20.2.11

Perkongsian Filem Biografi Kisah Perjuangan Dan Hidup Rasulullah SAW : Muhammad,The Messenger Of God (The Message).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam,

Semalam hari Sabtu.

Badan Pelajar Islam (Malaysia) di tempat kami ada mengadakan satu Program untuk menghayati Perjuangan Rasulullah SAW.

Sebelum bercerita tentang apa yang dianjurkan di dalam Majlis itu,saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah.

Syukur yang amat sangat kepada Allah SWT yang telah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada saya.Dan telah membuka pintu hati saya untuk (sedikit demi sedikit) kembali kepada-Nya.

Syukur juga kerana Dia yang Maha Esa telah mengizinkan saya menghadiri Majlis Ilmu ini semalam.

To be honest (bukan mahu riak,jauh sekali mahu buka pekung di dada,tapi sekadar mahu dijadikan pengajaran),dahulunya saya bukanlah seorang manusia yang berminat untuk pergi ke Majlis-Majlis seperti ini.

Tetapi,Alhamdulillah sekarang,Allah membukakan pintu hati saya untuk mula menghadiri majlis seperti ini.

Kita kena sedar,tanpa rahmat,kasih sayang,dan petunjuk serta hidayah-Nya,kita tidak mampu untuk kembali kepada-Nya sekaligus memahami tujuan hidup di dunia yang fana ini.


Jadi,dengan izin dan rahmat-Nya,semalam saya telah menghadiri Program ini.

Ada beberapa acara dijalankan.

Tapi,acara yang paling besar adalah penayangan filem Muhammad,The Messenger Of God (The Message).

Saya tidak mahu sentuh dan membincangkan tentang acara-acara lain yang dijalankan semalam.

Saya hanya mahu fokuskan penulisan kali ini kepada penayangan filem ini sahaja.

Insya-Allah,acara-acara yang lain itu,saya akan selitkan sedikit demi sedikit pengajaran yang saya dapati daripadanya dalam penulisan-penulisan saya yang akan datang.

Sedikit Maklumat Tentang Filem Ini :

Muhammad,The Messenger Of God (The Message) adalah sebuah filem arahan Moustapha Akkad.Untuk pengetahuan anda,Saudara Moustapha Akkad ini telah pun meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2005.Beliau meninggal dalam letupan Amman (mengikut rujukan Wikipedia).

Dalam proses pembikinan filem ini,banyak halangan yang melanda.

Antaranya,pembikinan yang mendapat tentangan dari Hollywood (well..).

Anda boleh baca secara lanjut tentang filem ini di sini.

Saya secara peribadi merasakan ini (usaha membikin filem ini) merupakan satu usaha yang amat baik.Walaupun ada terdapat beberapa kekurangan dan kesalahan yang boleh dibetulkan (Antaranya,saya tidak merasa perlunya ditayangkan adegan gelek Arab dalam movie ini.Haha).

Tapi,itu pendapat peribadi.

Tapi,secara keseluruhan,filem ini adalah satu filem yang baik yang boleh ditonton semua umat manusia samada yang Islam atau yang belum memeluk Islam,untuk mendapatkan gambaran secara ringkas tentang kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Mungkin (ya,mungkin insya-Allah),pada satu hari yang indah nanti,jika ada rezeki lebih,Umat Islam di Malaysia yang berkemampuan boleh menghasilkan filem seperti ini,dalam Bahasa Melayu.Untuk pasaran orang-orang Asia Tenggara.

Jadi,itulah sedikit penerangan dan maklumat tentang filem ini.

Saya sebenarnya pernah mendownload filem ini sebelum ini,tapi akibat Filem ini yang agak lama (dan dibuat pada tahun 1976 pula),saya sering tertidur apabila menontonnya berseorangan.

Jadi,semalam bila filem ini ditonton beramai-ramai,barulah saya dapat menghabiskan penontonan saya untuk pertama kalinya.


Apa-apapun,sukacita saya untuk berkongsikan filem ini di sini pada hari ini.

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk menontonnya :

1) Tonton video Youtube di bawah ini.Saya hanya letakkan Bahagian Pertama.Bahagian-Bahagian lain saya telah buat satu Playlist,dan anda hanya perlu pergi ke link yang saya sediakan di bawah ini sahaja untuk menontonnya.Satu bahagian mengambil masa 10 minit.Tujuan saya tidak meletakkan semua bahagian di sini supaya tidak mengambil banyak masa loading nanti.

2) Download torrent filem ini (Juga akan saya sediakan link,dan saya secara peribadi suggestkan anda yang reti guna torrent untuk download dari torrent sahaja,gambar lagi clear).


Selamat Menonton!

Muhammad,The Messenger Of God (The Message) Part 1.



- Untuk bahagian-bahagian lain,sila pergi ke link ini.Ada 19 Bahagian semuanya.

Ini pula link untuk anda download Torrent movie ini.

- Link 1.
- If the link's not working,click here.

Itu sahaja.

Semoga bermanfaat.Ambillah pengajaran daripadanya.

Ambil jernih,buang keruh.Salah silap,sila betul dan maafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya cadangkan kepada anda supaya tonton filem ini beramai-ramai.Supaya tidak mengantuk.Jujur ikhlas ni.Sebab ini movie tahun 1976.Tapi ini sahaja movie paling detail yang ada so far.

P/P/S : Digalakkan share artikel ini.Tapi dengan syarat sertakan link ke Pena Maya.Bukan apa,supaya orang lain dapat masuk blog ini,baca artikel-artikel lain pula.Jangan salah sangka.


No comments:

Post a Comment