat ini.

Dan ada Hadis menyebut,

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)Hadis Riwayat Muslim

Sekali lagi diulang.

Kita ini hidup Akhir Zaman,dan dalam Hadis di atas dengan jelas kita telah diberitahu bahawa Akhir Zaman nanti (sekarang inilah) Umat Islam yang cuba mengamalkan Islam akan dipandang ganjil.

Golongan yang Ganjil inilah golongan yang berjaya sebenarnya.

Tanya diri,adakah kita ganjil?

Islam bukan sekadar bercerita tentang Larangan Merokok.

Islam bukan sekadar bercerita tentang menghalalkan Cinta Remaja.

Islam bukan sekadar bercerita tentang Politik.

Islam itu adalah menyerahkan diri (atau dalam bahasa Inggerisnya submit) kepada Allah SWT secara total.

Yakni,hidup beribadat.

Ya.

Itulah dia.

Dan,mungkin kerana kekurangan ilmu,atau tiadanya Sumber untuk mendapatkan Ilmu,ramai dari kalangan kita (saya fokuskan penulisan kepada Golongan Muda dan Remaja) yang kurang memahami Islam.

Kita hanya nampak Islam itu sebagai satu 'Agama'.

Istilah 'Agama Islam' sebenarnya tidak hidup kerana Islam itu satu cara hidup (Ad-Deen).

Kita tidak boleh mengambil yang haram separuh,dan mengambil yang halal separuh.

Apa yang haram,tetap haram.Ingat,semuanya untuk kebaikan diri kita juga.

Sedar tidak sedar,pemikiran Sekular dan Liberal telah berjaya menguasai pemikiran sebahagian besar daripada kita.

Apakah Sekular?

Sekular itu pemikiran yang mengasingkan Islam dari kehidupan dunia.

Apakah Liberal?

Liberal adalah pemikiran terbuka melampau.Akibat terlalu lama bergelumang dengan (dan mungkin membaca) perkara-perkara karut.


Realitinya pada zaman ini,ramai orang menggunakan Internet.

Saya sedar hakikat ini.

Anda juga sedar.

Malah,Nenek anda juga sedar.

Semua orang sedar.

Tapi,malang,ramai dari kita Umat Islam tewas dalam menggunakan Internet.

Kita hanya menggunakan Internet ke arah kejahatan dan kemungkaran.Kita tidak bijak dalam menguruskan waktu menggunakan Internet.

Mungkin ada di antara kita yang mengistilahkan kemungkaran itu sebagai hiburan santai.

Kita tidak menggunakan Internet itu sebagai Sumber Pencarian Ilmu.

Dan,perbuatan kita itu hanya membenarkan teori "Apa yang kita buat sehari-hari hanya akan membentuk siapa diri kita".


Ingat,Internet ini sebenarnya satu nikmat.

Di Akhirat nanti,kita akan ditanya tentang bagaimana kita menggunakan Internet ini.Kenapa?Kerana semua perkara yang kita lakukan,baik yang kecil atau besar,akan dihisab.

Astaghfirullahalazim.


Saya baru baca sebuah buku (masih belum menghabiskan) bertajuk Kisah Para Sahabat Rasulullah SAW.

Jika ditenung,memang tahap usaha mereka jauh lebih tinggi berbanding kita.

Ya,memang kita tidak boleh mengetahui sejauh mana Iman seseorang,hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui tentang itu.

Tetapi,usaha mereka,SubhanAllah.

Jauh berbeza dengan kita.

Usaha kita pada hari ini dalam menyebarkan Islam,boleh saya simpulkan dengan dua perkataan - PEMALAS dan TIDAK BERTENAGA.

Anda tidak suka tidak mengapa.

Tapi ada sebab kenapa saya katakan begitu.

Mari saya ceritakan.

Kisah Said Bin Amir Al-Jumahiy.

Siapa Beliau?

Beliau salah seorang antara Sahabat Rasulullah SAW.

Menjadi Gabenor di Hims semasa zaman Khalifah Umar RA.

Saya ringkaskan cerita,Beliau ini hidup susah.Tapi,Gabenor.

Kenapa?Beliau taknak kekayaan Beliau itu melupakan Beliau kepada Hari Akhirat.

Then,Beliau tiada Orang Gaji.

Masak sendiri untuk family.

Malam sembahyang Tahajud.Siang bekerja Gabenor.

Ini kalau Beliau hidup zaman kita,seriously dah diangkat jadi Dewa.Ini satu lagi masalah zaman kita.Suka sangat taksub sampai seorang manusia yang mula-mula ikhlas,terus riak.

Jangan begini.Kita jangan sesekali taksub.Perbuatan kita ini secara tidak disedari hanya merbahayakan seseorang yang ikhlas itu.Kerana Beliau juga manusia biasa.

Okay.Apa yang saya nak sampaikan,cuba lihat gaya hidup Beliau.

Humble,Tidak Selfish,Dan Adil - Ciri-Ciri Mukmin Sejati.

Hidup Dunia & Akhirat - Kedua-duanya Produktif.

Tugasan dilakukan?Ikhlas kerana Allah SWT.Bukan sebab hendak dapat nama.Bukan juga sebab seronok.Macam kita sekarang ini.Hendak berdakwah,nak pilih topik yang kita suka aje.Topik cinta etc.Topik yang laen?Kita hidup beragama Islam pilih bulu.Faham tak?

Kira yang kita suka,kita ambik,yang tak suka,kita taknak ambek.

Bro,takleh camtu bro.Seriously.Salah tu bro.

Okay,cara hidup Sahabat di atas adalah contrary dengan kita pada zaman ini.

Kenapa?

Kita lebih suka pilih jalan senang.Ambik Hadis pon nak ambik Hadis yang paling senang.

Padahal jika nak compare dengan zaman dulu,kalau ikut kemudahan,zaman sekarang bersepah Internet.

Wooo..

Camne tu?Camne kita nak jawab semua ni nanti?Betullah Hadis tentang Keganjilan Islam di atas tadi.

Dan bila berdakwah,kita suka ambik Hadis/Ayat Al-Quran yang menampakkan kita ini sudah banyak berdakwah.

Antaranya,"Sampaikan walaupun satu Ayat".Then,kita rasa sudah cukup.Bila orang tanya,kau ni tak sampaikan ke?Eh,aku dah sampaikan kot.Satu ayat pon cukup la (Sambil refer Hadis tadi).Eh eh U ni.Pemalas sungguh.

Memang bagus Hadis ini.Tapi,kenapa ini yang sentiasa menjadi Pegangan kita?

Kenapa kita tidak guna Ayat Al-Quran 41:33 (Sila Rujuk Al-Quran anda)?Kenapa kita sudah merasa cukup dengan Ilmu yang ada?Kenapa semua tanggungjawab berkongsikan,mengajar serta mencari Ilmu bagi kat Ulama semata?Kita ini?Rasa sudah cukup?Sedangkan kita tahu bukan bahawa ilmu yang berpanjangan adalah antara tiga perkara yang boleh membantu kita selepas mati?

Itulah masalah Orang Kita.Sangat tidak bermotivasi.Dalam Dunia mahupun Akhirat.

Itu pasal kedai-kedai kat bandar-bandar bukan kita punya.Okay.Ni dah lari topik.

Tapi insya-Allah anda dapat tangkap,apa saya ingin sampaikan.

Jadi,oleh kerana Allah SWT telah mengurniakan saya kebolehan menggunakan Internet,dan memahami Internet dengan agak baik,saya sebagai seorang Umat Islam biasa yang tidak sempurna,turut ingin menyumbangkan sesuatu ke arah kebaikan ini (Islam).

Itulah sebab jika anda perasan,saya sebenarnya mempunyai banyak blog.

Haha.

Bukan tamak.Tapi,saya mahu memperbanyakkan audiens yang membaca.Seriously,salah satu tujuan saya buat banyak blog ini supaya hendak memperbanyakkan hasil carian tentang Islam juga (di Google sebagai contoh).


Jadi,dalam Penulisan kali ini,saya ingin berkongsikan kepada anda yang mungkin tidak tahu,senarai laman web/blog yang dimilik saya.Itulah tujuan utama saya tulis Artikel ini.Tapi dah panjang sangat pulak.Tapi takpe.Ada manfaat insya-Allah.

Anda semua adalah dijemput untuk membaca/menjadi follower/bookmark blog-blog ini pada browser anda/berkongsikan link dari blog-blog ini dengan orang lain.

Here's the link (serta sedikit penerangan dan deskripsi tentang setiap link) :


Pena Maya - Ini merupakan Blog Utama saya.

Muzzakarah - Ini pula merupakan Blog Badan Pelajar Moscow Aviation Institute.Artikel-artikel di sini lebih ringkas.Jika saya menulis di sini,biasanya saya akan berkongsikan video-video yang bagus serta berkongsikan Hadis-Hadis Sahih.Anda dijemput membaca blog ini.

365 - Ini laman web saya yang terbaru.Konsep blog ini,berbeza dengan Pena Maya.Kenapa?Penulisan di sini,kebanyakannya bersifat artistik,tidak straightforward,dan dalam setiap Posting akan disertakan satu ayat Al-Quran yang berkaitan.

Summat Diff - Okay,dari nama sahaja anda sudah tahu yang ini merupakan satu laman web yang berbeza.Ianya Blog Gambar.Summat (slang England) bermaksud Something dan Diff bermaksud Different.Di blog ini,saya berkongsikan gambar-gambar peribadi saya yang ada maksud tersirat yang sebenarnya mempunyai pengajaran belaka.Tapi,rasa-rasanya tak ramai orang faham.Haha.Sebab banyak saya syok sendiri je.Dan lately saya jarang post gambar.Sebab kamera (biasa-biasa aje) saya ada masalah sikit.

Twitter Pena Maya - Okay,saya secara jujurnya cadangkan anda yang ada Twitter,sila follow saya.Seriously.Saya bukan gila glemer ke ape.Tapi banyak link-link bagus yang saya baca,saya akan kongsikan di sini.Yang dapat manfaat anda juga.Saya seriously setakat ini (Alhamdulillah) tidak mengejar Follower.Ada,ada.Takde,takpe.Sebab biar sikit Follower,tapi janji sikit yang follow itu baca apa saya kongsi.Itu lagi baik.

Youtube Pena Maya - Okay.Ini lagi satu.Siapa ada akaun Youtube,boleh subscribe Channel saya.Sebab saya selalu favouritekan video-video bermanfaat.

Dan ini laman-laman web lain yang saya malas hendak tulis deskripsi tentangnya :

-AboutMe

-FlavorsMe.

Dan ini pula,Email-Email saya.

pospenamaya@gmail.com

penulis@tiganama.com

Tapi,saya minta anda yang email,tolong,jangan email perkara peribadi pada saya.Tanya tentang perkara-perkara berkaitan tidak mengapa,tapi jangan ceritakan perkara peribadi.Boleh baca di sini tentang perkara ini.

Kenapa?

Boleh mengundang fitnah.Saya menulis blog bukan untuk mengundang fitnah.Sebaliknya hanya mahu berkongsikan ilmu.Dan supaya jika ada salah pemahaman saya terhadap Islam,orang yang membaca akan betulkan.

Lagi satu,sebab saya ini lelaki.Muda pula.So,bila anda seorang perempuan email saya perkara peribadi...

So,jangan.


Saya bukan sombong,tapi apa gunanya?Kan?

Ingat,Allah SWT tahu apa di dalam dada kita.Dan Allah SWT Maha Mengetahui setiap dilakukan kita.

Itu sahaja laman web yang saya ada.

Kalau saya lupa,nanti saya letakkan lagi.Haha.

Okay.Saya sudah penat menaip.

Anda bacalah kay laman-laman web tu.

Insya-Allah saya akan updatekan setiap hari.Ini kerana ianya adalah satu kewajiban.Jika bukan orang seperti saya yang sharekan ilmu di internet,siapa lagi?

Okay.

Jika ada salah silap,sila betulkan.Ambil jernih,buang keruh.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Dekat tepi blog saya ini ada list link untuk Blog saya rasa bagus.Kalau ada masa,ushalah.Haha.Dari duduk tengok Youtube memanjang kan?


P/P/S : Yang penting,ikhlaskan niat kerana Allah SWT semata.Dan pastikan Sumber Ilmu itu sahih.


4 comments:

  1. lupa nak tambah last.tapi saya malas nak edit atas tu.so tulis sini

    "sebenarnya,usaha saya ini,kecil sahaja jika dicompare dengan generasi terdahulu.sila take note,dan jadikan pengajaran'

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. kadang2 pperasaan malas+xbertenaga tu mai scra spontan tanpa di undang....ibarat iman yg ada turun naik nya...itulah manusia...tp bila ingt kan luas rahmat Allah...xterbalas dgn iman yg sedikit tu...

    p/s:Hims tu nama tempat kat mna ek?

    sy sbnQ nya link sedara pena maya pnya blog kat link blog sy...sbb tu apa2 update kat sini sy mai usha la tgk kan...best!..mungkin sesuai dgn flow sy kut..huhu..
    tp kadang2 panjang sgt sy ringkas kn sndri ler...=)

    dan sy tertanya-tnya la kan...agaknya bepa lama sedara take time tulih blog??..bnyk jugak blog sedara...dan mcm mna sedara agihkan ms tuk tulih??..sy wonder...mungkin ble kkongsi...TQ

    ReplyDelete
  3. betul2.saya pun sama.tapi saya tulis ini supaya kita semua jadikan iktibar.supaya kita semua renung tahap usaha kita.

    sebenarnya tulis blog ni,manfaat dia pada orang yang tulis tu la .sebab dia nasihatkan diri dia semasa menulis.dan dia ingatkan diri dia pasal apa yang dia tau.kurang2 dia diingatkan .

    kan?

    btw,hims tu terletak di Syria.nama englishnya Homs. http://en.wikipedia.org/wiki/Homs

    haha.Alhamdulillah kalau macam tu.bacalah.ada ayat Quran berbunyi lebey kurang camni,"selamatkan diri kamu dan keluarga kamu dari hell fire".

    itu pasal saya menulis.sebab dalam keadaan sekarang ni,tak banyak sumber kita boleh rujuk.nak2 kalau duduk oversea.lagilah.ada majlis ilmu pn palng banyak smnggu sekali.dalam masa smnggu tu?hanyut gitu je la.tngok benda2 lagha sume.takleh.kita kena cabar diri kita.

    "‎"The (Hell) Fire is surrounded by all kinds of desires and passions, while Paradise is surrounded by all kinds of disliked undesirable things." [Bukhari] so when Imam Ahmad ibn Hanbal's son asked him when would they get time to relax, Imam Ahmad responded with "With the first step we take into Jannah" so can't stop, won't stop, keep on trucking, my brothers and sisters!" ni saya petik dari satu sumber.

    dan ya,saya akui memang saya tulis panjang2.haha.

    bukan apa.saya semasa menulis,kadang2 nak tulis benda simple,tapi tibe2 dia datang idea.takkan saya tak tulis bendaa2 tu.bazir.haha.

    ini semua anugerah Allah SWT saya rasa.tu sebab saya kena manfaatkan pada jalan kebaikan.

    dan satu lagi tips,kalau nak mahir tulis,banyakkan membaca dan tngok benda video youtube.tapi sbnrnye kalau baca Al-Quran dgn Tafsirnya dah cukup untuk jadikan inspirasi menulis...

    sbab Al-Quran galakkan kita berfikir.bila kita baca,kaitkan dengan hidup kita.dan jadikannya pengajaran.yang penting kita cuba amalkan apa kita tulis.memang for sure kita akan tergelncir.tapi kembalilah bertaubat segera pastu.

    btw,kalau baca tu,baca la semua.takut ada salah faham.tapi kalau tidak mampu baca (mngkin sebab tiada masa),takpe.saya faham.sbb scara jujur saya pon camtu ble bc blog orang.haha.

    saya sbnrny tak prnah bagitau orang camne saya tulis blog.

    kalau kat pena maya ni,satu artikel,puratanya sejam.tak lebih tak kurang.tapi biasanya tak sampai sjam pon.

    kalau kat blog2 laen kejap je.

    masa agihkan bgaimana?

    haha.bila free saya tulis la.sebab saya pelajar.so banyak masa free.kalau saya kata saya study 24 jam,poyo .serious poyo.

    so ,bila free saya tulis la.tapi sejak akhir2 ni saya mkin banyak masa tulis sebab alhamdulillah saya jarang buat benda yang buang masa cam fb semua sebab saya dah padam fb.haha.kalau ada fb banyak la masa tkoban.

    tapi act masa yang diambil saya tulis ni sama je dgn masa kalau saya tngok movie ke ape.so tu saya cakap,kalau nak buat something,kena korban kan benda tak perlu.dunia ni sekejap je.kalau kita ikut nafsu nak hibur,tak dapat buat ape2.nak2 zaman skang.kalau kita ikut masa bhibur,satu amalan pon kita tak dapat buat.

    fb,twitter,ps3,game,movie.abis masa camtu je sehari...

    kita bukan takde masa,tapi kita yang tak sedar kita ada masa.

    tapi itulah,saya bsyukur.sebab sya rasa bakat menulis ni (haha cam bakat sngat) anugerah Allah SWT.tak tipu.sebab kepala saya ni suka fikir.salah satu cara saya luahkan pemikiran,melalui penulisan.sbb tak ramai orang yg suka dgr ape kita ckap kalau kita nak cakap srious.u knw what i mean.

    tapi bkn maksudnya saya duk dpn laptop je.tak.

    saya macam orang laen gak.ada msa buat lawak bodo dgn kawan2.tapi waktu orang laen maen game,saya menulis.itu je bezanya.takde ape yang beza.

    hehe.harap membantu,bukan nak riak story ni.just nak terangkan.

    ReplyDelete
  4. haha,,,TQ lah ya,,,mmg panjang nasihat nya...saya berjaya baca sampai habih..insha Allah sama2 beramal...jzzk!

    ReplyDelete