5.2.11

Penjelasan Mengenai Beberapa Perkara Dalam Blog Pena Maya (Dan Lain-Lain).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan - bukan semua orang boleh menjadi Penulis yang baik.Kenapa?Ini kerana jika tersilap tulis,bimbang disilap tafsir oleh orang lain.

Inilah tanggungjawab kita Para Pembaca sebagai seorang Umat Islam dan Saudara kepada seorang Penulis.Tanggungjawab untuk menafsirkan Penulisannya dengan baik,dan memperbetulkannya jika didapati ada terdapat sebarang kesilapan.

Dan Penulis pula?

Tidak boleh Ego.Ini kerana apabila kita dikritik orang,dan kita marah terhadap kritikan itu,bermakna kita bodoh sombong.

Dan jika kita memahami Islam,nescaya kita akan nampak bahawa Islam tidak mengajar umatnya menjadi umat yang Bodoh Sombong.


Okay,itu satu perkara.

Saya sedar,dalam banyak Penulisan saya di Blog ini,banyak kesilapan yang berlaku.

Mungkin ada tersilap bicara,mungkin ada tersilap fakta,mungkin ada tersilap bla bla bla.Banyak kesilapan yang boleh berlaku.

Kenapa?

Kerana saya juga seorang manusia biasa.

Itulah sebabnya kenapa saya selalu tuliskan di akhir penulisan saya dengan ayat begini,"Sila betulkan jika ada salah silap".

Kerana saya tahu,pasti akan ada kesilapan.Kerana memang tabii makhluk untuk melakukan kesilapan.

Dan Alhamdulillah ada beberapa orang Pembaca sering menegur saya jika saya tersilap.

Segala teguran itu,saya ambil berat.Dan amat hargai.Semoga Allah SWT membalas niat baik anda.

Okay,taknak cakap panjang.

Sebenarnya begini,ada Follower Tumblr saya yang menegur saya di Tumblr berkaitan beberapa perkara yang saya post.

Dan saya mengaku mungkin ada salah silap di situ.

Jadi,untuk mengelakkan supaya lebih ramai orang salah faham,saya copykan teguran itu di sini.Dan saya copykan juga jawapan saya.

Ini bukan hendak riak atau apa.Sebaliknya,supaya tiada salah sangka.

Dan supaya,jika ada kesilapan lagi,anda boleh tegur lagi.

Itulah tanggungjawab manusia sebenarnya.Saling tegur-menegur,ingat-mengingati.

Saya ini seorang manusia.Remaja pula.Darah panas orang kata (Haha,alasan).So,memang kadangkala ada tersilap bicara.

Okay,Selamat Membaca.



Anonymous asked: Salam warahmatullah.

Maaf saudara, sekadar ingin bertanya.
Apa khabar iman? Harap sihat walafiat.
Kalau bukan kerana saya follow blog saudara, mungkin saya beranggapan post-post di tumblr ini agak pesimis bunyinya. Agar tiada yang tersilap faham, mungkin ada baiknya saudara jelaskan.

Memang tidak dinafikan Allah SWT tahu segalanya. Namun Dia juga menuntut penjelasan dari hamba-Nya yang tahu kepada hamba-hambaNya yang lain.
Saudara sedar, sebagai seorang penulis - besar tanggungjawabnya. Ya, besar.
Dan saya sama sekali tidak mengkritik cara saudara.

Cuma, berwaspadalah. Setiap apa yang saudara titipkan boleh disalah tafsir. Maka, jelaskanlah sebaiknya. Jangan sampai menjadi fitnah buat diri di akhirat kelak. Nauzubillah.

I'm also a learner. We're all learners. Tiada siapa yang benar-benar tahu tentang sesuatu melainkan Allah SWT. Yang kita pelajari adalah cara menggunakan apa yang kita tahu untuk mencari redha-Nya. Dan salah satu caranya ialah dengan menyampaikan. Malah, dalam menyampaikan, kita perlu jelas, dan menjelaskan.

Maaf sekali lagi andai kata-kata saya seolah-olah mengkritik. Bukan itu maksud saya. Sungguh. Posts dari saudara alhamdulillah banyak memberi pengajaran. Dan saya harap saudara terus tetap di jalan ini dengan izin Allah SWT.

Sekadar pandangan. Andainya saudara merasakan saya salah - saya sedia menerima teguran.
JAWAPAN KEPADA ANONYMOUS (TERIMA KASIH).
Walaikumsalam WBT.
Pertama sekali,terima kasih kerana sudi menegur saya.oleh kerana anda tulis panjang,saya akan balas panjang.


Memang salah satu tujuan saya membuka blog adalah untuk mencari ilmu.Dan berkongsi pendapat.Dan supaya kalau ada salah silap dalam pemahaman saya terhadap something,akan ada orang tegur.


Dan Alhamdulillah memang ada yang menegur.Walaupun tidak ramai,tetapi memang saya hargai.Amat hargai.
Dan,ada juga masa kadangkala saya tulis/post/upload sesuatu yang berkenaan isu peribadi.


Yang kadangkala merupakan satu muhasabah diri.


Yang kadangkala orang tidak faham.


Tapi,mostly dalam kes Tumblr banyak saya post sebab saya minat seni.Saya minat pop art.Saya minat lomography.Cuma masa dan keadaan yang mengehadkan minat saya itu.


Tidak tahu mengapa,saya just minat seni.
Haha,sorry bebel panjang.
Okay.Merujuk kepada Isu Tumblr saya.
1)  http://baikiminda.blogspot.com/2010/04/tumblr-pena-mayahidup-penuh.html anda boleh baca di sini tujuan utama saya set up kan akaun tumblr.
2) Kebanyakan gambar2 yang saya uploadkan di tumblr memang kadangkala agak sarcastic dan nampak kejam.tapi,sebenarnya banyak maksud tersirat.ada pengajaran banyak jugak.haha.well,like i said,saya memang minat seni,so tumblr saya fokuskan pada memberi pengajaran dalam bentuk seni.. setiap gambar ada pengajaran.
contohnya?
tetapi,sebenarnya dalam kes gambar di atas …ianya merujuk kepada dunia zaman sekarang (internet).di mana orang sesuka hati guna anonymous dan melepaskan kemarahan tanpa adab.dan tanpa tanggungjawab.
dan biasanya saya akan updatekan gambar di tumblr seiring dgn blog.tapi sebab tumblr saya adalah blog gambar,so saya taknak tulis panjang2.haha.camne ea nak cakap.tapi u knw what i mean.
3) tapi ada gak gambar kadang2 yang takde maksud pon.sekadar gambar.yang saya rasa amat seni (pada orang lain mungkin nothing,tapi pada saya ianya lawa.so saya upload).
contohnya?
http://escapediff.tumblr.com/post/2711168231/3 saya labelkan 3 dalam gambar sebab ada tiga itik dalam gambar tu.dan kebetulan tajuk penulisan saya seterusnya ada tajuk 3.tu sebab upload sekali.
haha.
dan saya juga merupakan seorang ailurophile .
dan saya suka perkataan2 yang fancy.entah.tak tahu.saya memang seorang yang nampak pelik.tapi tumblr ni memang konsep dia kan untuk seni.cuma saya combinekan minat saya dengan gambar bermotif.
isu ailurophile .kadang2 ada gambar tu cam gambar ni
gambr kucing tu adalah kucing saya di rumah di malaysia.dan kucing saya nama papoo.dan papooisme adalah sambungan nama papoo.takde maksud pon.saya just suka sambung2 perkataan.cam dalam bahasa melayu kepapooan.
dan perkataan autoschediastical di bawah gambar tu saya just taruk sebab saya jmpe dalam thesaurus.haha.
kalau anda tengok description tumblr saya pon,memang saya tulis “escapism,passion,self-satisfaction”.
sebab saya memang buat gambar2 ni sebab saya minat.
dan ada gak gambar yang saya upload dan edit sebab ada sentimental value untuk saya.antaranya gambar ni,
gambar ni saya upload sebab ?sebab masa tu saya takleh tido.haha.so saya saje maen edit2.dan saya tulis ayat nampak cam cool..
sebenarnya ,tumblr saya ni hanya menampakkan lagi saya pon manusia biasa.saya pon cerita gak pasal diri saya kat tumblr saya.tapi cam orang putih kata,’i do it in a macho,cool,slumber,prolific  etc etc way ‘.
haha.okay saya tahu.jangan puji.bahaya.boleh riak.
by the way,itulah ..
memang tidak dapat dinafikan.ada kalanya saya post benda yang pelik2 sehingga mengguris hati orang.
dekat blog saya for example,ada masa saya tulis,saya terlepas cakap kasar gak.tu sebab lepas every article saya cakap kat orang yang baca supaya betulkan saya kalau ada silap.
dan syabas.anda telah menegur saya.thanks a lot.
saya tak terasa pon anda kritik.haha.serious.malah sya rasa anda ikhlas.so,takde ape2 .jangan risau.saya tak terasa.
dan ada gak gambar2 yang memang saya uploadkan untuk pengajaran,banyak sebenarnya..
tengok sini..
cam yang ada satu gambar kerusi banyak2 tu “run and grab” maksudnya peluang sudah ada.kita je yang tak kejar..kita tak nampak..dalam istilah laen,peluang nak buat kebajikan menuju kebahagiaan akhirat banyak,tapi manusia selalu abaikan..dia tak nampak..
bla bla bla.
saya penat dah tulis..
tapi ape2 pon,thanks tegur saya.amat bermakna.ada ilmu juga sebenarnya dalam teguran kat atas ni..
ape2 pon saya harap segala2nya dah dijelaskan.
Assalamualaikum dan Selamat Beramal.
P/S : Post terbaru saya tu,saya tujukan khas untuk diri saya.yang pasal cakap..itu untuk diri saya.. kiranya serampang dua mata.saya memang suka bermonolog begitu dalam penulisan.
P/P/S : saya tahu siapa anda yang memberi teguran ini sebenarnya. thanks btw.
P/P/P/S : Assalamualaikum.maaf ada salah silap.
P/P/P/P/S : nak lagi?lebih2 la bro..k k.saya memang suka tulis melebih2.biasala.bosan.

Terima kasih kepada anda yang menegur saya itu.

By the way,maaf kay kalau ada salah silap?

Di kesempatan ini,saya minta anda yang membaca blog saya,supaya kalau ada salah silap,sila sertakan link dan perkara yang saya salah silap tulis.Untuk diperbetul.

Adalah lebih baik hubungi saya melalui Email saya.Tapi,jangan salah gunakan Email saya okay.

Kita kena ingat,dalam Internet,Fitnah senang terjadi.So,beware.Saya lelaki.Dan,saya manusia biasa.So,berhati-hati.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Menulis tentang Islam tidak menjadikan anda seorang Muslim yang baik.Hanya dengan mengamalkan Islam itulah,kita boleh menjadi Muslim yang baik.


4 comments:

  1. :) :) :)
    panjang tul jawapan balas tu.. apa pun
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    saya setuju dgn penjelasan tuan..kita ni manusia biasa memang x lari dari melakukan kesilapan...pena yang menulis kadang2 pasti tersasar dari kawalan minda

    P/s: Jom sokong kempen tidak sambut Valentine Day
    http://kitaransemula.blogspot.com/2011/02/blogger-benci-valentines-day.html

    ReplyDelete
  3. Salam bro remaja. hehe saya sendiri pun konfius dengan tumblr bro. rupa2nya anugerah-Nya yang membuat bro berfikiran kreatif. segala puja bagiNya yang maha bijaksana lagi maha memberi bentuk.

    ReplyDelete
  4. walaikumsalam semua.
    alhamdulillah.
    ada hikmah jugak saya tulis post ni.
    ramai juga yang tersilap sangka/terkeliru dengan tumblr saya rupanya...
    sorry semua kay..harap dengan penjelasan ni dapat bagi gambaran sebenar.
    tapi saya akui,post2 saya kat tumblr memang bukan direct to the point pnye post.so sukar nak faham.sorry skali lagi.

    ap2pon trima kasih .smoga Allah memudahkan urusan kita semua.banyakkan doa ...ntk sume umat Islam

    ReplyDelete